Semua dijemput bersama meraikan Rumah Terbuka Hari Natal dan Sambutan Tahun Baru 2012 bersama YB Dr Nasir dan YB Sivarasa
Tempat: Perkarangan Tapak Pasar Malam Sek 8 Kota Damansara
Tarikh: Jumaat, 30hb Disember 2011
Masa: 6:00 ptg - 10:00 mlm
SEMUA DIJEMPUT BERSAMA
Thursday, December 29, 2011
Sunday, December 11, 2011
Program Majlis Berkhat di Masjid Al Faizin, Desa Jaya
YB Sivarasa sempat bersama warga Desa Jaya di program Hari Kesihatan & Sukaneka dan meraikan Majlis Berkhat anjuran Masjid Al Faizin.
Saturday, December 10, 2011
Kenyataan Akhbar - Sekolah Effingham, Bandar Utama
6 November 2011
Kenyataan Akhbar
MENDESAK SUPAYA TANAH SEKOLAH – SRJK(T) EFFINGHAM – DIKEMBALIKAN OLEH MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC ) KEPADA PIHAK SEKOLAH
Isu SRJK Effingham merupakan suatu masalah penyelewengan besar berkaitan dengan tanah yang dihadapi di kawasan Parlimen Subang untuk satu tempoh masa yang agak lama.
2. Tanah seluas 6 ekar telah diperuntukkan kepada pihak sekolah oleh pemaju Bandar Utama iaitu See Hoy Chan Holdings Group mengikut peraturan dan dasar Kementerian Pelajaran dan juga peraturan perancangan bandar. Semua sekolah lain di kawasan yang dibangunakan oleh pemaju tersebut hari ini adalah di tapak sekurang-kurang 6 ekar.
3. Namun begitu, SRJK Effingham hanya didirikan dalam kawasan seluas 3 ekar.
4. Baki 3 ekar didapati dimiliki oleh Dato Seri Samy Vellu dan pemimpin MIC. Siasatan kami menunjukkan ini berlaku selepas pemimpin MIC telah memohon untuk dan mendapat tanah ini yang diperuntukkan untuk sekolah.
5. Saya menegaskan bahawa baki 3 ekar tanah sekolah tersebut yang dimiliki oleh Dato Seri Samy Vellu dan MIC wajib dikembalikan kepada pihak sekolah atas sebab – sebab berikut:
a) Sekolah Rendah sepatutnya mempunyai keluasan seluas 6 ekar mengikut dasar dan peraturan Kementerian Pelajaran tetapi SRJK Effingham hanya mempunyai 3 ekar.
b) Kawasan sekolah terlalu sempit di mana tiada pembaharuan untuk sekolah dapat dilakukan.
c) Waktu rehat adalah 2 sesi kerana ruang kantin tidak dapat menampung bilangan pelajar berehat pada waktu yang sama.
d) Bilik guru terlalu sempit. Seramai 34 tenaga pengajar terpaksa berkongsi bilik yang agak kecil.
e) Tempat letak kereta yang terhad disebabkan keluasan yang tidak mencukupi. Kebanyakkan tenaga pengajar menggunakan kereta menghadapi masalah untuk meletak kereta mereka.
f) Sebuah dewan sedang dirancang untuk dibina. Dewan ini akan dibina di atas kantin. Pada dasarnya pembinaan kantin sendiri tidaklah begitu memberangsangkan. Tambahan pula, pembinaan dewan di atas kantin adalah kerana keluasan 3 ekar untuk sekolah tersebut tidak mencukupi.
g) Kawasan padang adalah terhad. Pelajar tidak dapat berlari 100m seperti pelajar – pelajar lain kerana keluasan yang tidak mencukupi. Mereka hanya boleh berlari 75m dari hujung ke hujung padang.
Maka, sebab – sebab di atas wujud kerana keluasan tanah sekolah tersebut hanya 3 ekar. Jika sekolah itu mempunyai 6 ekar seperti sekolah sekolah lain, masalah – masalah seperti ini tidak akan wujud dan dapat dielakkan.
