KENYATAAN AKHBAR 20 Januari 2015
"Peguam Negara perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab untuk Sirul yang melarikan diri"
20 Januari 2015
Selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dua orang bekas anggota UTK untuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, saya telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat segera permohonan di bawah seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk waran tangkap untuk mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan sementara menunggu pendengaran rayuan Peguam Negara terhadap keputusan tersebut.
Saya telah menegaskan bahawa permohonan sedemikian biasa dibangkit oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan kehadiran tertuduh apabila rayuan Peguam Negara didengari. Hakikat itu tidak dilakukan dalam kes profil ini sangat tinggi menimbulkan persoalan tentang kelakuan perkara itu.
Selepas rayuan Peguam Negara telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan seksyen 66 di Akta yang sama untuk perintah jenis yang sama. Sekali lagi ini tidak dilakukan bertentangan dengan amalan biasa. Saya mengeluarkan satu lagi kenyataan mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan? Ketinggalan yang ketara tersebut adalah sukar untuk diterangkan sebagai akibat daripada kecuaian. Kedua-dua tertuduh harus sekurang-kurangnya dikenakan syarat-syarat ikat jamin seperti menyerahkan pasport mereka dan melapor denga kerap kepada pihak polis. Permohonan kepada mahkamah untuk mendapat perintah tersebut tidak pernah dibuat oleh Peguam Negara.
Kegagalan ini oleh Peguam Negara kini telah akibatkan keadaan di mana Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dan melarikan diri dari pendengaran di Mahkamah Persekutuan di mana pembebasannya telah diterbalikkan dan sabitannya dipulihkan.
Proses pentadbiran keadilan telah dihina melalui cara Peguam Negara telah mengendalikan perkara ini.
Mesti ada siasatan penuh oleh Jemaah Menteri kepada peranan Peguam Negara telah membenarkan perkara ini berlaku.
Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, Peguam Negara akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta.
Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat