Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Monday, March 26, 2012

Dialog Bersama Penduduk Subang Suria

Pada Hari Ahad, 25hb Mac, Sivarasa turun bersama penduduk-penduduk Subang Suria di U5, Shah Alam.

Dalam lawatan ini, Sivarasa juga berpeluang untuk dialog dengan penduduk-penduduk yang membangkitkan berbagai masalah kepada wakil rakyat mereka.

Isu-isu yang dibangkitkan termasuk skim air percuma, masalah strata serta kekurangan tempat letak kereta.

Masalah kekurangan barangan dan infrastuktur telah juga dibangkitkan oleh AJK Surau.

Lebih 300 penduduk-penduduk mengambil kesempatan untuk bersama wakil rakyat mereka, untuk bergambar dan bersalam.

Dalam program ini, Sivarasa telah memberikan sumbangan sebuah Khemah untuk kegunaan surau.

Banner yang disediakan penganjur program

Sivarasa mendekati penduduk semasa memberi ucapan

Bersama pimpinan masyarakat dalam sessi dialog

Press Conference at Parliament - Pictures

At press conference in Parliament with YB Tian, YB Fuziah and YB Nurul Izzah

PC re: Electoral Roll Abuses by SPR

Present in support, James Ng, Councillor MBSA

Sivarasa menyokong Tuntutan SRJK Effingham

Sivarasa turun memberi sokongan moral kepada kumpulan NGO REFLEX (Return Effingham Land).

Kumpulan ini menuntut kembali 3 ekar tanah Sekolah Rendah Tamil Effingham di Bandar Utama, yang telah dicuri oleh MIC. Pihak pemaju Bandar Utama telah memperuntukan 6 ekar tanah untuk SRJK Effingham. Sekolah tersebut telah dibina atas 3 ekar tanah sahaja dan baki 3 ekar telah ditukarmilik kepada MIC.

Kumpulan ini telah membuat lapuran polis serta lapuran kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Pada setial hari Sabtu, jam 8:00malam, di Brickfields, kumpulan ini akan mengadakan vigil lilin untuk menuntut kembali tanah ini daripada MIC. Vigil Lilin ini juga bertujuan untuk menghebohkan  penyelewengan MIC mencuri tanah sekolah.

Hadir bersama adalah Exco Sgor dan ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong

Turut Bersama Memberi Sokongan, YB Tian Chua, MP Batu dan Naib Presiden PKR

Sivarasa memberi ucapan sokongan

Anak-anak muda Ara Damansara bersama memberikan sokongan

Thursday, March 22, 2012

Isu Sri Lanka - Kenyataan Media Pakatan Rakyat

KENYATAAN MEDIA OLEH PAKATAN RAKYAT – 19hb Mac 2012

PAKATAN RAKYAT MEMINTA KERAJAAN MENYOKONG RESOLUSI BERKENAAN SRI LANKA DI MAJLIS HAK ASASI, BANGSA-BANGSA BERSATU.

Beberapa hari lagi, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini sedang bermesyuarat di Geneva akan membincangkan resolusi berkaitan Sri Langka yang menimbulkan dan menyentuh isu-isu berikut:

a.   Menggesa kerajaan Sri Lanka melaksanakan semua syor-syor dalam laporan 2010 daripada  Lessons Learnt and Reconciliation Commission (LLRC) and pastikan tindakkan bebas dan adil dilaksanakan demi mencapai keadilan untuk semua warga Sri Lanka; dan
b.      Meminta kerajaan Sri Lanka membentang satu pelan tindakkan komprehensif yang memperincikan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan untuk melaksanakan laporan LLRC dan menangani kelanggaran undang-undang antarabangsa
c.    Menggesa Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu member dan kerajaan Sri Lanka menerima semua   bantuan untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut dan melaporkan balek pada persidangan ke 22.


Walaupun resolusi ini tidak sekuat dan lemah kalau disbanding dengan versi asalnya, Parti Keadilan Rakyat menggesa agar kerajaan menyokong resolusi di atas.

Pengabaian terhadap pencabulan hak asasi manusia, jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan pada peringkat terakhir peperangan 2009 adalah perkara yang tidak boleh diterima dan dibiarkan begitu sahaja dengan pelakunya mengambil manfaat daripada daripada budaya ketiadaan kebertanggungjawaban atau “culture of impunity” yang kian wujud.