Saya, dengan tegasnya medesak bahawa Dato Seri Samy Vellu dan MIC kembalikan baki 3 ekar tanah untuk sekolah tersebut. Ini adalah kerana pelajar – pelajar sekolah tersebut memerlukan suasana pembelajaran yang sempurna seperti pelajar - pelajar di sekolah – sekolah lain.
Kami sanggup membayar balik kepada Dato Seri Samy Vellu dan MIC semua wang yang dibayar kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk tanah 3 ekar tersebut.
Kami yakin masyarakat India dan semua rakyat Malaysia yang mencintai keadilan sanggup menyumbang dana untuk tujuan tersebut supaya mengekkan keadilan dan memperbetulkan satu penyelewengan besar.
R. Sivarasa.
Ahli Parlimen Subang
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat
Friday, December 9, 2011
Birthday Celebration 8th December 2011
Thank u to all wellwishers for the
Birthday greetings! Your greetings and thoughts much appreciated. Makes one feel younger!
Birthday greetings! Your greetings and thoughts much appreciated. Makes one feel younger!
Sunday, November 27, 2011
Friday, November 11, 2011
Press Release by R Sivarasa & N Surendran
PRESS RELEASE:
11 NOVEMBER 2011
PRESS RELEASE: Drop new politically motivated investigation against Anwar IbrahimWe are disturbed and appalled that the police have commenced a new criminal investigation against opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. The federal opposition leader has been ordered to report for police interrogation at the Kepong police station for an investigation under s.182 of the Penal Code. This is a new and desperate attempt to prosecute and imprison Anwar Ibrahim, halt the movement for national political and economic reform and prevent Pakatan Rakyat from winning federal power in the coming general elections. Instead of engaging in legitimate political debate and discourse with the opposition, UMNO/BN is once again unlawfully using the police to fabricate criminal charges against Anwar Ibrahim. In previous unsuccesful attempts to silence Anwar Ibrahim in 1998 and 2008, UMNO/BN had also fabricated baseless criminal charges against Anwar Ibrahim with the complicity of the top police leadership and the Attorney General's chambers. In this regard, we have no confidence that Attorney General Gani Patail will exercise his powers fairly and impartially; serious allegations of fabrication of evidence by the AG against Anwar Ibrahim in 1998 made by former top cop Datuk Mat Zain Ibrahim remain unanswered. This political persecution of the national opposition leader by the corrupt use of law enforcement agencies is doing immense damage to Malaysia's international reputation; UMNO/BN is bringing our country down to the level of Assad's Syria or Egypt under Mubarak. We call upon the BN government, the Inspector General of Police and the Attorney General to immediately drop this latest politically-motivated investigation and cease all police and prosecutorial harassment and intimidation of the the opposition leader.Issued by,N SURENDRANVICE PRESIDENTKEADILANSIVARASA RASIAHMEMBER OF POLITICAL BUREAU,KEADILANMP FOR SUBANG
Wednesday, October 12, 2011
CORRUPTION BY MALAYSIAN BUSINESSMEN AND COMPANIES IN INDIA
MACC IS CALLED TO INVESTIGATE ALLEGATIONS OF BRIBERY AND CORRUPTION BY MALAYSIAN BUSINESSMEN AND COMPANIES IN INDIA
We call on the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate T. Ananda Krishnan, Ralph Marshall, the majority shareholder and directors of Maxis Communication Berhad (“MCB”), Astro and other Malaysian entities relating to the investigation by India’s Central Bureau of Investigation relating to the ownership change in Aircel on charges of criminal conspiracy under the Indian Penal Code and Prevention of Corruption Act.
It is reported in the Indian newspapers and the local newspapers that the Indian authorities have filed a first information report against these persons and personalities in India relating to possible charges of conspiracy, abuse of power and bribery.
Sections 16 and 17 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 provide that the giving of gratification to any person or to an agent are offences. Section 66 of the Act provides that the MACC and the Malaysian Courts have jurisdiction to prosecute and convict Malaysian citizens and permanent residents who commit bribery and corruption in foreign countries.
It is imperative that the Malaysian authorities take action and to prosecute Malaysian citizens and permanent residents who have committed bribery and corruption offences in foreign countries to maintain the credibility and reputation of Malaysian businessmen and the Malaysian government.
