Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Tuesday, July 6, 2010

Permit Suara Keadilan






Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.
Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda. Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.
Sivarasa (kanan, bertali leher merah) berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah PKR daripada terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum.Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam.“Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR.“Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta,” katanya.
Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda.“Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilandan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan,” katanya.

Sunday, July 4, 2010

Siva: Megat making excuses for MACC's no-show

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
http://www.malaysia-chronicle.com/2010/07/blog-post_2305.html

PKR vice president Sivarasa Rasiah slammed MACC adviser Megat Najmuddin Megat Khas for defending the commission’s last-minute decision not to interview private investigator P Balasubramanim, even though the latter may have key information that could break a high-profile murder-and-corruption case implicating Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor.

“If Megat Najumuddin is honest about this, then he should have considered all the facts including the final decision to go had already been approved after consultation with the MACC’s own advisers,” PKR vice president Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.

“Why then did they announce they were going but U-turn at the last minute? This dents the credibility of not only Najib and Rosmah, but Malaysia as a whole. The Altantuya murder is followed around the world and with the MACC’s withdrawal, the inference is that there has been political intervention from the very top, perhaps even Najib himself, and that one can get away with pretty much in this country so long as one has enough political pull.”

Damage control

Siva was referring to the latest development in the sensational murder case involving Mongolian translator Altantuya Shaariibuu, who was killed in Malaysia in 2006. She had threatened to blow the whistle on high-level corruption in the government's acquisition of two Scorpene submarines worth 1.34 billion euros or RM6.7 billion. The subs were ordered by Najib in his capacity as defense minister in 2002.

Najib has been accused of benefiting Perimekar, a tiny firm belonging to his friend Razak Baginda, with a side deal worth 114 million euros or RM570 million that civil rights groups insist was a kickback. Malaysian NGO SUARAM is trying to claim back on behalf of taxpayers the amount allegedly paid out by DCNS, the French vendor of the submarines, to the wrongdoers.

According to a sworn statement Bala made in 2008, Altantuya was trying to collect her US$500,000 share of the commission from Baginda, whom she helped to close the DCNS deal. But Baginda refused to pay up, and instead, hired Bala to stop her from harassing him.

“It is ridiculous to go over there. The process will involve a lot of cost and a waste of taxpayers' money," Najmuddin told the press on Saturday in a bid to help the MACC counter the storm of criticism that has erupted since its Wednesday announcement that it had been advised by the Attorney-General not to go.



No money for London trip but enough for Perimekar

The MACC has couried a list of questions to Bala and his lawyers, who have already gone to London ahead of the meeting scheduled for Monday and Tuesday at the Holiday Villa.

Bala has lashed out at the MACC for backtracking and vowed to go ahead with a press conference scheduled for July 7 despite the commission's no-show. He is expected to reveal further details and perhaps clarify some of the points he revealed in his 2008 statutory declaration (see below).

The former police officer is also scheduled to go to Paris where he has been invited by the French authorities to help in their corruption probe on the submarines acquired by Malaysia.

"We totally reject Najmuddin's argument. If the cost of air fare, board and lodging in London for three MACC officers is too exorbitant, then how did the government manage to find the billions to buy the Scorpenes and pay the hundreds of millions to Perimekar," said Sivarasa, who is also MP for Subang.

“The attitude of the French authorities and that of our MACC cannot be more contrasting. MACC should take a leaf from their foreign counterpart and insist on putting the people's interest first. They have to behave more professionally."

Wednesday, June 16, 2010

Ribut Di Kota Damansara















Ribut pada 13.06.2010 melanda Kota Damansara.















YB R. Sivarasa berada ditempat kejadian.


