Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Showing posts with label parliament. Show all posts
Showing posts with label parliament. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Usul Tergempar "COPGATE"

13hb Mac 2012



YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Bangunan Parlimen

50680 Kuala Lumpur 





Tan Sri Yang di-Pertua,





PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

 Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

 Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

 ”Bahawa Dewan Rakyat membincangkan tuduhan-tuduhan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membabitkan mereka dalam perlakuan jenayah yang serius yang telah didedahkan dalam laporan di laman berita internet Malaysiakini pada 11hb Mac 2012 oleh penulis Hafiz Yatim dan membuat suatu ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung untuk melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tuduhan serius tersebut dan menentukan samada tuduhan-tuduhan tersebut adalah berasas dan tindakkan susulan yang diperlukan termasuk pelucutan daripada jawatan yang disandang”.

 Yang Di-Pertua,

 Seperti yang perlu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2), saya kemukakan satu pemberitahu bertulis yang menerangkan perkara yang diusulkan.

 Saya berpendapat kandungan pemberitahu bertulis dengan nyata menunjukkan bahawa perkara ini melibatkan kepentingan awam.  Perkara ini juga adalah satu perkara tertentu yang melibatkan tingkahlaku Peguam Negara.  Perkara ini juga berkehendak disegerakan selepas pendedahan terbaru dan ternyata pada 11hb Mac 2012 dalam laporan Malaysiakini.

 Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

 Sekian.

 Yang benar,


SivarasaRasiah

AHLI PARLIMEN SUBANG



  

Pemberitahu bertulis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2)

1.Wartawan Malaysiakini En Hafiz Yatim telah dalam satu rencana bertarikh 11 Mac 2012 mendedahkan perbuatan jenayah oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Ketua Polis Negara. Mengikut isi kandungan rencana tersebut, asasnya adalah beberapa akuan bersumpah  dan juga keterangan daripada Datuk Ramli Yusuff bekas Pengarah PDRM.

2.Jenayah yang didakwa adalah berat dan sekiranya dibuktikan benar  akan mengakibatkan perlucutan daripada jawatan serta-merta dan juga wajib dihukum dengan penjara.
3.Tuduhan yang pertama adalah Gani Patail memberi perlindungan kepada satu orang penting dalam jaringan kongsi gelap di Johor bernama Goh Cheng Poh atau “Tengku Goh”.  Dia telah mencelah dalam kes ini selepas Tengku Goh dibuang negeri ke Jeli, Kelantan.

4.Satu pasukan daripda Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman di bawah Datuk Ramli Yusuff  telah mendapati selepas siasatan mereka bahawa Musa Hassan telah bersubahat denganTengku Goh dan melindungi kegiatan judi dan pinjaman wang haram beliau.  Tengku Goh dibuang Negeri ke Jeli, Kelantan.  Akan tetapi seterusnya, Tan Sri Gani Patail telah mencelah dan arahkan polis untuk menyerahkan fail  untuk kes ini di mana fail kemudiannya diserah kepada pihak BPR ( kini SPRM ).  Prosedur untuk melindungi pemberi maklumat dilanggar secara ketara dengan akibat mereka diletak dalam keadaan bahaya.   Pegawai-pegawai SPRM dituduh memaksa beberapa pemberi maklumat menukar kenyataan-kenyataan mereka dengan akibat Tengku Goh berjaya dalam kes mahkamah yang dibawa oleh beliau dan beliau terpaksa dibebaskan.


Sekiranya tuduhan ini dibuktikan, ini bermaksud Tan Sri Gani Patail telah melakukan beberapa jenayah termasuk jenayah bersubahat, jenayah bersubahat  dengan pertubuhan jenayah dan juga memalsukan keterangan.

5.Peguam Negara telah didakwa dibabitkan dalam merekacipta keterangan palsu dalam bentuk tiga lapuran perubatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan kes “mata lebam” di 1998. Di dalam kes ini, Peguam Negara  telah mengarah Dr Abdul Rahman,pakar forensic untuk merekacipta 3 laporan perubatan yang kemudiannya dimasuk dalam fail siasatan kes ini dalam percubaan untuk mempengaruhi keputusan dalam kes tersebut.