Dokumentari ‘The Killing Fields of Sri Lanka" yang telah disiarkan melalui Channel 4 pada 14 Jun 2011 di United Kingdom dan seterusnya menerima publisiti luas di dunia telah memberikan bukti-bukti visual yang mengejutkan yang menyokong hakikat jenayah perang dalam bentuk laporan-laporan saksi, bahagian filem amatur, gambar-gambar dan video-video telefon bimbit.

Panel Pakar-Pakar (POE) yang telah dilantik oleh Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu, Ban Ki Moon telah menyimpulkan di dalam laporannya pada 2010 bahawa terdapat bukti-bukti kukuh jenayah peperangan dan menggesa agar Kerajaan Sri Langka “menjalankan siasatan bebas segera terhadap perkara tersebut dan lain-lain pencabulan terhadap Undang-Undang Kemanusian dan Hak Asasi Manusia yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata”. Laporan tersebut juga menyarankan agar Setiausaha Agong “mewujudkan satu mekanisma antarabangsa yang bebas dengan segera”.

Kelulusan resolusi yang dicadangkan oleh Majlis Hak Asasi PBB ini adalah penting bagi penyelesaian jangka panjang terhadap situasi yang berlaku di Sri Langka.

Kerajaan Malaysia telah bertindak secara tepat sewaktu menyokong tindakan terhadap pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Bosnia pada 1990-an dan mengkritik tindakan yang sama ketika dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Kami menyokong tindakan sedemikian. Walaubagaimanapun kerajaan haruslah bertindak secara konsisten terhadap isu pencabulan hak asasi manusia yang disifatkan sebagai yang terburuk berlaku di Sri Langka - hak asasi manusia bagi mangsa-mangsa yang terkesan samada mereka adalah Tamil, Singhala, Hindu, Kristian atau Muslim tidak boleh dikorbankan demi untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak-pihak tertentu.

Malaysia tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota Majlis Hak Asasi sebagaimana yang telah dilakukan ketika menyokong resolusi yang menyebelahi Kerajaan Sri Langka pada tahun 2009.

Kami menggesa Perdana Menteri supaya menasihatkan Menteri Luar dan wakil-wakil kami di Bangsa-bangsa Bersatu agar menyokong resolusi tersebut dan menyatakan pendirian umum kerajaan dalam hal ini dengan segera.


DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
Parti Islam SeMalaysia

YB DR TAN SENG GIAW
Parti Tindakan Demokratik

YB DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Parti Keadilan Rakyat

19 MAC

Wednesday, March 21, 2012

Kenyataan Akhbar - Rabu 21hb Mac 2012



ELECTION COMMISSION EXPLANATION FOR SHIFTING TAN SRI KHALID IBRAHIM PLACE TO VOTE FROM PJ SELATAN TO LEMBAH PANTAI IS A SHOCKING CONFESSION TO AN ILLEGAL ACT


PENJELASAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA BERHUBUNG PEMINDAHAN KAWASAN MENGUNDI TAN SRI KHALID IBRAHIM DARI PJ SELATAN KE LEMBAH PANTAI ADALAH PENGAKUAN YANG MENGEJUTKAN TERHADAP TINDAKAN  MENYALAHI UNDANG-UNDANG
Election Deputy Chairperson Wan Ahmad Wan Omar when asked to explain how Tan Sri Khalid became a voter in Lembah Pantai without his knowledge said as follows “ he has not been moved. He is still registered at the same address but the boundaries have been moved in accordance with the Elections Act 1958 ( our emphasis )( quote from Malaysiakini  15 March 2012 ).

In my view Wan Ahmad has just confessed to performing an illegal act.  Is this simply incompetence or a deliberate cover-up of illegality?

The Election Commission is NOT allowed to move boundaries of state or parliament constituencies unless it is done pursuant to a delimitation of constituency exercise pursuant to the 13th Schedule of the Federal Constitution which is done at minimum intervals of 8 years (also called “redelineation”).

In between such redelineation,  NO movement of voters across state or parliament constituency boundaries as inflicted on the Selangor Menteri Besar is allowed under the law.

