Thursday, June 12, 2014
Soalan SIVARASA di Parlimen 11hb June 2014
39. PR-1322-L61934
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kenapa USD3 bilion yang dipinjam oleh IMDB Global
Investments Ltd. (1MGIL) untuk pembangunan TRX diletak dengan
institusi yang tidak dinamakan dalam akaun berkanun 1MDB untuk
tahun 2013; berikan nama insitutusi tersebut dan juga nyatakan
kenapa perjanjian untuk pelaburan itu tidak benarkan faedah, dividen
atau edaran kepada 1MDB.
Soalan SIVARASA di Parlimen 10hb June 2014
28. PR-1322-L61922
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status terkini enam buah sekolah Tamil yang pada 22
Januari 2012 diumum oleh YAB. Perdana Menteri akan dibina di Sg.
Petani, Sg. Siput, Klang, Petaling Jaya, Kajang dan Masai di mana
juga diumumkan lesen untuk 6 sekolah tersebut telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri.
Soalan SIVARASA di Parlimen 9hb June 2014
38. PR-1322-L61932
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan siapakah Kapten yang disebut dalam laporan Kementerian
Pengangkutan 03/2014 yang memohon maklumat tentang pesawat MH370
pada jam 5.20 pagi pada 8 Mac 2014 dan beritahu MH370 never left
Malaysian airspace.
40. PR-1322-L61924
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
sama ada Kerajaan Barisan Nasional sedia meluluskan satu lesen baru untuk
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport di lokasi asalnya di SS7 Kelana
Jaya dan kekalkan lesen lamanya di sekolah baru yang sekarang berada di
Kampung Lindungan.
Soalan SIVARASA di Parlimen Khamis 12hb June 2014
118. PR-1322-L61933
Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
kenapa USD2.3 bilion yang diperoleh oleh 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) daripada Petrosaudi International Ltd. apabila pelaburan 1MDB
ditamatkan di September 2012 tidak dikembalikan ke Malaysia dan
dimasukkan dalam satu syarikat SPC (segregated portfolio company) di
Cayman Islands dengan pengurus dana yang tidak dinamakan dan dalam
keadaan pengarah-pengarah 1MDB telah berkata mereka tidak ada kawalan
terhadap SPC tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)