Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Showing posts with label PRESS. Show all posts
Showing posts with label PRESS. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna - Sivarasa


Anggota Parlimen Subang R Sivarasa berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah "ditangani" tidak memberi sebarang makna.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, ini kerana kes itu masih berjalan dan pembunuh sebenar bagi kes itu masih lagi belum diketahui hingga hari ini.

NONE"Bila Rohani kata bahawa kes pembunuhan Altantuya telah diselesaikan, bagi saya perkataan itu tidak memberi apa-apa makna bagi majoriti rakyat Malaysia kerana keadilan masih belum dicapai dalam kes ini.

"Saya harap ini satu peringatan pada kerajaan Umno/BN supaya fikir lebih mendalam tentang hal ini. Mereka perlu faham ini boleh ditangguhkan tapi tak boleh lari dari isu.

"Satu hari nanti akan ada keadilan untuk Altantuya," katanya dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Sivarasa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rohani Selasa lalu yang mengatakan bahawa kes Altantuya telah ditangani.

Rohani yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kes tersebut juga berkata, beliau tidak menerima apa-apa memorandum dari delegasi Mongolia ketika persidangan kemuncak wanita global 7 Jun lalu yang menuntut jawapan berhubung kematian Altantuya.
~ Mkini



.

Friday, May 31, 2013

KDN Jangan Peralat Polis


PETALING JAYA 30 MEI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tidak terus memperalatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk tujuan politik, gesa Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Tegas beliau, KDN yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid seharusnya memberi ruang dan kebebasan kepada polis untuk menumpukan perhatian terhadap skop tugas mereka yang sebenar.

“Saya tidak menyalahkan polis-polis ini kerana mereka terpaksa akur dengan arahan bos-bos mereka untuk menyiasat perkara seperti perhimpunan aman yang jelas bukan satu jenayah.

“Saya yakin polis juga sebenarnya tidak mahu membuang masa menyiasat dan menahan rakyat yang berhimpun secara aman.

“KDN khususnya Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab terhadap penyelewengan ini, sepatutnya KDN perlu biar PDRM fokus dengan kerja membendung kejadian jenayah yang makin meningkat dan merunsingkan rakyat, bukan sebaliknya,” ujarnya di depan Balai Polis Tropicana di sini.

Ditemani peguam, G. Sivamalar, beliau hadir untuk disoal siasat di bawah Akta Pehimpunan Aman 2012 berhubung kehadirannya dalam himpunan solidariti Adam Adli pada 22 Mei lalu.

Pada malam tersebut, seramai 18 orang, termasuk pembantu peribadi beliau, Peter Chong ditahan ketika berhimpun di hadapan lokap Balai Polis Jinjang.

“Saya tidak faham mengapa saya dipanggil untuk soal siasat sedangkan segala yang berlaku pada malam itu disaksikan puluhan anggota polis, malah sudah pasti ada rakaman video mengenainya, semua ini polis sudah sedia maklum.

“Saya ditanya soalan yang mereka sudah tahu jawapannya, nampak sangat polis terpaksa buang masa untuk tindakan politik,” ujarnya kesal.

Beliau bagaimanapun berkata tidak diberitahu samada akan dipanggil semula untuk soal siasat atau akan ditahan selepas ini.

Siasatan bermula pada jam 10.50 pagi tadi dan tamat kira-kira 55 minit kemudian. ~ SelangorKu


.

Saturday, March 9, 2013

Kenyataan Akhbar Bapa Saiful Bukhari

KENYATAAN AKHBAR OLEH AZLAN MOHD LAZIM BAPA KEPADA
SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN PADA 8 MAC.2013 DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan Khairil Annas Jusoh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.

Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan bagitu terancang sekali.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

Marilah kita juga dokan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

..................................
AZLAN MOHD LAZIM
(530809-06-5385)

Monday, November 22, 2010

Police Shooting

via Malaysia Chronicle by admin@ malaysiachronicle on 11/20/10

Shamil's mum - he would have turned 16 on Sunday
PETALING JAYA, Nov 20 — The families of two of the three youths shot dead on November 13 after being suspected of robbing a petrol station claimed that they were killed by police in cold blood.

Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, and Mohd Hanafi Omar, 22, were shot dead by the police after a reported high-speed car chase in the early morning of November 13 in Glenmarie, Shah Alam.

“This was a gangland-style execution by police officers,” said lawyer N. Surendran, who represented Shamil’s and Hairul’s families, at a press conference at the Petaling Jaya district police headquarters today.

“We have gathered enough evidence,” he added.

The lawyer said the latest shooting underscored the importance of a royal commission of inquiry, following the case of 14-year-old Aminulrasyid Amzah who was fatally shot by the police in Shah Alam on April 26.

“No child is safe on our streets. Any child out early in the morning is liable to be shot by the police,” said Surendran.

“We need a royal commission (of inquiry),” he added.

Selangor acting police chief Datuk A. Thaiveegan reportedly defended his officers’ actions by describing the three suspected robbers as “seasoned criminals” who were allegedly involved in at least three armed robberies in Selangor last week.

He claimed that the police shot the suspects in self-defence as they had allegedly rushed to attack the policemen with machetes after a car chase at about 4.10am on November 13.

Surendran, however, dismissed such claims as lies.

“This is a lie by the police,” said the human rights lawyer.

He pointed out that based on the families’ observations of the bodies, Shamil, Hairul and Hanafi each sported two gunshot wounds on their heads and chests.

“All three were shot in the head and chest with bullets exiting lower,” said Surendran.

“This shows the shots were fired at close range, which is inconsistent (with police claims) that the shots were fired in self-defence,” he added.

The lawyer also said the trajectory of the bullets on Hairul’s body indicated that Hairul’s shooter had shot him from a higher position.

“This indicates that the victims were kneeling. Hairul also had a black eye,” said Surendran.

“Shamil was shot directly in the centre of his forehead,” he added.

The lawyer said the families’ legal team would seek the opinion of forensic pathologists on the case.

“We’ll ask for an appointment with forensic pathologists from Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang,” said Surendran.


He added that Shamil’s and Hairul’s families are demanding for the policemen responsible for the youths’ deaths to be suspended and charged with murder.

“The families want the policemen suspended and charged for the offence of murder. This was blue murder by the police,” said Surendran.

“They also want an apology for accusing them (the youth) of being criminals,” said the lawyer.

Both families filed police reports at the Petaling Jaya district police headquarters today, claiming that the two boys were murdered by the police.

“Tomorrow is Shamil’s birthday,” said his mother Norhafizah Mad Razali, before breaking down in tears.

In her police report, the 36-year-old businesswoman said her son did not have any criminal record and did not know how to drive a car.

“My son was a good boy who went for religious classes,” said Norhafizah.

Meanwhile, Subang MP R. Sivarasa called for an independent investigation into the deaths and for the police officers to be charged.

“We’ll ask the government to set up a royal commission of inquiry. I’ll bring this up in Parliament,” said Sivarasa.

“But the first step is to charge those murderers. How many more cases like this do we have to see?” he asked.

Besides Aminulrasyid, a second case involving the fatal shooting of 18-year-old Mohd Afham Arin in Johor Baru on October 20 last year has also surfaced after the victim’s mother recently demanded an independent commission to investigate the case.

According to human rights group Suara Rakyat Malaysia (Suaram), 88 people died in police shootings last year.

The NGO also claimed that not even one police officer was held accountable and that the high number of deaths in 2009 was “alarming”, considering that there were only 13 such cases in the previous two years.