The EC has referred to Section 7(1) of the Elections Act 1958. However this section is about the process of creating voting districts in each constituency AFTER delimitation of a constituency including altering or creating new constituencies.  Section 7(2) then provides that the division of a constituency into polling districts may be altered as occasion may require.  This alteration is clearly limited to the polling districts WITHIN the constituency. 

This is confirmed in the Election Commission’s own website under the section “Persempadanan Bahagian Pilihanraya” and the sub-section “Belah Bahagi Daerah Mengundi” where it is categorically stated that it is NOT ALLOWED to move a voter across a state constituency boundary, let alone a parliament constituency boundary.   All examples given there of modifications to voting districts or daerah mengundi given on the EC website do NOT involve moving voters across constituency boundaries

It is clear therefore that voters can only be moved WITHIN a state constituency to different  voting districts ( or daerah mengundi ).  Any move across a constituency boundary requires the permission of the voter if done in between redelineation exercises.

The EC’s explanation that it is done “to synchronise electoral maps with the country’s official map” is a confession to ignorance of their own legal framework.    Such so-called “synchronisation” must be done in accordance with the law.

What the EC is doing now allows it to secretly move voters across boundaries without their knowledge. This is what the electoral law does not allow to prevent manipulation of boundaries outside a proper delimitation exercise. 

In Subang, we have after checking the electoral roll gazetted up to September 2011 found at least 208 voters moved from other Parliament seats and state seats into Subang, again in complete breach of the electoral law.

Yesterday afternoon I lodged a report on this at the EC office in Shah Alam and also a report at the MACC office in Shah Alam requesting investigation into the EC’s abuse of power and illegal acts. 

The EC should disclose in full to the public how many more illegal transfers of such voters it has performed in reckless and irresponsible ignorance of the law. The Parliamentary Select Committee on Electoral Reform should investigate this to the fullest. Is the EC doing this deliberately knowing that it is illegal?



Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang

 Anggota Majlis PImpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat                    21st March 2012

________________________________________________________________________

Apabila diminta mengulas bagaimana Tan Sri Khalid secara tiba-tiba menjadi pengundi kawasan Lembah Pantai tanpa pengetahuannya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar menyatakan "Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," ( petikan dari Malaysiakini  15 March 2012 ).

Pada hemat saya Wan Ahmad secara terbuka telah mengaku melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.  Adakah puncanya cuma tidak berkebolehan atau secara sengaja melindungi tindakkan haram?

Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibenarkan mengubah sempadan mengundi bagi negeri dan parlimen melainkan dilakukan persempadanan semula selaras dengan Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan, perkara tersebut hanya boleh dilaksanakan sekali dalam tempoh 8 tahun.

Di antara tempoh 8 tahun ini, pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi sempadan kawasan negeri atau parlimen sebagaimana yang terjadi kepada Menteri Besar Selangor.

SPR telah merujuk kepada Seksyen 7(1) Akta Pilihanraya 1958. Walaubagaimanapun peruntukan tersebut hanya terpakai bagi proses pembentukan daerah mengundi bagi setiap kawasan SELEPAS persempadanan semula kawasan mengundi termasuk mengubah atau membuat kawasan baru. Seksyen 7(2) pula memperuntukkan bahawa pembahagian kawasan mengundi kepada daerah-daerah pengundian boleh diubah sekiranya diperlukan. Walaubagaimanapun perubahan ini hanya berlaku DI DALAM kawasan pengundian yang sama. 

Perkara ini boleh disemak di dalam laman web Suruhanjaya Pilihanraya sendiri di bawah seksyen “Persempadanan Bahagian Pilihanraya” dan di bawah sub-seksyen “Belah Bahagi Daerah Mengundi” yang mana dinyatakan bahawa seseorang pengundi tidak boleh dipindahkan merentasi kawasan pilihanraya negeri apatah lagi sempadan pilihanraya parlimen. Kesemua contoh-contoh yang ditunjukkan di dalam laman web SPR adalah berkaitan dengan pengubahsuaian daerah mengundi dan ianya tidak langsung menyentuh pemindahan pengundi merentasi sempadan kawasan pengundian.

Justeru, adalah jelas pengundi hanya boleh dipindahkan ke daerah mengundi yang berbeza dalam kawasan pengundian negeri yang sama. Sebarang perpindahan merentasi kawasan pengundian negeri memerlukan kebenaran pengundi sekiranya ia dilakukan di luar daripada persempadanan semula.