6.Peguam Negara juga didakwa terlibat dalam tindakkan rasuah dalam kes berkaitan dengan Tajuddin Ramli dan pengurusan MAS.  Dakwaan di sini adalah beliau telah memberhentikan siasatan terhadap Tajuddin Ramli padahal Ramli Yusuff selaku Pengarah CID Bukit Aman telah mengesahkan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 26.3.2007 bahawa Tajuddin Ramli telah melakukan jenayah dalam pengurusan MAS.


7.Pada peringkat ini, tidak ada kepastian samada dakwaan-dakwaan ini adalah betul atau tidak. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan ada bukit yang boleh dipercayai atau “credible” untuk menyokong dakwaan-dakwaan tersebut khususnya dakwaan merekacipta keterangan palsu dalam kes “mata lebam”.


8.Justeru, adalah wajar untuk Dewan ini membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri membuat representasi kepada DYMM YDP Agung supaya melantik satu tribunal di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tingkahlaku Tan Sri Gani Patail dalam kes-kes tersebut di atas.


Friday, September 16, 2011

Sessi Parliament ke 3, Tahun 2011 bermula 3hb Oktober 2011

Sessi ke 3, Penggal 4, Parliament ke 12 akan bermula pada 3hb Oktober ini dan berlanjutan hingga 1hb Disember.

Dalam sessi ini, Belanjawan 2012 akan dibentangkan oleh YAB Menteri Kewangan pada Jumaat, 7hb Oktober dan diikuti dengan sessi bahas badjet sehinnga 29hb November.

Dalam sessi ini, YB Sivarasa telah mengemukakan soalan-soalan seperti berikut:

1.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri menyatakan, memandangkan keputusan terbaru daripada Mahkamah Tertinggi Australia berkaitan dengan perjanjian menghantar 4000 pelarian kepada Malaysiia, adakah Kerajaan bercadang untuk menandatangani Konvesyen Antarabangsa Pelarian 1951
2.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri  Pertahanan menyatakan adakah ’komisyen’ tambahan selain daripada komisyen 114 .9 juta Euro dan juga ’komisyen’ 30 juta Euro dan 2.5 juta Euro  yang dibayar kepada pihak-pihak lain termasuk Perimekar Sdn Bhd dan syarikat di Malta bernama Gifen yang berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene.
3.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri memberikan unjuran pendapatan tahunan, kos penyelenggaraan, penambangan (ridership) dan harga tambang MRT dari tahun 2016 hingga 2020 dan juga menyatakan kenapa permintaan puluhan ribu penduduk untuk MRT dibena di bawah Tanah di kawasan  Kota Damansara, Bandar Utama, Taman TTDI, seksyen 16, 17 PJ tidak dipedulikan
4.         Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan  kenapa untuk mata pelajaran Kesusasteraan Cina dan Tamil, di tahun 2010, tiada satu murid pun yang dapat gred A+, manakala 336 murid dapat A+ untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan di tahun 2009, 134 murid dan 36 murid dapat A+  untuk Kesusasteraan Cina dan Tamil masing-masing
5.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan bercadang meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen yang sedia ada untuk memastikan  perjalanan semua jawatankuasa parlimen adalah terbuka kepada awam mengikut tradisi Parlimen Westminster dan parlimen moden dengan kuasa untuk mengadakan mesyuarat tertutup dalam keadaan yang istimewa ( special circumstances )
6.         Tuan R.Sivarasa [ Subang ] meminta Menteri Kesihatan  menyatakan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan (Investigation Committee) yang ditubuhkan oleh kementerian bagi menyiasat kes menembak gas pemedih mata dan menyebur air berkimia ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011.
7.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kerajaan Barisan Nasional bercadang mengambil balik tanah 3 ekar yang mulanya diperuntukkan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Effingham di Damansara Utama yang sekarang diambil oleh pemimpin MIC.
8.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Luar Negeri  menyatakan sama ada tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri menghadapnya di Istana Buckingham pada 14 Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom?
9.         Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kewangan menyatakan pelan kerajaan untuk membantu pesara menghadapi situasi inflasi menghakis keupayaan menabung kerana menurut Global Aging Report, hanya 21% rakyat Malaysia bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.
10.       Tuan R.Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan samada Kerajaan bercadang meratifikasikan Konvensyen menentang Penyeksaan dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Sivil dan Politik dan juga Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan

Thursday, June 30, 2011

Soalan Parlimen - Pelajaran

Sivarasa minta Kementerian Pelajaran menyatakan adakah memandangkan istilah 1Malaysia oleh Kerajaan, bercadang utk membatalkan Pekeliling 20/2000 yg menyekat penubuhan persatuan agam bukan Islam di sekolah-sekolah. Nyatakan jumlah pertubuihan tersebut yg diluluskan dlm tempoh 2001-2010
Jawapan Menteri:
Pertubuhan persatuan di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah tertakluk kpd Per 4, Peraturan Pendidikan 1998, akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil maklum bahawa terdapatnya banyak permohonan utk menubuhkan persatuan bukan Islam di sekolah-sekolah. Sehubung itu bagi melicinkan urusan penubuhan persatuan di sekolah, KPM telah bersetuju supaya kuasa meluluskan penubuhan persatuan agama bukan Islam diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah sekiranya terdapat permohonan dan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetpakan seperti yg dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 2/2011: Peubuhan Persatuan Agama bukan Islam di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Oleh demikina, surat pekeliling Ihktisas 20/2000 telah dibatalkan dan semua Pengetua dan Guru Besar perlu mematuhi Surat Pekeliling 2/2011

Monday, June 27, 2011

Soalan Parlimen YB Sivarasa

YB Sivarasa minta Menteri Pelajaran menyatakan Sekolah Tamil yang sekarang berada di kawasan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sg Buloh akan ditutup sama sekali atau akan dialih ke tapak lain dan adakah tapak gantian itu telah dikenalpasti dan apakah lokasi tapak gantian dan bila akan dialih.
Jawapan Menteri:
…setelah semakan dibuat didapati hanya sebuah SJKT di kawasan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sg Buloh iaitu SJKT RRI Sg Buloh yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) Walaubagaimanapun, sebarang urusan penutupan , pencarian tapak gantian atau urusan perpindahan ke tapak lain adalah di bawah tanggungjawab pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu sendiri. Pihak PIBG boleh mengemukakan permohonan kepada KPM dan perkara ini akan diteliti secara case by case sebelum mendapat persetujuan YAB Menteri Pelajaran untuk tindakan selanjutnya

Wednesday, December 15, 2010

WikiLEAKS - Sivarasa Submits Emergency Motion in Parliament

to watch the press conference:
http://www.malaysiakini.tv/video/20688/sivarasa-debate-wikileaks-cables.html

”Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case”
”Najib’s political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal” 

Ini adalah antara dua petikan daripada WikiLeaks yang dilapurkan dalam akhbar Australia -  The Sydney Morning  Herald - yang menjadi asas bagi Isu Tergempar yang dipohon oleh YB Sivarasa.
14hb Disember 2010

YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Saya , Sivarasa Rasiah [ Subang ] mohon mencadangkan:

”Bahawa Dewan Rakyat membincangkan kenyataan-kenyataan yang sangat serius yang dibuat oleh En Bilahari Kausikan dan Peter Ho ( pada masa itu pegawai-pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri di Singapura ) yang dilaporkan di surat khabar Australia ”Sydney Morning Herald” baru-baru ini pada 12hb Disember 2010 yang berbunyi saperti berikut:
”A lack of competent leadership is a real problem in Malaysia, Mr Kausikan said,citing the need for Najib - now Malaysia’s Prime Minister – to ”prevail politically in order to avoid prosecution” in connection with a 2006 murder investigation linked to one of Razak’s aides
”Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case” Mr. Kausikan said.

”Najib’s political fortunes continue to be haunted by the ... murder scandal”


Yang Di-Pertua,
Pada 12hb Disember 2010, surat khabar Australia Sydney Morning Herald telah menerbitkan isu kandungan beberapa kabel-kabel sulit yang ditulis oleh pegawai kanan daripada State Department, Amerika Syarikat di 2008 dan 2009 yang dibocor kepada surat khabar tersebut secara eksklusif daripada laman web ”Wikileaks”. Kabel-kabel tersebut, antara lain, menerangkan kandongan perbualan diantara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan tiga pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri Singapura bernama Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh.
Antara kenyataan-kenyataan yang dilaporkan yang dibuat oleh Bilahari Kausikan dan Peter Ho adalah saperti yang disebut di atas.