William Leong Jee Keen & Sivarasa Rasiah
11 October 2011
Friday, September 30, 2011
Rumah Terbuka Raya Pakatan Rakyat Subang
YB Sivarasa menjadi tuan rumah dalam program Rumah Terbuka Pakatan Rakat Subang yang telah diadakan pada 24hb September 2011 bersamaan dengan 26hb Syawal 1432 H. Lebih 4000 tetamu-tetamu telah hadir memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan meraikan bersama Hari Raya Aidil Fitri.
Pesta Tanglung 2011
Pesta Tanglung atau Pesta Bulan Purnama tahun ini jatuh pada 12hb September. Persatuan-persatuan penduduk beserta dengan Ahli-Ahli Majlis dan Pejabat ADUN telah meraikan pesta ini dengan pelbagai aktiviti yang turut disertai oleh YB Sivarasa.
Banjir Kilat di Bandar Baru Subang dan Kpg Paya Jaras
Beberapa kawasan di sekitar Parlimen Subang telah dilanda banjir kilat baru-baru ini. Sebagai wakil rakyat yang prihatin, Sivarasa telah sempat turun melawat kawasan terbabit dan memastikan segala yang perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa.
Sunday, September 18, 2011
"Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil"
Kenyataan Media – YB Sivarasa, Ahli Parlimen Subang - 16hb September 2011
“Najib memberi tapi dalam masa yang sama mengambil”
Dalam ucapan sambutan Hari Malaysia tadi malam, Perdana Menteri Datuk Sri Najib mengisytiharkan ayat berikut “ Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan terus”.
Namun beliau secepatnya menambah bahawa “…dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan … untuk memelihara keamanan kesejahteraan dan kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara”.
Ramai dikalangan kita mungkin tidak terus segera memahami makna yang tidak menyenangkan disebalik penggunaan perkataan “Perkara 149”. Perkara 149 merupakan bahagian jelek Perlembagaan yang membolehkan kewujudan Akta ISA sebagai undang-undang yang sah. Jika Perkara 149 tidak berada di sana, ISA dan kesemua undang-undang yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 akan gugur kerana bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.
Perkara 149 membenarkan undang-undang itu melanggar bahagian hak-hak asasi Perlembagaan seperti Perkara 5, 9 dan 10 yang menjamin perlindungan perbicaraan awam, antara perlindungannya, jadi dapat dikatakan ia sah diamalkan "di sisi undang-undang".
Justeru, apa yang dibuat Najib tadi malam? Dalam cara yang tidak jujur, beliau membuatkan sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa beliau melakukan ‘tindakan bersejarah’ dan menghapuskan kejahatan ISA dan penahanan tanpa bicara selama-lamanya. Tiada satupun yang menepati kebenaran. Beliau melakukan silap mata. Sekarang anda nampak, sekarang anda tidak nampak!
Beliau tidak menjelaskan dengan tuntas bahawa penggubalan kedua-dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 itu, sebenarnya mengembalikan semula penahanan tanpa bicara, walaupun kononnya dengan cara yang lebih lunak yang masih belum dapat dilihat lagi.
Dalam erti kata lain, beliau hanya menyatakan hasratnya untuk menghapuskan ISA dan mengembalikan ia semula dalam pakaian baru yang masih belum kita nampak. Ada udang disebalik batu, wajah yang sama bertopeng baru?
Frasa-frasa Najib saperti ‘transformasi politik’, ‘mengamalkan demokrasi yang berfungsi dan inklusif’ serta ‘menjadi negara maju yang sepenuhnya’ semuanya tidak bermakna apa-apa, jika rakyat Malaysia masih terus menderitai penahanan tanpa bicara dengan kuasa diberi kepada Menteri untuk mengeluarkan perintah tahanan selama-lamanya.