Penjelasan SPR kononnya ia dilakukan “bagi menyelaraskan peta pilihanraya dengan peta rasmi negara” adalah pengakuan yang menampakkan kejahilan SPR terhadap kerangka undang-undangnya sendiri. “Penyelarasan” tersebut sekiranya dilakukan hendaklah mengikut kaedah-kaedah perundangan yang digariskan.

Apa yang dilakukan SPR sekarang membenarkan pemindahan pengundi-pengundi merentasi kawasan pengundian secara rahsia tanpa pengetahuan daripada pengundi. Perkara sebegini adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang pilihanraya dan membuka ruang kepada SPR untuk memanipulasi  sempadan pilihanraya di luar pelaksanaan persempadanan semula.   

Di kawasan Subang, selepas semak daftar undi yang diwartakan oleh SPR untuk akhir September 2011 telah mendapati sekurang-kurang 208 pengundi yang telah dipindah kawasan ke Subang dari kawasan parlimen dan DUN yang lain, satu kelanggaran undang-undang yang jelas. 

Petang semalam, saya telah buat satu lapuran berkenaan perkara ini dengan pejabat SPR di Shah Alam dan juga buat suatu aduan di pejabat SPRM di Shah Alam memohon satu siasatan terhadap penyelewengan dan tindakkah haram ini.

SPR perlu mendedahkan sepenuhnya kepada umum berapa ramai lagi pengundi-pengundi yang menjadi mangsa perpindahan sempadan secara tidak sah yang dilakukan secara tidak bertanggungjawab dan melulu tanpa menghiraukan undang-undang. Jawatankuasa Pilihan Parlimen- Pembaharuan Pilihanraya harus menyiasat perkara ini sepenuhnya. Adakah SPR dengan sengaja dan sedar melakukan perbuatan ini walaupun mengetahui ianya bercanggah dengan peruntukan undang-undang?



Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang

 Anggota Majlis PImpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat                    21hb Mac 2012





to download the memorandum submitted,click here:
http://www.sivarasa.com/doc/MEM-KPDSPR.doc
http://www.sivarasa.com/doc/MEMO-KPD-SPRM.doc




MEMO


Pejabat Parlimen Subang,

6-2, Jalan Pekaka 8/4,

Seksyen 8, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya,


Selangor darul Ehsan.





TPj Dato' Ja'afar Bin Mahad
Pengarah SPRM Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Wisma PKPS,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40675 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
.                                                                                 20 Mac 2012



Isu Penyelewengan Daftar Pengundi Baru Oleh SPR di Parlimen Subang

Saya YB R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang ingin membawa perkara tersebut di atas untuk pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya ingin mengemukakan laporan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di dalam pendaftaran pengundi baru di Parlimen Subang. Saya mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat secara langsung di dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ini.

2.         Saya ingin membuktikan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ini dengan mempertengahkan hujah saya yang berlandaskan fakta seperti berikut:

a)         Penambahan Pengundi Baru Secara Mendadak Mencurigakan

Penambahan pengundi baru di Parlimen Subang di dalam jangka masa 4 tahun (2008 – 2012) ialah sebanyak 29 564 pengundi. Penambahan pengundi sebanyak 35% adalah begitu besar. Kenaikan mendadak peratus pengundi baru ini amat mencurigakan kerana peningkatan ini dianggap agak luarbiasa dan tidak konsisten dengan rekod pendaftaran SPR.

b)         Peningkatan Tidak Konsisten Dengan Rekod Pendaftaran SPR

Jumlah Pemilih Rasmi melebihi daripada jumlah yang diwartakan oleh SPR. Jumlah Pemilih Rasmi mengikut Daftar Pemilih Induk (DPI) 2010 ialah 97 351 pengundi. Apabila Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) ditambah untuk Suku 1 , 2 dan 3 untuk tahun 2011, jumlah yang dipamerkan ialah 110 614 pengundi.

Namun begitu, saya amat terkejut apabila mendapati bahawa Jumlah Pemilih Rasmi sehingga suku ke 3 2011 yang diwartakan ialah 113 978 pengundi. Terdapat perbezaan sebanyak 3 364 pengundi yang muncul secara tiba – tiba.

