Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Saturday, March 12, 2011

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak
Mac 12, 11 12:17pm
Kongsi 0
Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

NONEKedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

“Saya ditahan di kaunter imigresyen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah,” katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresyen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

“Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat,” katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya dan seorang pembantu yang bagaimanapun dibenarkan masuk.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresyen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang

1 comment:

  1. I have seen ur latest youtube speech. You seem breathless by just giving a speech. Get a health check up mate !

    ReplyDelete