Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Friday, March 5, 2010


KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT SELANGOR
7 MAC, 9 PAGI – 6 PETANG, DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SSAAS, SHAH ALAM


Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Selain daripada menilai prestasi Pakatan Rakyat dalam melaksanakan janji-janji PRU ke-12 yang lalu, konvensyen ini akan fokus kepada strategi mengatasi pelbagai sekatan dan halangan daripada Kerajaan Pusat Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri agar hak dan kepentingan seluruh rakyat Selangor terjamin.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.

Tayangan skrin besar akan disediakan di ruang lobi supaya orang awam dapat mengikuti ucapan dan perbahasan sepanjang konvenysen berlangsung.

Wartawan diminta untuk mendaftar diri dan menunjukkan “press tag” di kaunter pendaftaran media sebelum memasuki dewan pada 8 pagi – 9 pagi, 7 Mac. Bilik Media akan disediakan bagi menyenangkan tugasan wartawan.

Bagi pihak bloggers, sila mendaftar diri dengan pihak urusetia selewat-lewatnya 6 Mac dengan menghantar maklumat: nama penuh, url laman blog dan nombor telefon, ke konvensyen.pr.sgor@gmail.com.

No comments:

Post a Comment