Ada juga penerbitan di surat khabar tersebut yang berpunca daripada satu kabel pada November 2008 yang melapurkan perbualan di antara pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai perisik Australia di mana pegawai Australia menceritakan pandangan pegawai perisik Singapura dan Menteri Kanan Lee Kuan Yew tentang tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan-kenyataan tersebut di atas oleh En Kausikan dan En Peter Ho dengan jelas membawa maksud bahawa kedua-dua pegawai kanan Singapura tersebut mempercayai bahawa Perdana Menteri Najib adalah terbabit dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.

Setakat sekarang, kabel-kabel tersebut tidak dapat dikesan di dalam koleksi kabel-kabel yang telah didedahkan kepada umum di laman ”Wikileaks”. Ini bermaksud rakyat Malaysia masih tidak boleh menilai kandongan kabel-kabel ini secara terus dan memutuskan asas laporan di Sydney Morning Herald.

Yang di Pertua
Oleh kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah sangat berat dan membangkitkan, pertamanya, perkaitan penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dan, keduanya, kes liwat Ketua Pembangkang (kedua2nya pemimpin tertinggi negara), memang menjadi kepentingan negara untuk menghentikan perkara ini secepat mungkin dan mengelakkan spekulasi dengan mendapatkan kabel-kabel tersebut.

Saya berpendapat adalah wajar untuk Dewan yang Mulia ini membincangkan serta merta sama ada perlunya kita meminta jasa baik State Department Amerika Syarikat untuk mendedahkan semua kabel-kabel yang berkaitan Malaysia untuk tempoh berkenaan termasuk yang dipetik oleh Sydney Morning Herald.
Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.
Sekian.

Yang benar,
R.SIVARASA
AHLI PARLIMEN SUBANG

Monday, October 18, 2010

Soalan saya di parlimen

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ]
PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
memandangkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat
telah menggubal satu Enakmen Pembebasan Maklumat (Freedom of
Information Enactment) dalam sidang DUN Selangor yang lepas, sama
ada Kerajaan Persekutuan bercadang membuat undang-undang yang
sama di Parlimen.
minta MENTERImenyatakan

Wednesday, October 13, 2010

Soalan Saya Di Parlimen - Khamis 14hb Oktober

29. PR-1233-L40218
Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ]
minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan boleh bersetuju meluluskan untuk setiap
Ahli Parlimen tanpa mengira parti satu elaun khas yang munasabah tetapi
cukup untuk membiayai kos pengendalian pusat khidmat-pusat khidmat
mereka dan juga gaji kakitangan untuk tugas kaji selidik dan
kesetiausahaan.