Walaupun Najib menyatakan kuasa Menteri untuk menahan akan hanya untuk 'keganasan', janganlah kita lupa pada penahanan Saari Sungib (sekarang ADUN Hulu Kelang), Tian Chua (sekarang Ahli Parlimen Batu), aktivis Hishamuddin Rais (sekarang bloger TukarTiub) dan 7 orang yang lain pada bulan April 2001 kononnya kerana mereka 'menyimpan pelancar roket dan bom Molotov koktail'. Suatu dakwaan bodoh (atas kebodohannya sendiri) tanpa bukti yang pernah dihasilkan dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang dikeluarkan oleh tidak lain dan tidak bukan daripada Ketua Polis Negara Norian Mai. Begitu juga seperti hal yang berlaku baru-baru ini, Dr Kumar Devaraj (Ahli Parlimen Sg Siput) dan lima rakan-rakan beliau ditahan di bawah Ordinan Darurat (yang berfungsi sama seperti ISA) kerana didakwa menjadi sebahagian daripada anasir subversif komunis militan.Satu-satunya bukti keterangan hanya berpandukan beberapa helai t-shirt dengan wajah Che Guevara dan Abdullah CD, seseorang itu dapat membelinya dengan mudah di pasar Chow Kit.
Dalam erti kata lain, jaminan lisan Najib semata-mata bahawa tiada siapa yang akan ditahan kerana ideologi politik sebenarnya merupakan kenyataan kosong kerana anda dapat melihat dalam contoh yang diberikan tadi, pihak polis (dan memang Menteri pun) dengan mudah menuduh seseorang itu, khususnya ahli politik sebagai pengganas.
Jangan kita lupa, atas sebab inilah penahanan sewenang-wenangnya menjadi mercu tanda rejim-rejim zalim berpemerintahan kuku besi.
Najib membayangkan bahawa 'rangka perundangan khas yang digubal oleh negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menangani keganasan adalah serupa dengan langkah-langkah kita yang sedia ada seperti ISA dan tahanan pencegahan. Ini memang merupakan kenyataaan yang mengelirukan.
Amerika Syarikat memperuntukkan kem tahanan Guantanamo Bay yang terkenal dan menjijikkan itu hanya kepada warga asing. Namun begitu, ia telah dikritik dengan meluas (dan benar) di selurung dunia kerana melanggar hak-hak asasi. Malaysia sebaliknya kerap mengurung dan menganiaya warga setianya sendiri tanpa bicara awam. Melihat kata-kata Najib, Barisan Nasional bercadang untuk terus berbuat demikian.
Undang-undang khas di United Kingdom hanya membenarkan mereka untuk menahan rakyat asing yang bermasalah yang jika dihantar pulang kembali ke negara asal mereka akan tertakluk kepada penyeksaan dan penahanan oleh pihak berkuasa di sana. Rakyat di UK tidak akan bertolak ansur untuk satu minit pun berkenaan apa yang kerajaan kita lakukan untuk rakyat kita sendiri atas nama ISA dan undang-undang yang serupa.
Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara bertulis dalam Buku Jingga kami. Kami berkata bahawa sebuah kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan memansuhkan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan pada masa yang sama, membatalkan semua pengisytiharan darurat yang sedia ada.
Kami berpuas hati melihat Najib memutuskan untuk menerima pakai pandangan kami bahawa kita mesti membebaskan diri daripada pengisytiharan darurat masa lalu. Kewujudan berterusan pengisytiharan darurat tersebut telah menjadi sasaran ejekan di sini dan di luar negara khususnya kerana ketiadaan keadaan mirip darurat sekalipun di dalam negara selama beberapa dekad ini. Pakatan Rakyat pasti akan menyokong satu usul di Parlimen untuk membatalkan pengisytiharan darurat ini dan juga menggesa kesemua ordinan yang diluluskan dibawah pengisytiharan tersebut perlu dimansuhkan dengan serta-merta tanpa perlu menunggu tempoh 6 bulan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 150 (7).
Bagaimanapun kami amat jauh berbeza dengan Najib yang berhasrat untuk terus mengekalkan amalan jijik penahanan tanpa bicara yang tidak akan berlaku dalam era pentadbiran Pakatan Rakyat.
