YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang telah diberi penghormatan untuk melancarkan perayaan menyambut Hari Wesak oleh Persatuan Penganut Buddha Bandar Utama. Turut hadir bersama adalah YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan.
Perayaan bermula dengan mengibarkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negara-ku dan ucapan perasmian oleh YB Sivarasa. Ini diikuti dengan persembahan oleh kanak-kanak persatuan tersebut serta upacara doa untuk memberkati semua yang hadir dan mendoakan pendamaian untuk Malaysia.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Sivarasa mengingatkan semua yang hadir mengenai tanggungjawab masing-masing untuk bersuara menuntut Keadilan untuk semua. Sepertimana dalam ajaran Gautama Buddha, apa yang kami lakukan sekarang hasilnya adalah untuk generasi yang akan datang.
Begitu juga, sekiranya kami pilih untuk berdiam diri, walaupun melihat ketidak adilan dalam masyarakat; maka anak cucu kami lah yang akan menerima padah nya.
Perayaan Hari Wesak di Bandar Utama dijadikan lebih bermakna lagi dengan adanya program menderma darah dan juga sumbangan sebanyak RM35,000 membantu mangsa Tsunami di Jepun.
Tuesday, May 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari wesak
ReplyDeletePolitik BN Politik Setan - Undi BN Undi Haram. Adik2 wajib bersumpah tidak mengundi BN. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<