Friday, June 11, 2010

Dari Hansard Parlimen - 8hb June

Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [Subang] minta Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat menyatakan, memandangkan majoriti isi rumah yang
berpendapatan rendah melibatkan ibu tunggal atau wanita yang tidak mampu atau ada
peluang kerja, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan peningkatan yang
bermakna dalam kadar penglibatan wanita dalam tenaga buruh yang tidak berubah
besar dari 1980 (44.1%) sehingga sekarang (45.7% di tahun 2008).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri
Shahrizat binti Abdul Jalil]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, integrasi wanita ke dalam tenaga
pekerja negara mencerminkan hasrat dan kemahuan wanita Malaysia untuk
mengimbangi tuntutan mereka sebagai ibu, isteri dan pekerja. Namun begitu, selain
daripada kerajaan, pihak swasta juga mesti mewujudkan satu suasana pekerjaan yang
lebih mesra keluarga supaya lebih ramai wanita dapat digalakkan untuk menyertai
dalam bidang pekerjaan dengan izin, investing in women is a smart economics adalah di
antara perjuangan kami di kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita,
pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan melalui beberapa kementerian. Di
antaranya:
(i) menggubal peraturan kerja separa masa dengan izin, part time
regulation sebagai sebahagian daripada pindaan Akta Kerja 1955.
Langkah ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan dengan
izin, latent workforce seperti ibu tunggal, suri rumah dan lain-lain
untuk menceburi pasaran pekerjaan;
(ii) memudahkan proses pencarian peluang pekerjaan dan
permohonan pekerjaan yang bersesuaian melalui portal
JobMalaysia. Golongan wanita yang tidak bekerja dan berminat
untuk mencari pekerjaan boleh mendaftar secara atas talian
DR.8.6.2010 9
dalam portal berkenaan dan mereka akan dipadankan dengan
pekerjaan yang sesuai;
(iii) meneruskan program bekerja dari rumah seperti home working
dan tele-working bagi membantu golongan wanita mendapat
pekerjaan. Sehingga Mac 2010, seramai 2458 wanita telah
mendapat pekerjaan dengan 139 syarikat melalui kaedah ini; dan
(iv) menggalakkan perwujudan pusat penjagaan anak di tempat kerja.
Penubuhan pusat-pusat penjagaan ini dapat membantu wanita
yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak. Langkah ini
dapat mengelakkan wanita daripada berhenti kerja untuk
menumpukan perhatian kepada keluarga. Kerajaan juga
memberikan geran pelancaran sebanyak 200 ribu kepada setiap
majikan di sektor awam untuk menubuhkan taman asuhan kanakkanak
atau taska di tempat kerja. Subsidi yuran pengasuhan
taska sebanyak RM180 kepada penjawat awam yang bergaji
RM3000 ke bawah. Geran pelancaran sebanyak 55 ribu untuk
menggalakkan penubuhan taska komuniti juga disediakan oleh
kerajaan, di samping memberi subsidi yuran pengasuhan taska
kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 ke bawah.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai insentif kepada majikan di
sektor swasta untuk menubuhkan taska, pengecualian cukai 10% diberikan ke atas kos
keseluruhan pembinaan bangunan taska bagi tempoh sepuluh tahun. Tuan Yang di-
Pertua, selain usaha menggalakkan wanita menyertai pasaran pekerjaan, usaha juga
dibuat untuk menggalakkan wanita menceburi aktiviti ekonomi yang lain. Dalam hal ini,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan
Pembangunan Wanita melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam
bidang keusahawanan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan. Terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

CORRECT, CORRECT, CORRECT!




Lingam case: Opposition presents 'key witness'





Nov 10, 09 1:37pm
Opposition MP R Sivarasa brought Jayanthi LG Naidu, who is said to be the 'key witness' sought by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in the VK Lingam case, to Parliament today.
This was to disprove Minister in the Prime Minister's Department Mohd Nazri Abdul Aziz's statement yesterday that MACC could not contact a key witness in the probe.
Nazri had said that further investigations into the matter cannot be undertaken by the MACC as the key witness could not be located.
Hence, the anti-graft body had classified the case as 'no further action'.Jayanthi however claimed that she has been available to assist MACC in their investigations at all times."The ACA (now MACC) have at all times been able to contact me earlier for my statement...


"After the announcement (written reply) by Nazri on Oct 23 (that no action would be taken), I called and asked the MACC who the key witness was that they were looking for."They were unable to answer me," she told reporters at Parliament.
[More to follow]
http://www.malaysiakini.com/news/117051

Wednesday, October 21, 2009

And more parliament action by R Sivarasa

Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah
seterusnya untuk memastikan bahawa SUHAKAM tidak diturunkan statusnya kepada status “B”
oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebab tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris”.


Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pernyataan di dalam
soalan Yang Berhormat Subang bahawa SUHAKAM tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris”
ataupun “Paris Principle” adalah tidak benar.
Di antara perkara yang ditekankan di dalam “Prinsip-prinsip Paris” adalah berkenaan
ketelusan lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun ini
kerajaan telah membuat pindaan sebanyak dua kali kepada Akta 597 bagi meningkatkan lagi
ketulusan dalam proses lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Pindaan pertama telah pun diluluskan di
dalam Dewan yang mulia ini pada 8 April tahun ini mengenai seksyen 5 iaitu bertujuan
meningkatkan ketulusan di dalam pemilihan anggota suruhanjaya. Peruntukan ini membolehkan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berunding dengan sebuah jawatankuasa sebelum
pelantikan anggota suruhanjaya dibuat di mana antara ahli jawatankuasa ini termasuk Pengerusi
SUHAKAM itu sendiri.
Tempoh anggota suruhanjaya memegang jawatan telah dipanjangkan kepada tiga tahun.
Sebelum ini adalah dua tahun dan layak untuk dilantik semula lagi bagi tempoh tiga tahun.
Pindaan ini juga adalah untuk mewujudkan suatu mekanisme bagi menilai prestasi anggota
suruhanjaya berdasarkan sumbangan mereka dalam mempromosi dan melindungi hak asasi
manusia di Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kedua telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 9
Julai tahun ini. Mengenai penglibatan orang awam ataupun civil society secara khusus di dalam
Jawatankuasa Pemilihan yang diperuntukkan di dalam subseksyen 11A(i) perenggan (c).
 1020
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, status SUHAKAM di Malaysia adalah
pada status “A”. Satu penilaian khas (special review) berkenaan status SUHAKAM akan
dijalankan oleh International Co-ordinating Committee of National Institutions for the Promotion
and Protection of Human Rights, Sub-Committee on Accreditation ataupun ICCACA akan
diadakan pada 14 hingga 16 November tahun ini. Hanya pada tarikh tersebut keputusan
muktamad mengenai status akreditasi SUHAKAM akan dibuat. Dengan pindaan akta tersebut,
DR. 21.10.09
6
diharapkan ICC berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia
bagi mengekalkan kedudukan SUHAKAM pada status “A”. Sekian, terima kasih.


more:....http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-21102009-1130.pdf

Tuesday, October 20, 2009

In Parliament - 20th October

Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status
implementasi cadangan daripada proses penilaian Universal Periodic Review (UPR) di Majlis Hak
Asasi PBB pada Februari 2009, terutamanya berkenaan:-
(a) komitmen Malaysia untuk menerima lawatan rasmi daripada UN Working
Group on Arbitrary Detection; dan
(b) cadangan berkenaan dengan ratifikasi undang-undang hak asasi
manusia antarabangsa yang utama, termasuk ICCPR, ICESCR dan
CAT.
Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-
Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Subang ini bersama-sama dengan
soalan Yang Berhormat Kelana Jaya pada 22 Oktober 2009 kerana menyentuh perkara yang
sama.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila.
Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat yang menanyakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua,
seperti Dewan yang sedia maklum, Malaysia telah melalui proses semakan Universal Periodic
Review (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 11 Februari 2009. Semasa proses
penilaian tersebut, Malaysia telah mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan
oleh negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung pendekatanpendekatan
yang boleh diambil oleh Malaysia dalam meningkatkan mutu hak asasi manusia.
Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk mempertahankan dan mempromosikan
penghayatan hak asasi manusia, Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan
perbincangan yang lebih komprehensif dan lebih lanjut dengan kumpulan kerja dan pelapor khas
PBB berhubung isu-isu hak asasi manusia di negara ini. Malaysia juga akan mempertimbangkan
DR. 20.10.09
20
secara positif sebarang permohonan dari kumpulan kerja dan pelapor khas untuk mengadakan
lawatan kerja ke Malaysia. Mengenai penyertaan Malaysia kepada instrumen-instrumen hak
asasi manusia antarabangsa, kerajaan sedang dalam proses mengkaji dan menimbang
kemungkinan untuk Malaysia menyertai konvensyen-konvensyen tersebut.
Kerajaan juga sedang mengambil langkah-langkah pentadbiran dan perundangan yang
perlu bagi memastikan undang-undang yang berkaitan adalah selaras dengan peruntukanperuntukan
yang terkandung dalam konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa.
Malaysia akan menyertai konvensyen-konvensyen tersebut apabila langkah-langkah yang
dinyatakan di atas telah disempurnakan. Sekian

Friday, July 3, 2009

Shadow Cabinet? - The next best thing....

Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – 2 Julai 2009

Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Dikeluarkan oleh:YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, YB Tan Seng Giaw Ketua Whip Ahli Parlimen DAP dan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS

JABATAN PERDANA MENTERIYB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim, YB Fuziah Salleh daripada PKR.

YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli AhmadYB Taib Azamuddin, YB Khalid Samad daripada PAS.

YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran YB Ngeh Koo Ham, YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran daripada DAP.

KEMENTERIAN DALAM NEGERIYB Dato’ Johari Abdul, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Karpal Singh.

