Salam Iklhas

Salam Iklhas

Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, December 15, 2010

WikiLEAKS - Sivarasa Submits Emergency Motion in Parliament

to watch the press conference:
http://www.malaysiakini.tv/video/20688/sivarasa-debate-wikileaks-cables.html

”Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case”
”Najib’s political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal” 

Ini adalah antara dua petikan daripada WikiLeaks yang dilapurkan dalam akhbar Australia -  The Sydney Morning  Herald - yang menjadi asas bagi Isu Tergempar yang dipohon oleh YB Sivarasa.
14hb Disember 2010

YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

”Bahawa Dewan Rakyat membincangkan kenyataan-kenyataan yang sangat serius yang dibuat oleh En Bilahari Kausikan dan Peter Ho ( pada masa itu pegawai-pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri di Singapura ) yang dilaporkan di surat khabar Australia ”Sydney Morning Herald” baru-baru ini pada 12hb Disember 2010 yang berbunyi saperti berikut:
”A lack of competent leadership is a real problem in Malaysia, Mr Kausikan said,citing the need for Najib - now Malaysia’s Prime Minister – to ”prevail politically in order to avoid prosecution” in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Razak’s aides
”Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case” Mr. Kausikan said.

”Najib’s political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal”


Yang Di-Pertua,
Pada 12hb Disember 2010, surat khabar Australia Sydney Morning Herald telah menerbitkan isu kandungan beberapa kabel-kabel sulit yang ditulis oleh pegawai kanan daripada State Department, Amerika Syarikat di 2008 dan 2009 yang dibocor kepada surat khabar tersebut secara eksklusif daripada laman web ”Wikileaks”. Kabel-kabel tersebut, antara lain, menerangkan kandongan perbualan diantara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan tiga pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh.
Antara kenyataan-kenyataan yang dilaporkan yang dibuat oleh Bilahari Kausikan dan Peter Ho adalah saperti yang disebut di atas.

Ada juga penerbitan di surat khabar tersebut yang berpunca daripada satu kabel pada November 2008 yang melapurkan perbualan di antara pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai perisik Australia di mana pegawai Australia menceritakan pandangan pegawai perisik Singapura dan Menteri Kanan Lee Kuan Yew tentang tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan-kenyataan tersebut di atas oleh En Kausikan dan En Peter Ho dengan jelas membawa maksud bahawa kedua-dua pegawai kanan Singapura tersebut mempercayai bahawa Perdana Menteri Najib adalah terbabit dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.

Setakat sekarang, kabel-kabel tersebut tidak dapat dikesan di dalam koleksi kabel-kabel yang telah didedahkan kepada umum di laman ”Wikileaks”. Ini bermaksud rakyat Malaysia masih tidak boleh menilai kandongan kabel-kabel ini secara terus dan memutuskan asas laporan di Sydney Morning Herald.

Yang di Pertua
Oleh kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah sangat berat dan membangkitkan, pertamanya, perkaitan penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dan, keduanya, kes liwat Ketua Pembangkang (kedua2nya pemimpin tertinggi negara), memang menjadi kepentingan negara untuk menghentikan perkara ini secepat mungkin dan mengelakkan spekulasi dengan mendapatkan kabel-kabel tersebut.

Saya berpendapat adalah wajar untuk Dewan yang Mulia ini membincangkan serta merta sama ada perlunya kita meminta jasa baik State Department Amerika Syarikat untuk mendedahkan semua kabel-kabel yang berkaitan Malaysia untuk tempoh berkenaan termasuk yang dipetik oleh Sydney Morning Herald.
Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.
Sekian.

Yang benar,
R.SIVARASA
AHLI PARLIMEN SUBANG

No comments:

Post a Comment