Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Friday, September 25, 2009

POHON MAKLUMBALAS RAKYATCADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT 2KL
Kementerian Pengangkutan , Jabatan Keretapi dan Syarikat Prasarana kini dalam proses mendapatkan maklumbalas penduduk mengenai cadangan pembinaan laluan LRT sambungan. Cadangan laluan sambungan Kelana Jaya akan bermula dari Stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights. Jarak laluan sambungan ini ialah sepanjang 17km dan mengandungi 13 stesen baru.Laluan ini bersama dengan laluan LRT 1 KL yang bermula dari Sri Petaling melalui Kinrara, Puchong dan sambung ke Putra Heights akan dijangka siap pada tahun 2012.

Cadangan sambungan LRT ini bukanlah laluan baru ‘new line’. Cadangan ini bukanlah laluan LRT Cheras ke Kota Damansara yang sudah lama dibincangkan. Malangnya mengikut Prasarana, laluan baru Cheras ke Kota Damansara hanya akan disiap dalam jangka masa panjang , mungkin 10 tahun lagi! Prasarana diberikan bajet khusus hanya untuk menyiapkan laluan sambungan ini sahaja.

Kami tidak berpuashati kerana rancangan ini tidak memberikan perkhidmatan kepada warga Kota Damansara sepenuhnya. Stesen sambungan dari LRT Kelana Jaya akan dibina di Apartment Crimson, Ara Damansara dan seterusnya ke Kelana Idaman, Kelana Centre Point dan seterusnya ke Subang Jaya. Maka laluan ke Kota Damansara amatlah kurang. Tiada stesen berhampiran dengan Lapangan Terbang SSAAS, Subang. JIka sebuah stesen dibina sekurang-kurangnya berhampiran dengan Subang Airport, penduduk berhampiran di Subang Perdana, Kg.Melayu Subang , Mahsing, Kota Damansara dan kawasan-kawasan lain berhampiran mungkin akan dapat mengunakannya .

Justeru itu adalah penting untuk warga DUN Kota Damansara menyuarakan pandangan dan cadangan anda semasa sesi pameran dan maklumbalas ini . Sdr/I boleh melihat pelan laluan LRT ini di
a) Aras 1, Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) , USJ 5, Subang Jaya
b) Lobi A , Kaunter G . Wisma MBSA , Persiaran Perbandaraan Shah Alam .
c) Lobi Menara MBPJ , Jalan Tengah , 46200 Petaling Jaya.

Saya berharap warga Kota Damansara akan hadir menyaksikan pameran ini dan memberikan bantahan , cadangan laluan alternative agar hasrat rakyat Kota Damansara dapat di pertimbangkan oleh Kementerian Pengangkutan & Prasarana.

Sila juga layari
http://www.lrtextension.com/index.php?option=com_content&view=article&id=170%3Aalignment&catid=45%3Aoverview&Itemid=115&lang=en


-- DR.NASIR HASHIM ADUN KOTA DAMANSARA

1 comment:

  1. JALAN PJU 1A/1 YANG MENGHUBUNGKAN ANTARA ARA DAMANSARA DENGAN TROPICANA

    Jalan ini amat penting bagi penduduk di Ara Damansara dan juga Tropicana. Ianya memudahkan dan memendekkan perjalanan,mengelakkan bayaran tol, mengelakkan kesesakkan lalulintas dan sebagainya bagi pengguna di dua kawasan ini. Malangnya ianya diberhentikan pembinaan yang hanya tinggal 100 meter sahaja. Bukankah ianya baik dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya penduduk sekitar jika jalan ini disambungkan.

    Penduduk Damansara Idaman

    ReplyDelete