Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, April 3, 2013

Adun sambut baik penubuhan Badan Kebebasan Maklumat di Selangor

KUALA LUMPUR 26 MAC: Kerajaan Selangor menubuhkan Badan Kebebasan Maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011.
Perkara itu dimaklumkan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada sidang medianya semalam.
Eli lagiEnakmen Kebebasan Maklumat akan membolehkan orang awam memohon maklumat tentang pentadbiran kerajaan seperti kontrak dan tender yang dikeluarkan, butiran perbelanjaan dan pengunaan dana awam.
Dasar tersebut merupakan penterjemahan prinsip ketelusan Pakatan Rakyat di mana pebelanjaan dana awam oleh kerajaan dapat dipantau masyarakat awam.
Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.
Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.
Sebagai makluman, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 [Enakmen 8/2011]diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 1 April 2011.
Elizabeth berkata, untuk melaksanakan enakmen ini, kerajaan negeri melantik bekas Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Kamaruddin Mat Desa sebagai Pengerusi Badan Maklumat Negeri.
Turut dilantik lima anggota lain dalam badan terbabit yang terdiri daripada bekas Pesuruhjaya Hisbah Terengganu, Nordin Saidin ; Profesor Undang-undang Universiti Malaya, Prof Abu Bakar Munir dan Majlis Peguam Negara, Sonya Liew Yee Aun.
Dua anggota lain ialah Peguam, R Kupusamy dan Timbalan Presiden Unit Keselamatan Astro, Thomas Navamoney D E Solomon.
Menurut Elizabeth, sebuah Lembaga Rayuan juga akan ditubuh untuk pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai maklumat.
“Rayuan juga boleh dibuat jika pemohon tidak mendapat maklumat dalam tempoh ditetapkan atau disalahgunakan dengan cara lain berkaitan dengan permohonan atau akses kepada maklumat,” katanya.
Hadir sama sidang media, Exco Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus.
Menyambut baik penubuhan badan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Selangor tubuh Badan Kebebasan Maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat. Tahniah!” catatnya pada twitter.

http://www.keadilandaily.com/adun-sambut-baik-penubuhan-badan-kebebasan-maklumat-di-selangor/

No comments:

Post a Comment