Persoalannya ialah:



i.              Dari mana wujudnya 3 364 pengundi ini?



ii.            Bagaimana 3 364 pengundi ini diwartakan tanpa dipamerkan dalam mana – mana sukuan?



iii.           Bagaimana prosedur undang – undang seperti bantahan dapat dilakukan untuk 3 364 pengundi ini kerana nama mereka tidak dipamerkan dalam mana – mana sukuan sebelum ini?





Lampiran Data Untuk Rujukan – Data Rasmi SPR





<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>

Data Rasmi SPR

Bilangan Pengundi

Jumlah Pemilih Rasmi Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007

84 414

Jumlah Pemilih Rasmi Daftar Pemilih Induk (DPI) 2010

97 351





Jumlah Pemilih Rasmi 2010 + RDPT 1 + RDPT 2 + RDPT 3 bagi tahun 2011 * (Sila rujuk lampiran tambahan)

110 614 *

Jumlah Pemilh Rasmi Daftar Pemilih Induk (DPI) sehingga SUKU ke 3 2011

113 978





Beza di antara RDPT dan DPI

3 364

                       



Lampiran Tambahan Terperinci – Data Rasmi SPR





<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>

Data Rasmi SPR

Bilangan Pengundi

Jumlah Pemilih Rasmi Daftar Pemilih Induk (DPI) 2010

97 351

+ Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 1

4619

+ Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 2

3752

+ Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku 3

4892





Jumlah Pemilih Rasmi DPI 2011 suku ke 3

110 614



* DPI               =          Daftar Pemilih Induk

* RDPT           =          Rang Daftar Pemilih Tambahan yang dipamerkan setiap suku

Nota: Had maksimum pendaftaran pengundi baru untuk suku ke 3 2011 untuk Parlimen Subang sepatutnya tidak boleh melebihi 110 614 pengundi.

c)         Pemilih Dimasukkan Ke DUN / Parlimen Subang Dari DUN / Parlimen Bersebelahan Tanpa Pengetahuan Mereka dan Tanpa Dipamerkan.

Mengikut Perkara 4 – Prinsip Belah Bahagi Sempadan Pilihan Raya – Urusan belah bahagi daerah – daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu – satu bahagian Pilihan Raya Negeri sahaja. Maka, urusan belah bahagi daerah – daerah mengundi TIDAK BOLEH melampaui sempadan Bahagian Pilihan Raya Negeri dan juga sempadan Parlimen.

Hasil siasatan yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa pemilih telah dimasukkan ke DUN / Parlimen Subang dari DUN / Parlimen bersebelahan tanpa dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT). Pemindahan ini mengakibatkan penukaran kawasan DUN dan Parlimen tanpa pengetahuan pemilih.

            Lampiran Data Untuk Rujukan – Data Rasmi SPR



<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>

Parlimen 2008

DUN 2008

Lokaliti 2008

Lokaliti 2010

DUN 2010

Parlimen 2010

Jumlah Pemilih



Kelana Jaya



Seri Setia

Kg Saujana

Kg Saujana

Kota Damansara

Subang

137



Kelana Jaya



Seri Setia

P/puri Sri Melewar

P/puri Melewar

Kota Damansara

Subang

26



Shah Alam



Kota Anggerik

Saujana Resort

Saujana Resort

Kota Damansara

Subang

19



Subang



Kota Damansara

Kondo Sunway  Sutera

Sunway Sutera Condo

Bukit Lanjan

Subang

7



Kelana Jaya



Kota Damansara

Saujana Resort Seksyen 2

Saujana Resort

Kota Damansara

Subang

5



Kelana Jaya



Seri Setia

Seksyen U2

Seksyen U2

Kota Damansara

Subang

4



Kelana Jaya



Seri Setia

Seksyen U3

Seksyen U3

Kota Damansara

Subang

4



Shah Alam



Kota Anggerik

Bunga Raya Condo Sek U2

Bunga Raya Condo Sek U2

Kota Damansara

Subang

4



Kelana Jaya



Seri Setia

Saujana Villa Condo

Saujana Villa Condo

Kota Damansara

Subang

2

Jumlah

208

Lampiran Data Nama Pemilih Yang Dikenalpasti – Data Rasmi SPR



Berikut ialah beberapa NAMA PEMILIH yang telah dipindahkan TANPA PENGETAHUAN dan TANPA DIPAMERKAN di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).



