Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Sivarasa's response re: Hudud

http://www.youtube.com/watch?v=nDRoYpeP0CM&feature=youtu.be

Salahlaku dan konspirasi...

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’

(Oleh Arif Juhani)
PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.
Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.
“Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.
Undi 2“Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.
Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.
“SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka,” kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.

Wednesday, April 24, 2013

SIVARASA on RadioAustralia

Sivarasa was interviewd by Radio Australia in a programme aired at 8:00pm Malaysian Time, on Wednesday 23rd April 2013.

go to:
http://www.radioaustralia.net.au/pacific/radio/program/asia-pacific

The Unanswered Questions

GIVE US THE MANDATE: WE WILL HAVE TO DEAL WITH UNSOLVED MYSTERIES


A number of issues have plagued the nation, but the answers are still not
forthcoming.

From Teoh Beng Hock and Ahmad Sarbani's sudden death, to that of custodial
deaths involving among others, C.Sugumar, who is the most recent victim on
Jan 23, and from the confession by the late PI Bala to the shocking murder of
Mongolian model, Altantuya Shariibuu and the Scorpene submarines, the
questions have been asked, but the answers are vague.

This has driven Subang parliamentary incumbent, Sivarasa to urge the
people not only to vote the Pakatan Rakyat representatives, but to ensure a
new government is formed at both the Federal and State level.

Message dalam FB oleh AJK JMB Sri Pelangi U5 Shah Alam

JMB... dapat dilahirkan 11/01/2010 dengan usaha dan bantuan Peter Chong selaku wakil Ahli Parlimen Subang (YB R. SIVARASA)..dan sinking fund & car park Isu dapat dibawa ke Pejabat MBSA dan berkesempatan untuk bertemu dengan Datin Alina sehingga kini dibawa ke mahkamah tinggi dan Pihak JMB mempunyai documentasi yang kuat dan kukuh tentang kesalahan Pemaju...kesemua ini adalah usaha daripada Sivarajan, Dr Nasir, Peter Chong, Sivarasa.....

Setelah JMB mengambil alih pengurusan PSPU5, kita dapat keadaan selese...harga rumah melambung naik dlll.....oleh itu kenang lah budi dan mereka yang boleh melakukan perubahan ban berjasa kepada kita....

Pada itu, saya selaku JMB SRI PELANGI berterima kasih kepada R SIVARASA, PETER CHONG, DR NASIR, SIVARAJAN DAN SEMUA...OLEH ITU HARGAI LAH UNDIAN KALIAN DI PRU13 NI....INI KALILAH....

Wednesday, April 17, 2013

Manifesto Selangor

Pakatan Rakyat Selangor umum calon dan manifesto 18 April

Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan manifesto pilihan raya serentak dengan pengumuman calon-calon Pakatan Rakyat pada 18 April ini, bermula jam 8 malam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.DSC_9233
Manifesto Pakatan Rakyat Selangor ini selari dengan manifesto Pakatan Rakyat ke Putrajaya dan pada masa yang sama meneruskan polisi dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu.
Kami yakin barisan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS untuk mempertahankan Negeri Selangor menyokong penuh komitmen kerajaan negeri yang mengutamakan pentadbiran telus dan bertanggungjawab.

Monday, April 15, 2013

harga minyak turun...

7 Mei harga minyak seluruh negara turun – Anwar

(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.
K pilah“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.
Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Calon-calon PKR Sgor

Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor

Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.
Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Sunday, April 14, 2013

Apakah hak anda....?

LFL anjur taklimat perundangan pilihan raya 17 April

LFLKUALA LUMPUR, 14 APRIL: Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan takilmat perundangan praktikal bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di Hotel Shah Village Hotel, Petaling Jaya 17 April ini.
Program yang bermula jam 8 malam itu membariskan panelis antaranya peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan Mohd Afiq M Noor.
17_APRIL_LFLMenurut kenyataan LFL, taklimat berhubung tip-tip perundangan persediaan pilihan raya menyasarkan kepada para calon pilihan raya, pekerja kempen, peguam dan aktivis NGO.
Masuk adalah percuma. Pendaftaran boleh dibuat melalui e-mel admin@lawyersforliberty.org.
Maklumat program juga boleh diperolehi melalui SMS di nombor 012-259 9237 atau menghubungi terus LFL di talian 03-7960 4537 dan 7960 5688.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50340 

Saturday, April 13, 2013

Ini Kalilah!