Friday, June 11, 2010

Dari Hansard Parlimen - 8hb June

Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [Subang] minta Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat menyatakan, memandangkan majoriti isi rumah yang
berpendapatan rendah melibatkan ibu tunggal atau wanita yang tidak mampu atau ada
peluang kerja, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan peningkatan yang
bermakna dalam kadar penglibatan wanita dalam tenaga buruh yang tidak berubah
besar dari 1980 (44.1%) sehingga sekarang (45.7% di tahun 2008).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri
Shahrizat binti Abdul Jalil]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, integrasi wanita ke dalam tenaga
pekerja negara mencerminkan hasrat dan kemahuan wanita Malaysia untuk
mengimbangi tuntutan mereka sebagai ibu, isteri dan pekerja. Namun begitu, selain
daripada kerajaan, pihak swasta juga mesti mewujudkan satu suasana pekerjaan yang
lebih mesra keluarga supaya lebih ramai wanita dapat digalakkan untuk menyertai
dalam bidang pekerjaan dengan izin, investing in women is a smart economics adalah di
antara perjuangan kami di kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita,
pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan melalui beberapa kementerian. Di
antaranya:
(i) menggubal peraturan kerja separa masa dengan izin, part time
regulation sebagai sebahagian daripada pindaan Akta Kerja 1955.
Langkah ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan dengan
izin, latent workforce seperti ibu tunggal, suri rumah dan lain-lain
untuk menceburi pasaran pekerjaan;
(ii) memudahkan proses pencarian peluang pekerjaan dan
permohonan pekerjaan yang bersesuaian melalui portal
JobMalaysia. Golongan wanita yang tidak bekerja dan berminat
untuk mencari pekerjaan boleh mendaftar secara atas talian
DR.8.6.2010 9
dalam portal berkenaan dan mereka akan dipadankan dengan
pekerjaan yang sesuai;
(iii) meneruskan program bekerja dari rumah seperti home working
dan tele-working bagi membantu golongan wanita mendapat
pekerjaan. Sehingga Mac 2010, seramai 2458 wanita telah
mendapat pekerjaan dengan 139 syarikat melalui kaedah ini; dan
(iv) menggalakkan perwujudan pusat penjagaan anak di tempat kerja.
Penubuhan pusat-pusat penjagaan ini dapat membantu wanita
yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak. Langkah ini
dapat mengelakkan wanita daripada berhenti kerja untuk
menumpukan perhatian kepada keluarga. Kerajaan juga
memberikan geran pelancaran sebanyak 200 ribu kepada setiap
majikan di sektor awam untuk menubuhkan taman asuhan kanakkanak
atau taska di tempat kerja. Subsidi yuran pengasuhan
taska sebanyak RM180 kepada penjawat awam yang bergaji
RM3000 ke bawah. Geran pelancaran sebanyak 55 ribu untuk
menggalakkan penubuhan taska komuniti juga disediakan oleh
kerajaan, di samping memberi subsidi yuran pengasuhan taska
kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 ke bawah.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai insentif kepada majikan di
sektor swasta untuk menubuhkan taska, pengecualian cukai 10% diberikan ke atas kos
keseluruhan pembinaan bangunan taska bagi tempoh sepuluh tahun. Tuan Yang di-
Pertua, selain usaha menggalakkan wanita menyertai pasaran pekerjaan, usaha juga
dibuat untuk menggalakkan wanita menceburi aktiviti ekonomi yang lain. Dalam hal ini,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan
Pembangunan Wanita melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam
bidang keusahawanan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan. Terima kasih.

Thursday, June 10, 2010

Press Statement

KENYATAAN AKHBAR
9 JUN 2010
KERAJAAN SELANGOR KAJI PENUKARAN TANAH KEMUDAHAN AWAM KEPADA KOMERSIL YANG DILULUSKAN SEBELUM 2008

