Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Thursday, May 27, 2010

Selamat Menyambut Hari Wesak!

Teman-teman sekalian,

Sambutan Hari Wesak pada tahun ini disambut pada tanggal 28 Mei 2010. Hari Wesak juga dikenali dengan nama lain seperti Buddha Punima, Hanamatsuri, Fodan mahupun Visakah Bucha bagi komuniti pelbagai kaum dan kebudayaan di seluruh dunia. Sambutan hari Wesak signifikan bagi memperingati tiga peringkat penting dalam kehidupan Gautama Buddha iaitu kelahiran, pencerahan serta kematian beliau.

Mengikut kepercayaan Buddha, Gautama Buddha tidak menggalakkan pengikutnya memperingati sambutan ini dengan cara meratapi atau mendewa-dewakan kelahiran, pencerahan serta kematiannya. Dia menggalakkan pengikutnya untuk menggunakan kesempatan yang dimiliki dengan mengukuhkan iltizam dan semangat untuk menjalani kehidupan yang mulia, membangunkan pemikiran, mengamalkan kebaikan dan berusaha untuk membawa keamanan kepada umat manusia.

Oleh itu, kita semua, tidak kiralah penganut agama Buddha, Islam, Kristian mahupun Hindu, haruslah saling berusaha untuk memperbaiki kehidupan dan menyumbang tenaga serta idea kepada usaha-usaha yang menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat. Saya berharap agar semua pihak dapat bersama-sama berusaha untuk menjamin kesejahteraan semua kaum di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

Selamat Menyambut Hari Wesak!

No comments:

Post a Comment