Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, April 10, 2013

Polis kena siasat peranan Omar & nama2 terlibat rancang fitnah liwat


(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 10 APRIL: Polis digesa menyiasat peranan bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar dalam rancangan fitnah liwat 1 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nama-nama yang terlibat seperti disebut beliau.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menggesa siasatan itu merujuk pengakuan Omar pada ceramah di Petaling Jaya Ahad lalu bahawa beliau berperanan secara langsung dalam konspirasi itu.
daim-mahathirDalam ceramah itu, Omar turut menamakan tokoh lain yang terlibat iaitu setiausaha politik Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Umi Hafilda Ali, selain mantan Perdana Menteri itu sendiri.


“Dia (Omar) sebut dengan jelas (nama yang terlibat). Mereka harus dipanggil untuk siasatan, dan kalau ada kes yang jelas, perlu didakwa,” kata Johari yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 13.
Pengakuan Omar sekali lagi menggagalkan strategi Umno BN memfitnah moral Anwar, selepas bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melakukan perkara sama 8 Mac lalu.
“Perumpamaan Inggeris ada mengatakan ‘truth will ultimately prevails’ (kebenaran akhirnya menang).
“Mereka rasa bersalah tengok Anwar menderita. Mereka (terdorong) lihat rakyat bangkit melawan kezaliman tanpa rasa takut. Ini menunjukkan petanda awal Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya,” kata Johari kepadaKeadilan Daily. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49820

No comments:

Post a Comment