Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Sunday, September 30, 2012

Sambutan Hangat di sekitar Perayaan PorTor

Sepanjang Bulan 7 Calendar China, masyarakat Tionghua meraikan perayaan Por Tor untuk menyembah roh-roh mereka yang telah meninggal.
Dalam budaya Tionghua, dipercayai bahawa setiap tahun dalam bulan 7, roh-roh yang masih belum menikmati keamanan akan berkeliaran. Maka, masyarakat Tionghua akan mengadakan upacara sembahyang untuk keamanan roh-roh ini.
Disamping upacara sembahyang ini, kutipan derma melalui jamuan makan dan lelongan barangan diadakan untuk mengutip derma bagi badan-badan kebajikan.
 

Perayaan ini kebiasaannya dianjurkan oleh Persatuan Peniaga-peniaga tempatan. Di kawasan Parlimen SUBANG terdapat hampir 15 Persatuan tempatan yang menganjurkan Perayaan ini. YB Sivarasa telah sempat hadir di kesemua lokasi perayaan ini sepanjang bulan.
Sivarasa telah menerima sambutan yang begitu hangat sekali di setiap lokasi Perayaan PorTor ini. Di Aman Puri, Perayaan Portor adalah yang terbesar di seluruh Selangor. Jamuan Makan Malam sebanyak 360 meja atau seramai 3600 jemputan berjaya dianjurkan. Derma yang dikutip di Perayaan ini, seperti biasa disalurkan ke Pusat Hemodialisis tempatan.



 Sokongan daripada para jemputan begitu hebat sekali. YB Sivarasa terpaksa mengambil masa selama 1jam 30 minit hanya untuk beredar keluar daripada jamuan tersebut kerana ramai warga tempatan yang ingin bersalaman dan bergambar bersama Wakil Rakyat mereka.








Kejohanan Bowling anjuran DUN Bukit Lanjan

Sivarasa bersama Elizabeth Wong telah merasmikan Kejohanan Bowling anjuran DUN Bukit Lanjan di CURVE. Seramai 48 pasukan (3 orang setiap pasukan) telah mengambil bahagian dalam program yang ulung kalinya dianjurkan.

Sokongan Kepada SUARAM

Sivarasa telah bersama teman-teman NGO beliau di Dataran Merdeka memberikan sokongan beliau kepada SUARAM.

Beliau sempat memberi sepatah-dua kata-kata sokongan dan sedikit latar belakang SUARAM dimana beliau adalah salah seorang pengasas NGO Hak Asasi ini.

Perayaan Tanglung

Masyarakat Tionghua meraikan Perayaan Tanglung bersempena dengan Bulan 8 calendar Cina setiap tahun. Perayaan ini mengingati kejayaan masyarakat China mengatasi kezaliman Mogul. Regim ini telah ditumbangkan dengan kebangkitan masyarakat yang telah mengantar mesej tersembunyi dalam 'kuih bulan' untuk rakyat bangkit berlawan regim zalim itu.

Dalam ucapan Sivarasa dalam setiap Perayaan Tanglung yang dianjurkan di sekitar kawasan Parlimen SUBANG, beliau mengingatkan masyarakat untuk bersatu suara menuntut Keadilan untuk rakyat Malaysia.




Wednesday, September 5, 2012

Jamuan DAP Pekan SUBANG

YB Sivarasa telah sempat hadir bersama dengan pimpinan DAP pada Jamuan Makan Malam DAP Pekan SUBANG. Antara pimpinan DAP yang turut hadir termasuk YB Lim Kit Siang, YB Teng Chang Kim dan YB Ronnie Liu.

YB Sivarasa turut diberi penghormatan untuk berucap di jamuan tersebut yang dihadiri lebih 800 warga Pekan SUBANG.