Malaysia Chronicle (@MsiaChronicle) tweeted at 9:26 AM on Sat, Apr 13, 2013: Shout it loud: 'Ini Kalilah!' http://t.co/hLkNzm9zwR (https://twitter.com/MsiaChronicle/status/322883446290649088) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Politik Murahan tiada tempat dalam PRU


KPRU: Serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan politik murahan

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
PRU 13Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.
Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini. Antara pemimpin Pakatan yang jatuh mangsa kepada serangan peribadi termasuklah; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Jangan takutkan penyokong dengan SOSMA

SOSMA diguna untuk takutkan penyokong Pakatan – Surendran

(Oleh: Aliff Fikri)
PETALING JAYA 12 Apr: Pengumuman polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) ketika pilihan raya, bertujuan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat , kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
SURENDRANKatanya, pengumuman dibuat Penolong Pengarah undang-undang dan Pendakwaan polis, Datuk Razali Basri semalam, bertentangan dengan kandungan akta itu sendiri.
Menurut Surendran, artikel 4 (3) Akta SOSMA menyebut tiada seorang boleh ditangkap di bawah seksyen ini semata-mata kerana kepercayaan atau aktiviti politik.
“Kami memandang SOSMA ini sengaja dilakukan dengan tujuan menakutkan pembangkang dan pengundi-pengundi pembangkang daripada membuat pemantauan agar PRU berjalan dengan bersih dan adil.
“Seseorang yang ditahan dibawah akta ini akan ditahan selama 28 hari, lebih memburukkan keadaan mereka yang didakwa di bawah SOSMA tidak akan diberi kebenaran untuk ikat jamin.

Video Seks

Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

KUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.
“Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.
“Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
k“Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.
Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

Thursday, April 11, 2013

Majlis Makan Malam KEADILAN "PAKATAN HARAPAN RAKYAT"


Majlis Makan Malam KEADILAN "PAKATAN HARAPAN RAKYAT"

Tarikh: 13 April 2013  (Sabtu)

Masa: 6.30 Petang

Tempat: Padang Kota, Persiaran Mahogani, Kota Damansara

Penceramah: Dato Ambiga
                        YB Tian Chua
                        YB Sivarasa
                        YB Elizabeth Wong
                         Dr Dzulkefly Ahmad
                         Hunter

   Anjuran PKR Subang


SEMUA DIJEMPUT HADIR



.
.

Jangan Guna SOSMA Untuk Kempen Pilihanraya


PETALING JAYA  11 APRIL: Kenyataan Penolong Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan PDRM, Datuk Razali Basri bahawa polis akan menggnakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) bercanggah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin menjelaskan, pertemuannya dengan SPR sebelum ini menyatakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 yang akan digunakan.
“Merujuk nota ikhtisar SPR dengan parti politik, jawapan SPR kepada soalan sama ada Akta Perhimpunan Aman (akan digunakan) SPR menegaskan semua bentuk kempen (tertakluk) dibawah menyatakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994
“Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) tak terpakai. Itu pengasingan yang sangat jelas. SPR patut beri kenyataan kerana pandangan yang berbeza,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Terdahulu, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah merujuk kenyataan Razali versi The Star semalam bahawa polis akan menggunakanAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Razali dalam laporan itu menyebut, individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh berkempen akan disiasat di bawah Sosma dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.
” Ada undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan (Penal Code) boleh digunakan. Kita desak polis hentikan kenyataan seperti ini.
“Kita nak ingatkan polis badan atau institusi yang ada kuasa (dalam urusan pilihan raya) bukan polis. Pihak utama adalah SPR.
“Jangan guna Sosma untuk kempen pilihan raya Undang-undang ini cukup teruk, digubak untuk menggantikan ISA. Tak ada kaitan dengan perjalanan dan aktiviti dalam tempoh kempen,” kata Sivarasa.
   
 
 
.

Keadilan tells police to stop reference to use of SOSMA during election campaign

The statement by Bukit Aman Legal and Prosecution Division Principal Assistant Director Dato Razali Basri reported in the STAR yesterday that the police will use the Security Offences (Special Measures ) Act 2012 (SOSMA) during the campaign period to ensure that the 13th general election is not affected by incidents or security threats is an entirely unacceptable position.
The statement by Datuk Razali as reported also made reference to using the section 124B of the Penal Code being the offence of activity detrimental to parliamentary democracy ( in the category of so-called security offences ).  This sort of statement confirms the fears that were expressed by MP's during the debate on SOSMA in Parliament in late 2012 that the powers under SOSMA relating to so-called offence of activity detrimental to parliamentary democracy would be easily abused.
Dato Razali's statement further demonstrates the lack of understanding in the senior ranks of the police that the Election Commission is the custodian of the election process and the primary law applicable during campaign is the Election Offences Act. 
Threats to use national security laws like SOSMA in the context of the campaign period will only undermine the integrity of the electoral process.  The existing laws dealing with ordinary criminal offences and public order are adequate to deal with any incidents that may arise in relation to campaign workers etc. 
The reference to use of SOSMA during the election process is totally unwarranted.

Keadilan calls upon the police to stop making references to SOSMA in relation to the election process. 

Sivarasa Rasiah
Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat

Wednesday, April 10, 2013

Penamaan Calon dan Hari Pengundian

SPR telah mengumumkan bahawa hari penamaan calun untuk PRU 13 adalah Sabtu 20hb April. Manakala hari pengundian pula adalah Ahad 5hb Mei 2013.

Untuk membantu kempen PakatanRakyat di Subang atau untuk sumbangan dana, sila layari:   sivarasa.com