Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Friday, February 10, 2012

Gambar - gambar dari Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai PR Subang

Pakatan Rakyat SUBANG telah menganjurkan Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai di Kampung Cina Pekan Subang. Program dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pekan Subang dan MPP Zon 17 Shah Alam
Turut hadir bersama adalah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Mentri Besar Sgor serta Ahli EXCO dan ADUN Bkt Lanjan, YB Elizabeth Wong. Tuan rumah bersama termasuk YB Dr Nasir dan Sdr Khairuddin Othman, Penyelaras DUN Paya Jaras.
bersama tetamu jemputan dengan NAGA

bersama YAB Tan Sri Khalid memberi angpow kepada kanak-kanak

bersama YB Dr Nasir memberi sumbangan kepada keluarga yang berkurangan

Bersama pemenang cabutan bertuah

bersalaman dengan petugas dari Unit Amal PAS

Wednesday, February 8, 2012

Pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan

Sivarasa telah diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, Rukun Tetangga, Vista Subang bersama dengan Ahli Majlis zon, Sdr Khairul Anuar.
Walaupun kawasan ini dianggap "kubu UMNO", namum, Sivarasa tidak menolak jemputan kerana beliau adalah wakil rakyat untuk semua warga kawasan Parlimen Subang dan berkhidmat untuk kepentingan semua tanpa mengira pemahaman politik individu.



SIVARASA - Rapat bersama Rakyat

Sivarasa adalah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang rapat dengan rakyat. Beliau mengamalkan prinsip bahawa Wakil Rakyat dilantik rakyat dan seharusnya berkhidmat untuk rakyat. Justeru, tidak seharusnya wujud halangan antara rakyat dengan wakil rakyat.
Sebab itulah, kini apabila memberi ucapan, Sivarasa lebih selesa berdiri bersama rakyat daripada berdiri disebalik rostrum atau meja.

Diperasmian Mesyuarat Tahunan RT - Vista Subang

Diperayaan Tahun Baru Cina-Kpg Cina Sg Buloh

DiJamuan Tahun Baru Pusat Hemodialisis, Aman Puri

Thursday, February 2, 2012

Pesta Ponggal di Bukit Lanjan

YB Sivarasa turut hadir bersama di Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong  baru-baru ini. Program juga turut dihadiri pimpinan PKR Cabang Subang bersama ahli Majlis Kawasan.



Sidang Akhbar isu Rumah Panjang Bunga Raya

YB Sivarasa bersama YB Dr Nasir dalam sidang akhbar di tapak pemulihan projek terbengkalai Jalan Pluto U5, Shah Alam.
Jalan Pluto adalah tempat di mana rumah rumah baru penduduk Rumah Panjang Bunga Raya akan dibina. Blok pertama sudah hampir 70% siap.