Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Tuesday, October 20, 2009

In Parliament - 20th October

Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status
implementasi cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di Majlis Hak
Asasi PBB pada Februari 2009, terutamanya berkenaan:-
(a) komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working
Group on Arbitrary Detection; dan
(b) cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi
manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR dan
CAT.
Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-
Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Subang ini bersama-sama dengan
soalan Yang Berhormat Kelana Jaya pada 22 Oktober 2009 kerana menyentuh perkara yang
sama.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat yang menanyakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua,
seperti Dewan yang sedia maklum, Malaysia telah melalui proses semakan Universal Periodic
Review (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 11 Februari 2009. Semasa proses
penilaian tersebut, Malaysia telah mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan
oleh negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung pendekatanpendekatan
yang boleh diambil oleh Malaysia dalam meningkatkan mutu hak asasi manusia.
Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk mempertahankan dan mempromosikan
penghayatan hak asasi manusia, Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan
perbincangan yang lebih komprehensif dan lebih lanjut dengan kumpulan kerja dan pelapor khas
PBB berhubung isu-isu hak asasi manusia di negara ini. Malaysia juga akan mempertimbangkan
DR. 20.10.09
20
secara positif sebarang permohonan dari kumpulan kerja dan pelapor khas untuk mengadakan
lawatan kerja ke Malaysia. Mengenai penyertaan Malaysia kepada instrumen-instrumen hak
asasi manusia antarabangsa, kerajaan sedang dalam proses mengkaji dan menimbang
kemungkinan untuk Malaysia menyertai konvensyen-konvensyen tersebut.
Kerajaan juga sedang mengambil langkah-langkah pentadbiran dan perundangan yang
perlu bagi memastikan undang-undang yang berkaitan adalah selaras dengan peruntukanperuntukan
yang terkandung dalam konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa.
Malaysia akan menyertai konvensyen-konvensyen tersebut apabila langkah-langkah yang
dinyatakan di atas telah disempurnakan. Sekian

No comments:

Post a Comment