Malah, kami akan melaksanakan reformasi menyeluruh pasukan polis dan agensi-agensi keselamatan lainnya. Kami akan memastikan pasukan polis diberi kuasa yang mencukupi, latihan dan sumber bagi menjalankan tanggungjawab utama mereka mencegah jenayah dan mengekalkan ketenteraman awam secara profesional, cekap dan bebas, di samping menghormati hak-hak asasi rakyat.
Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik untuk Parti Keadilan Rakyat
Saturday, September 17, 2011
Najib giving with one hand and taking away with another
Press Statement – YB Sivarasa, MP for Subang 16th September 2011
“Najib giving with one hand and taking away with another”
In his Malaysia day speech last night, Prime Minister Najib declared in the following words “I would like to announce on this historic night, the Internal Security Act 1960 will be abolished”.
However he immediately went on to say that “… two new pieces of legislation will be formulated under Article 149 of the Federal Constitution … to maintain peace and well-being”.
Some of us may not have immediately understood the ominous meaning of the use of those words “Article 149”. Article 149 is the obnoxious part of the Constitution that allows the draconian ISA to exist as a valid law. If Article 149 were not there, the ISA and all other laws that provide for detention without trial in this country such as the Dangerous Drugs ( Special Preventive Measures) 1985 would be struck down as unconstitutional and void.
Article 149 allows such laws to violate the fundamental rights part of the Constitution such as Article 5, 9 and 10 which guarantee the protection of public trial, amongst other protections, and yet operate “legally”,so to speak.
So what did Najib really do yesterday night? In a disingenuous manner, he left some Malaysians thinking he was making a ‘historic move’ and ridding this country of the evil ISA and detention without trial for good. Nothing can be further from the truth. He was doing verbal sleight of hand. Now you see it, now you don’t!
He did not quite explain that with the two new laws to be formulated under Article 149, he would be in fact reinstating detention without trial, albeit supposedly in a more palatable fashion which is yet to be seen.
In other words, he only stated his intention to remove the ISA and reinstate it again in new clothes we are yet to see. The proverbial old wine in new bottle?
Platitudes about ‘political transformation’ and ‘practising functional and inclusive democracy’ and ‘becoming a full-fledged developed nation’ are meaningless if Malaysians are stlll to suffer detention with trial with power given to the Minister to order indefinite detention.
Even if Najib says that the power of the Minister to detain will be only for ‘terrorism’, let us not forget that the detention of Saari Sungib ( now ADUN Hulu Kelang), Tian Chua ( now Member of Parliament for Batu) , activist Hishamuddin Rais and 7 others in April 2001 were supposedly because they were ‘stockpiling grenade launchers and Molotov cocktails’. This foolish ( because of its inherent idiocy ) assertion for which no evidence was ever produced was in a written press statement issued then by none other than the Inspector –General of Police Norian Mai. Similarly and much more recently, Dr Kumar Devaraj ( Member of Parliament for Sg Siput) and five colleagues were detained under the EO ( which works exactly like the ISA ) for allegedly being part of militant subversive communism with the only evidence being some t-shirts with Che Guevara and Abdullah CD faces, which one could buy easily down in Chow Kit market.
In other words, Najib’s mere verbal assurances that no one will be detained for political ideology are in reality meaningless platitudes because as you can see in the two examples given earlier, the police ( and the Minister by extension ) can easily present anyone especially a politician as a terrorist.
Let us not forget that this is why arbitrary detention is the hall mark of oppressive despotic regimes.
Najib implies that the ‘special legislation’ formulated by advanced democratic nations such as the United States and the United Kingdom to handle terrorism is similar to the measures that we have had in place such as the ISA and preventive detention. This is downright misleading.
The United States reserves its obnoxious and notorious detention regime in Guantanomo Bay only for foreigners. Even then, it has been thoroughly ( and rightly ) criticized all over the world for violating fundamental rights. Malaysia on the other hand has regularly locked up and ill-treated its own loyal citizens without due process, and given Najib’s words, intends to continue to do so.
The special law in the United Kingdom only allows them to detain a problematic foreigner who if deported back to his country of origin will be subjected to torture and detention by the authorities there. Citizens in the UK would not tolerate for a minute what we do to our own people in the name of the ISA and similar laws.