<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>

New

DPI2011sk3.IC

New

DPI2011sk3.Nama

newDPI2011sk3.

NamaLokaliti

newDPI2011sk3.

NamaParlimen

430813105513

LEW WENG @ LIEW KUM WENG

DESA JAYA JLN 1 - 19

SUBANG

780107146684

CHEONG CHOOI LAI

JLN ANGSANA SD 2/2E

SUBANG

511016035537

CHE MAT BIN CHE HUSAIN

JLN CEMARA SD 3/3B

SUBANG

610725135630

LING SUI MEING

JLN ARA SD 7/3D

SUBANG

600610107657

NAZARUDIN BIN ABAS

BATU 10 1/4 JLN DAMANSARA

SUBANG

650121016135

BHASKARAN A/L A SANTHANAM

KG SG KAYU ARA

SUBANG

390117075177

TAN KEAT SENG

DESA JAYA JLN 20 - 38

SUBANG

410519025370

TAN KEE YENG @ TUNG CHEE LEAN

DESA JAYA JLN 39 - 85

SUBANG

800524145485

NG CHEE TIONG

DESA JAYA JLN 39 - 85

SUBANG

611105086035

MUTHUSAMY A/L PONNIAH

KG SG RUMPUT

SUBANG

670530086597

NG SIEW HUNG

PERSIARAN MERANTI

SUBANG

850917875046

AMAL BINTI MOHD TAHIR

KG MERBAU SEMPAK

SUBANG

310217105297

BAHARUDDIN BIN SANIF

KG MERBAU SEMPAK

SUBANG

580426106368

AZIZAH BINTI HASHIM

PAYA JARAS DALAM

SUBANG

411109015596

AZIZAH BINTI AHMAD

PAYA JARAS DALAM

SUBANG

710820105454

TAN LIE CHOON

JLN WANGSA 1/3

SUBANG

540711055567

BAHAROM BIN UJANG

TAMAN EHSAN

SUBANG

370813105335

FOO TIONG POO

TAMAN EHSAN

SUBANG

401215105588

WONG KAM YING

JLN E 4/3

SUBANG

T1088800

SAFURUDIN B AWANG SULONG

SKN SEM 11 BGD

SUBANG

330415105659

MOH AH KOW

KG BAHRU SG BULUH

SUBANG

540620106293

NAZIR BIN KELANG

P/PENYELIDIKAN GETAH

SUBANG

611226106792

MARIAYEE A/P MUNIANDY

P/PENYELIDIKAN GETAH

SUBANG

630609107454

RAJA ATTHEE A/P KATHAVARAIAN

P/PENYELIDIKAN GETAH

SUBANG

640306107368

SELVARANI A/P RAJAMANICKAM

P/PENYELIDIKAN GETAH

SUBANG

700104075638

TUNG ENG CHIEW

TMN PINGGIRAN SUBANG U5

SUBANG

460218085754

SALAMIAH BINTI OTHMAN

KG MELAYU SUBANG

SUBANG

511210086610

SHARIFAH FATIMAH BINTI SYED ISA

KG MELAYU SUBANG

SUBANG

830918146365

GUNASEGARAN A/L KARUPIAH

GUGUSAN MELOR

SUBANG

T5800849

NUROL NORASYIMI MOHAR BTE MOHD HILMI

TUDM SUBANG

SUBANG

470712015355

MAHZAN BIN OTHMAN

BUNGA RAYA CONDO SEK U2

SUBANG

3.         Tingkah laku SPR menukar kawasan DUN dan Parlimen tanpa pengetahuan pemilih dan tanpa dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) adalah kegiatan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa SPR yang menyalahi peruntukan Akta Pilihanraya.

Maka, SPR telah menyalahgunakan kuasa mereka dan telah menyeleweng dalam urusan pendaftaran pengundi baru di Subang. Tingkah laku SPR yang tidak professional, tidak beretika dan menyalahi undang – undang ini perlu disiasat dengan segera.  

Saya mengkehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

i.              Menyiasat secara terperinci isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan segera.



ii.            Menberi laporan bertulis mengenai siasatan ini dengan segera.  



Sekian.



Yang benar,







R. Sivarasa

Ahli Parlimen Subang.
012 2138 613