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri akan mengkaji semua kes yang melibatkan penukaran status tanah dari status kemudahan awam atau kawasan lapang kepada status komersil yang telah diluluskan sebelum 2008.
Sehubungan itu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Daerah telah diarah mengemukakan kepada Kerajaan Negeri senarai tanah-tanah untuk kemudahan awam atau kawasan lapang yang telah ditukar kepada komersil.
Langkah ini bagi membolehkan kajian dilakukan terhadap penukaran status tanah berkenaan untuk memastikan proses itu itu dilakukan mengikut prosedur yang betul.
Kajian dan siasatan ini yang mendalam ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri bertindak SEKIRANYA ADA berlaku sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa dalam permohonan atau sepanjang proses kelulusan yang diberikan.
Jika ada elemen sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa dalam kelulusan yang diberikan, pihak kerajaan akan membuat aduan kepada pihak yang tertentu supaya mereka yang terlibat boleh didakwa dimahkamah.
Kerajaan Negeri prihatin kepada rasa tidak puashati penduduk tentang pertukaran status yang diberi. Akan tetapi, Kerajaan Pakatan tidak sewenang-wenangnya mengubah perjanjian yang telah diluluskan secara sah oleh Kerajaan Negeri terdahulu.
Tindakan ini boleh mendedahkan Kerajaan Negeri sedia ada kepada tindakan undang-undang atau pembayaran pampasan yang tinggi.
Oleh itu, setiap kes membabitkan penukaran status tanah yang telah diluluskan sebelum 2008 perlu dikaji dan disiasat secara terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.
Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor, Kerajaan Negeri telah membuat pembaharuan dengan mewartakan tanah-tanah yang telah dikhaskan untuk kemudahan awam seperti sekolah, taman rekreasi , hospital dan sebagainya.
Cara ini sebagai jaminan tanah-tanah untuk kemudahan awam ini tidak boleh ditukar statusnya dengan senang.
Ini adalah kerana permohonan untuk menukar status tanah juga perlu melalui banyak proses termasuk mengadakan sesi pendengaran awam bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas penduduk yang tinggal berdekatan tanah itu.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Friday, June 4, 2010

What Penetration?

In the run-up to Anwar Ibrahim’s sodomy trial, his lawyers including senior counsel Sivarasa Rasiah had warned that in the end the government would try to nail the Opposition Leader based on fabricated DNA evidence.

And it looks like they may have guessed correctly.

On Thursday, lead prosecutor Mohd Yusof Zainal Abidin managed to get Dr Mohd Razali Ibrahim, one of three HKL doctors who examined complainant Saiful Bukhari Azlan, to stun the Court by agreeing that there was anal penetration.

"With all these reports I have now, there is evidence of penetration even without clinical injuries found on the complainant," Mohd Razali said.

No, he did not reverse or overturn his own HKL medical report, which in fact, he stood by. Corroborated by two colleagues, the report had stated there were no conclusive clinical findings suggesting there was penetration of the anus nor were there any significant defensive wound on the complainant's body.

A second medical report from Hospital Pusrawi also came to the same conclusion. Why then did Dr Mohd Razali, who has handled more than 100 cases involving the anal area, tell the Court that he “would say there was penile penetration"?

Malaysia Chronicle spoke to Sivarasa who explained that it was because Mohd Razali was making an inference based on the Chemistry Department's report and not from his own direct evidence, which is the HKL medical report.

“Mohd Razali has no right to make such an inference as he is responsible only for his own medical examination and report, which he has confirmed. He stands by the HKL report which states very clearly there were no signs of penetration,” Sivarasa said.

“But based on the Chemistry Department’s report of having found semen on the swabs, Dr Mohd Razali put two and two together and now he claims there was penetration. Obviously, we will ask the Court to reject this inference and focus on the doctor’s direct evidence, which I repeat is the HKL medical report.

"The chemistry report is none of his business. It is the Chemistry Department which is responsible for the identification of the semen and DNA samples and not Dr Mohd Razali. Any inference on this aspect should come from the Chemistry Department as it is their direct evidence, not Razali's.”

During Anwar's first sodomy trial in 1998, the Chemistry Department found semen on a mattress but the findings were so weak that during cross-examination, its testimony was discredited and had to be rejected by the Court.

Dr Mohd Razali will be cross-examined by the defense soon, while the Chemistry Department has yet to testify.

Nevertheless, the doctor's sensational testimony has stirred up a media storm with the mainstream press quick to insinuate that medical evidence did indeed show penetration.

“Not true at all. As I said, Razali actually confirmed the HKL medical report that there was no evidence of penetration. He only deduced there was penetration when he was asked by the prosecutor to take into account the Chemistry Department’s report and he should not do that because the Chemistry Department's findings could be badly flawed,” Sivarasa said.