Sivarasa turun memberi sokongan moral kepada kumpulan NGO REFLEX (Return Effingham Land).
Kumpulan ini menuntut kembali 3 ekar tanah Sekolah Rendah Tamil Effingham di Bandar Utama, yang telah dicuri oleh MIC. Pihak pemaju Bandar Utama telah memperuntukan 6 ekar tanah untuk SRJK Effingham. Sekolah tersebut telah dibina atas 3 ekar tanah sahaja dan baki 3 ekar telah ditukarmilik kepada MIC.
Kumpulan ini telah membuat lapuran polis serta lapuran kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Pada setial hari Sabtu, jam 8:00malam, di Brickfields, kumpulan ini akan mengadakan vigil lilin untuk menuntut kembali tanah ini daripada MIC. Vigil Lilin ini juga bertujuan untuk menghebohkan penyelewengan MIC mencuri tanah sekolah.
 |
Hadir bersama adalah Exco Sgor dan ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong
|
 |
Turut Bersama Memberi Sokongan, YB Tian Chua, MP Batu dan Naib Presiden PKR |
 |
Sivarasa memberi ucapan sokongan |
 |
Anak-anak muda Ara Damansara bersama memberikan sokongan |
No comments:
Post a Comment