Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, May 5, 2010

H1N1 - berwaspada

Kami berharap agar warga Parlimen Subang khusus dan rakyat Malaysia amnya mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak ini dari terus berleluasa.

Empat Lagi Kes Baru H1N1 Dikesan



KUALA LUMPUR 3 Mei - Empat lagi kes positif Influenza A(H1N1) yang terbaru dikesan di Ukay Perdana, Ampang sehingga pukul 8.30 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata tiga pesakit dari taman perumahan itu dimasukkan ke hospital swasta manakala seorang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar, dan semua mereka diberikan rawatan anti viral.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan setakat ini 13,748 orang," katanya dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.


Katanya, orang ramai boleh mendapatkan pelalian vaksin berkenaan di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara.

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko itu. Mereka ini mudah mengalami komplikasi penyakit sedia ada atau jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan sepsis dan boleh membawa maut," katanya.


Sumber: TVSelangor

No comments:

Post a Comment