Pakatan Rakyat’s position is set out in writing in our Buku Jingga. We said that a Pakatan federal government will abolish the Internal Security Act and other laws that allow for detention without trial while simultaneously rescinding all existing emergency declarations.
We are gratified to see that Najib has decided to adopt our view that we have to unshackle ourselves from the emergency declarations of the past. The continued existence of these declarations had long been an unfortunate target for mockery both here and overseas particularly because there was no semblance of an emergency like situation anywhere in the country for decades now. Pakatan will certainly support a resolution in Parliament to rescind these declarations and will also urge that all ordinances passed there under must also be annulled forthwith without waiting for the 6 month period provided for in Article 150(7).
However we part ways with Najib in his intention to maintain the repulsive practice of detention without trial which will no place in a new era of government under Pakatan Rakyat.
We will instead undertake comprehensive reform of our police force and other security agencies. We will ensure that our police force will be given sufficient powers, training and resources in order to carry out their primary responsibilities i.e. prevent crime and maintain public order professionally efficiently and independently whilst respecting the fundamental rights of our people.
Sivarasa Rasiah, Member of Parliament for Subang
Member of Central Leadership Council and Political Bureau for Parti Keadilan Rakyat
Friday, September 16, 2011
Sessi Parliament ke 3, Tahun 2011 bermula 3hb Oktober 2011
Sessi ke 3, Penggal 4, Parliament ke 12 akan bermula pada 3hb Oktober ini dan berlanjutan hingga 1hb Disember.
Dalam sessi ini, Belanjawan 2012 akan dibentangkan oleh YAB Menteri Kewangan pada Jumaat, 7hb Oktober dan diikuti dengan sessi bahas badjet sehinnga 29hb November.
Dalam sessi ini, YB Sivarasa telah mengemukakan soalan-soalan seperti berikut:
Dalam sessi ini, Belanjawan 2012 akan dibentangkan oleh YAB Menteri Kewangan pada Jumaat, 7hb Oktober dan diikuti dengan sessi bahas badjet sehinnga 29hb November.
Dalam sessi ini, YB Sivarasa telah mengemukakan soalan-soalan seperti berikut:
1. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan, memandangkan keputusan terbaru daripada Mahkamah Tertinggi Australia berkaitan dengan perjanjian menghantar 4000 pelarian kepada Malaysiia, adakah Kerajaan bercadang untuk menandatangani Konvesyen Antarabangsa Pelarian 1951
2. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Pertahanan menyatakan adakah ’komisyen’ tambahan selain daripada komisyen 114 .9 juta Euro dan juga ’komisyen’ 30 juta Euro dan 2.5 juta Euro yang dibayar kepada pihak-pihak lain termasuk Perimekar Sdn Bhd dan syarikat di Malta bernama Gifen yang berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene.
3. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri memberikan unjuran pendapatan tahunan, kos penyelenggaraan, penambangan (ridership) dan harga tambang MRT dari tahun 2016 hingga 2020 dan juga menyatakan kenapa permintaan puluhan ribu penduduk untuk MRT dibena di bawah Tanah di kawasan Kota Damansara, Bandar Utama, Taman TTDI, seksyen 16, 17 PJ tidak dipedulikan
4. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa untuk mata pelajaran Kesusasteraan Cina dan Tamil, di tahun 2010, tiada satu murid pun yang dapat gred A+, manakala 336 murid dapat A+ untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan di tahun 2009, 134 murid dan 36 murid dapat A+ untuk Kesusasteraan Cina dan Tamil masing-masing
5. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan bercadang meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen yang sedia ada untuk memastikan perjalanan semua jawatankuasa parlimen adalah terbuka kepada awam mengikut tradisi Parlimen Westminster dan parlimen moden dengan kuasa untuk mengadakan mesyuarat tertutup dalam keadaan yang istimewa ( special circumstances )
6. Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Kesihatan menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan (Investigation Committee) yang ditubuhkan oleh kementerian bagi menyiasat kes menembak gas pemedih mata dan menyebur air berkimia ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011.
7. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kerajaan Barisan Nasional bercadang mengambil balik tanah 3 ekar yang mulanya diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Effingham di Damansara Utama yang sekarang diambil oleh pemimpin MIC.
8. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri menghadapnya di Istana Buckingham pada 14 Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom?
9. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kewangan menyatakan pelan kerajaan untuk membantu pesara menghadapi situasi inflasi menghakis keupayaan menabung kerana menurut Global Aging Report, hanya 21% rakyat Malaysia bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.
10. Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bercadang meratifikasikan Konvensyen menentang Penyeksaan dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Sivil dan Politik dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
BANJIR KILAT di kawasan Parlimen Subang
Pada petang 14hb September, berikutan hujan lebat, beberapa kawasan di Parlimen Subang telah dilanda banjir kilat yang mengakibatkan kesusahan kepada penduduk dan kerosakan harta benda.
YB Sivarasa dan pasukan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Subang telah turun ke kawasan terlibat sebaik sahaja menerima makluman bencana. Pelbagai perkhidmatan diatur dan disediakan dengan keselamatan penduduk diutamakan.
Kawasan yang terlibat adalah kawasan rumah kos rendah di Bandar Baru Sg Buloh, Kpg Paya Jaras Hilir, Kpg Kubu Gajah dan Kpg Merbau Sempak.
Rumah Ahli Majlis Selayang, Sdr Zulnizam juga ditenggelami air dan YB Sivarasa juga sempat melawat kediaman tersebut untuk memberikan sokongan moral kepada Sdr Zulnizam sekeluarga.
Mangsa Banjir meluahkan perasaan |
YB Siva mendengar rintihan |
Bersama Ketua Kpg Merbau Sempak |
Makanan panas yang disediakan |
Bersama Pasukan Penyelamat |
Bersama Petugas di Pusat Khidmat sementara di Kubu Gajah |
Tuesday, September 6, 2011
The Hungry Ghost Festival 2011
YB Sivarasa was invited to attend the various Hungry Ghost dinners organised by the respective business and residents associations in the Subang Parliamentary Constituency.
At all the programmes, YB Sivarasa was very warmly received by the crowd offering support and encouragement.
At these events, YB Sivarasa donated calligraphy done by a party member Sdr Lam which were auctioned to raise funds for the welfare / charitable organisation supported by the particular association.
These calligraphy pieces were autioned at prices ranging from RM1800 to the highest amount raised which was a staggering RM13888 at Kg Baru Sungei Buloh.
At all the programmes, YB Sivarasa was very warmly received by the crowd offering support and encouragement.
At these events, YB Sivarasa donated calligraphy done by a party member Sdr Lam which were auctioned to raise funds for the welfare / charitable organisation supported by the particular association.
These calligraphy pieces were autioned at prices ranging from RM1800 to the highest amount raised which was a staggering RM13888 at Kg Baru Sungei Buloh.
Sepanjang Bulan Ramadhan
YB Sivarasa sempat menjelajah sekitar kawasan Parlimen Subang sepanjang bulan Ramadhan untuk berbuka puasa di surau dan masjid.
Beliau juga bersama bermorei di beberapa surau bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa surau.
YB Sivarasa juga hadir berbuka puasa bersama DYMM Baginda Sultan Selangor di masjid Seksyen 7 Kota Damansara dan Masjid Subang Permai.
Disetiap surau dan masjid yang dilawat, Sivarasa juga memberi sumbangan ikhlas kepada surau/masjid tersebut.
Beliau juga bersama bermorei di beberapa surau bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa surau.
YB Sivarasa juga hadir berbuka puasa bersama DYMM Baginda Sultan Selangor di masjid Seksyen 7 Kota Damansara dan Masjid Subang Permai.
Disetiap surau dan masjid yang dilawat, Sivarasa juga memberi sumbangan ikhlas kepada surau/masjid tersebut.
Saturday, August 27, 2011
Sunday, August 7, 2011
Bazaar Ramadhan - Sekyen 6 - Kota Damansara
Sivarasa sempat mengunjungi Bazaar Ramadhan di Seksyen6 Kota Damansara pada hari ke5 Ramadhan 2011. Beliau beramal mesra dengan pengunjung serta peniaga bazaar sambil menghadiahkan kurma kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)