Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Friday, May 27, 2011

Ceramah di Paya Jaras 25Mei 2011

Ceramah kedua anjuran Cabang Subang dalam program Jelajah Selangor, Tawan Malaysia telah diadakan di Paya Jaras 25hb Mei.

Walaupun diadakan pada malam hari kerja (Rabu, malam Khamis) lebih 450 warga Paya Jaras telah menghadiri program ini untuk mendengar perkembangan terkini daripada para penceramah undangan yang hadir.

YB Dr Zul, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Sivarasa


Sivarasa


Sivarasa bersama Cikgu Lee, ADUN Kajang
Suasana pesta dengan gerai-gerai jualan di luar dewan menambah meriah lagi program ceramah ini yang berlansung sehingga tengah malam. Para hadirin tetap tidak bergerak sehingga penceramah terakhir iaitu YB Sivarasa.

Laungan REFORMASI kedengaran sebagai tanda warga Paya Jaras bersedia untuk membawa perubahan pada PRU 13.

Terima Kasih, PAYA JARAS!

Wednesday, May 18, 2011

Ceramah - Jelajah Sgor Tawan Malaysia - 13 Mei 2011

Sivarasa sedang berucap


Penceramah termasuk Haniza, MB, Sivarasa dan Irwan

YB Dr Nasir Hashim

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

YB Haniza Talha, Timb Speaker DUN Sgor

Sivarasa Rasiah
Sivarasa bersama PKR Cabang Subang telah menganjurkan ceramah bertajuk JELAJAH SELANGOR - TAWAN MALAYSIA pada Jumaat 13hb Mei bertempat di Kampung Melayu Subang Tambahan. Hadir bersama pada malam tersebut adalah Mentri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Zuraida, Ketua Wanita PKR, YB Dr Nasir ADUN Kota Damansara, YB Haniza Timbalan Speaker DUN Sgor dan Sdr Izwan Ismail Ketua AMK Sgor.

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day Celebration at Bandar Utama

YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang telah diberi penghormatan untuk melancarkan perayaan menyambut Hari Wesak oleh Persatuan Penganut Buddha Bandar Utama. Turut hadir bersama adalah YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan.

Perayaan bermula dengan mengibarkan Jalur Gemilang, nyanyian lagu Negara-ku dan ucapan perasmian oleh YB Sivarasa. Ini diikuti dengan persembahan oleh kanak-kanak persatuan tersebut serta upacara doa untuk memberkati semua yang hadir dan mendoakan pendamaian untuk Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Sivarasa mengingatkan semua yang hadir mengenai tanggungjawab masing-masing untuk bersuara menuntut  Keadilan untuk semua. Sepertimana dalam ajaran Gautama Buddha, apa yang kami lakukan sekarang hasilnya adalah untuk generasi yang akan datang.

Begitu juga, sekiranya kami pilih untuk berdiam diri, walaupun melihat ketidak adilan dalam masyarakat; maka anak cucu kami lah yang akan menerima padah nya.




Perayaan Hari Wesak di Bandar Utama dijadikan lebih bermakna lagi dengan adanya program menderma darah dan juga sumbangan sebanyak RM35,000 membantu mangsa Tsunami di Jepun.

Monday, May 16, 2011

Wesak Day Greetings

I would like to extend my greetings and best wishes to all Buddhists on this special day.


The teachings of the Lord Buddha especially on the subject of peace has brought tremendous benefits to his believers all over the world including Malaysia.

Let us use the occasion of the birth of his Holiness Lord Buddha to become even more aware of the challenges that the nation is facing at this particular period of our history.

We must remember that whatever we do today, the results would only be appreciated in the future.

Similarly, if we choose not to act now, our children and their children may suffer the consequences.

Thus I urge everyone to dare to stand up for truth and justice and what better time to start doing that than on this special day, Wesak Day which is of course a triple celebration of the birth, enlightenment and the passing of the Lord Buddha.

I wish all celebrating Buddhists a Happy and Blessed Wesak Day.

Tuesday, May 10, 2011

CERAMAH JELAJAH SELANGOR - TAWAN MALAYSIA (JELAS-TAWAN MALAYSIA)

JOM BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM CERAMAH
JELAJAH SELANGOR - 
TAWAN MALAYSIA
(JELAS - TAWAN MALAYSIA)

Anjuran Cabang Subang  pada:

CERAMAH 1:

Tarikh:        13hb Mei 2011 (Jumaat)
Masa:          9.00 malam
Tempat;       Dewan Orang Ramai 
                     Kg Melayu Subang       
                     Tambahan(KMST),
                     Jalan Besar Sg Buloh 
                  
Penceramah:
                        1.  YB R. Sivarasa
                        2.  YB Hee Loy Sian 
                        3. YB Zuraida Kamarudin 
                        4.  YB Dr. Nasir Hashim 
                        5.  YB Haniza Talha 
                        6.  Sdr. Syamsul Iskandar
                          
  CERAMAH 2:


Tarikh:        25hb Mei 2011 (Rabu)
Masa:          8.30 malam
Tempat:       Dewan MBSA 
                     Kampung Paya Jaras,
                     Bersebelahan Tapak
                     pasar malam Paya Jaras.


Penceramah:
                            1. YB Fuziah Salleh
                      2. YB Amir

                      3. YB Hannah

                      4. YB Haniza

                      5. Sdr Rafizi Ramli

                      6. Sdr Saifullah 
                      7. YB Elizabeth

                      8. YB R. Sivarasa
JELAS - TAWAN MALAYSIA

Saturday, May 7, 2011

Sabtu bersama Sivarasa

 

Sivarasa merasmikan Program Kitar Semula di Dataran Sunway, Kota Damansara.






Sivarasa sempat melawat Surau Kota Damansara Seksyen 4 berjumpa penduduk-penduduk tempatan yang termasuk Saudara Mohd Noor Mahzan.
Sivarasa juga berkesempatan memberi penghormatan terakhir kepada Sdr Mazli Mohd 42 tahun yang meninggal dunia pagi tadi.



Tuesday, May 3, 2011

Sivarasa di Kampung Baru Desa Aman

Sivarasa telah menghadiri sambutan ulangtahun ke 10 Kuil Dewa Sri Maha Mariamman di Kampung Baru Desa Aman pada 1hb Mei. Sambutan ini diraikan dalkam bulan tahun baru kalendar kebudayaan kaum India.




Sivarasa was present to celebrate the 10th anniversary of the Sri Maha Mariamman Temple in Desa Aman New Village. The celebration on 1st Mei, was held in conjunction with the Hindu New Year Celebrations.