Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, October 1, 2014

Kenyataan Media Isu Pengubahan RTPJ

KENYATAAN AKHBAR

Ahli majlis MBPJ adalah betul untuk menangguhkan dan mengkaji semula cadangan pindaan kepada RTPJ1 dan RTPJ2

Kami sebagai Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan yang berada di dalam bandaraya Petaling Jaya menyokong keputusan ahli majlis MBPJ yang diambil oleh undi majoriti di mesyuarat khas mereka semalam untuk menangguhkan cadangan pindaan kepada rancangan-rancangan tempatan RTPJ1 dan RTPJ 2 sementara menunggu kajian semula sepenuhnya oleh MBPJ.  Kajian semula ini akan dilakukan melalui perundingan dengan kerajaan negeri dan mengambil kira maklum balas yang diberikan setakat ini dalam publisiti yang diterima setakat ini di bawah seksyen 13 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Beberapa pindaan yang dicadangkan telah menjadi sangat kontroversi untuk mengatakannya yang paling kurang.

Kami terkejut melihat cadangan untuk mengeluarkan semua garis panduan terperinci yang sedia ada untuk kawalan merancang dari kedua-dua RTPJ1 dan 2. Ini adalah amat susah dipersetujui.

Syarat-syarat kawalan perancangan terperinci tersebut telah diusahakan selama bertahun-tahun dengan input terperinci daripada orang ramai dan memberikan kestabilan kepada perancangan bandar di Petaling Jaya.

Jika MBPJ berpendapat bahawa beberapa garis panduan kawalan perancangan perlu pembaikan, maka peningkatan khusus boleh dikemukakan untuk input awam, bukan penyingkiran keseluruhan seperti yang disyorkan pada masa ini.

Cadangan-cadangan untuk meningkatkan nisbah plot maksimum daripada 4 kepada 6 dalam tujuh kawasan "pembangunan berorientasikan transit" atau TOD di sekitar stesen-stesen MRT dan LRT memerluan pemikiran semula memandangkan kesan kepada keadaan trafik semasa, kemudahan awam dan kualiti hidup di PJ. Syarat-syarat sedia ada di dalam cadangan kelihatan tidak mencukupi untuk memastikan bahawa pembangunan kepadatan tinggi seperti itu akan disepadukan sepenuhnya ke dalam stesen-stesen pengangkutan awam dan tidak mewujudkan beban lanjut dan kemerosotan persekitaran kehidupan di PJ.

Cadangan untuk menjalankan lebuh raya DASH melalui kawasan-kawasan perumahan yang padat dengan penduduk dan kawasan-kawasan komersial di Mutiara Damansara dan Damansara Perdana telah menimbulkan lebih seribu bantahan bertulis. Jajaran lebuh raya yang dicadangkan ini melalui kawasan-kawasan tersebut memerlukan kajian.

Kita perhatikan bahawa keseluruhan tanah RRI di PJ yang terdiri daripada kira-kira 1600 ekar kini yang dicadangkan sebagai "pembangunan bercampur" tanpa sebarang susun atur yang terperinci. Ini tidak boleh diterima dalam mengformulasikan suatu rancangan tempatan di mana orang ramai mengharapkan untuk melihat cadangan terperinci pihak berkuasa perancangan tempatan mengenai penggunaan tanah, nisbah plot, kepadatan, kemudahan awam dan lain-lain untuk memberi pandangan mereka. Kami berpendapat bahawa keseluruhan cadangan RRI perlu dikeluarkan dan satu rancangan kawasan khas disediakan untuk tanah RRI di bawah seksyen 16B Akta tersebut yang telah dilakukan sebelum ini untuk bahagian seksyen 13 di PJ. Rancangan untuk RRI perlu proses yang berasingan dengan sendirinya memandangkan saiz tanah untuk dibangunkan adalah besar dengan kesan yang setanding.

Kita juga perhatikan bahawa terdapat cadangan untuk menukar syarat guna tanah di tapak Filem Negara di seksyen 12 (yang merupakan tanah kerajaan Persekutuan) daripada penggunaan institusi awam untuk komersial dengan kemungkinan nisbah plot enam (6). Jikapun kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memindahkan Filem Negara ke tempat yang lain, tanah tersebut harus dikembalikan kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan untuk kegunaan awam yang berterusan. Kemudahan awam yang berguna boleh dibina di atas tanah tersebut daripada membangunkannya sebagai satu lagi tapak komersil kepadatan tinggi.

Oleh itu, kami bersetuju bahawa pindaan yang dicadangkan dibatalkan. Seperti yang dicadangkan oleh ahli-ahli majlis MBPJ, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji semua cadangan dengan mengambil kira semua maklum balas dan mengemukakannya sekali lagi dengan mengambil kira kepentingan awam sebagai pertimbangan utama.

Hee Loy Sian  Ahli  Parlimen  Petaling Jaya Selatan
Tony Pua Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara
Sivarasa Rasiah Ahli  Parlimen  Subang
Wong Chen Ahli  Parlimen Kelana Jaya
Rajiv Rishyakaran Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing
Haniza Talha Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan
Lau Weng San Ahli Dewan Undangan Negeri  Kampung Tunku
Yeo Bee Yin Ahli Dewan Undangan Negeri  Damansara Utama
Elizabeth Wong Ahli Dewan Undangan Negeri  Bukit Lanjan
Nik Nazmi Nik Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri  Seri Setia

1 Oktober 2014

Untuk sebarang penjelasan, sila hubungi Peter Chong  (pembantu peribadi kepada Sivarasa Rasiah) di 012 905 9948.

No comments:

Post a Comment