Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, August 28, 2013

Ibu bapa dakwa polis bohong isu siasat pelajarKow Kwan Yee

| 5:23PM Ogos 27 2013
Sekumpulan ibu bapa pelajar SK Seri Pristana menafikan dakwaan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang bahawa anggota pasukan itu tidak menyoal pelajar berhubung penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah tersebut. 
Seorang eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 39, mendakwa anak perempuannya yang berusia sembilan tahun telah disoal oleh pegawai polis sebanyak dua kali semasa berada di kawasan sekolah antara bulan Julai dan Ogos. 
"Dia (anak perempuan Raj) begitu takut selepas disoal siasat oleh polis dan menangis tidak mahu pergi ke sekolah lagi. "Ketua Polis Daerah ini telah membuat satu pembohongan besar," kata Raj dalam sidang media bersama sembilan lagi ibu bapa pelajar  SK Pristana. 

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa. 

Selain itu, beliau berkata lagi, sembilan ibu bapa lain juga mengadu bahawa anak mereka telah "diganggu" oleh pihak polis."Bagaimana mereka (polis) boleh bercakap dengan anak-anak kita tanpa kehadiran kita?," soal Raj. 

No comments:

Post a Comment