KEMENTERIAN KEWANGANYB Mohamed Azmin Ali, Dr Dzulkifli Ahmad dan YAB Lim Guan Eng

KEMENTERIAN PENGANGKUTANYB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim, YB Khalid Samad dan YB Tan Kok Wai

KEMENTERIAN KERJA RAYAYB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas, YB Dato’ Mahfuz Omar dan YB Gobind Singh Deo

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITIYB Dato’ Rashid Din, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah dan YB Er Teck Hwa

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIRYB Chua Tian Chang, YB Nasir bin Zakaria dan YB Charles Anthony Santiago

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRIYB William Leong, YB Dr Mohd Hatta Ramli dan YB Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANIYB Ahmad Kassim, YB Taib Azamuddin Md Taib dan YB Sim Tong Him

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNAYB Azan Ismail, YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut dan YB Jeff Ooi

KEMENTERIAN PELAJARANYB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik dan YB Chong Eng

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAANYB Amran Abdul Ghani, YB Dato’ Mahfuz Haji Omar dan YB Teo Nie Ching

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIAYB Abdullah Sani Abdul Hamid, YB Muhammad bin Husin dan YB M Kulasegaran

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIYB Nurul Izzah Anwar, YB Dr Che Rosli Che Mat dan YB Chow Kon Yeow

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANYB Hee Loy Sian, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan YB Nga Kor Ming

KEMENTERIAN PERTAHANANYB Saifuddin Nasution Ismail, YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan YB Liew Chin Tong

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAHYB Ab Aziz Ab Kadir, YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman dan YB M Manogaran

KEMENTERIAN LUAR NEGERI YB Sivarasa Rasiah, YB Dato’ Kamaruddin Jaffar dan YB P Ramasamy

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKANYB Tan Tee Beng, YB Mohd Firdaus bin Jaafar dan YB Anthony Loke Siew Fook

KEMENTERIAN KESIHATANYB Dr Lee Boon Chye, YB Dr Mohd Hayati Othman dan YB Dr Tan Seng Giaw

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATYB Zuraida Kamaruddin, YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf dan YB Fong Po Kuan

KEMENTERIAN PELANCONGANYB Manikavasagam a/l Sundaram, YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah dan YB Fong Kui Lun

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUANYB Wee Choo Keong, YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali dan YB Lim Lip Eng

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIYB Zulkifli Nordin, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Tony Pua

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARYB Gobalakrishnan a/l Nagapan, YB Dr Mujahid Yusof Rawa dan YB Chong Chien Jen

Friday, June 26, 2009

Death in Custody

Friday June 26, 2009
Woman goes to Parliament over hubby’s lock-up death
KUALA LUMPUR: A mother of seven, M. Manimalai, wants an inquest into the death of her husband A. Gnanapragasam, who was found dead in a police lock-up earlier this month.
She said Gnanaprasagam, 53, a wireman, who was arrested on June 10 for allegedly breaking into a house in Sg Buloh, had never complained of illness to her or felt ill when he was alive.
“A few days after he was detained by the police, he was dead. Who is going to take care of us now?” she asked at the Parliament lobby here yesterday.
She was speaking to the press after handing over a memorandum to Deputy Home Minister Jelaing Mersat, accompanied by Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong and Subang MP R. Sivarasa.
Manimalai, 40, claimed that when she last visited her husband at the Damansara Damai police station, his right eye was bruised.
“He told me the police had beaten him up. He said he had complained to the magistrate about the beating but no action was taken,” she said.
A post-mortem by Universiti Malaya Medical Centre pathologist Dr Prashant Samberkar found that Gnanaprasagam died of “toxaemia secondary to spontaneous peritonitis” – poison in the blood from bacterial infection in the intestines.
Sivarasa said that although Mani­malai would not dispute the findings of the post-mortem, she wanted to know why her husband had not been given care while in detention.
He said that under the Criminal Procedure Code, an inquest should be held immediately after a detainee’s death.
“However, in Malaysia, the inquest is usually held months or even years after the death. We want an inquest to be held immediately,” he said, adding that the probe into Gnana­prasagam’s death should be carried out by an independent body and not by the police.

Tuesday, June 23, 2009

USUL TERGEMPAR - PENYELUDUPAN MANUSIA

YB SIVARASA telah momohon untuk mencadangkan:

“BAHAWA PARLIMEN MALAYSIA MENDESAK KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA MENYIASAT PERKARA PENYELUDUPAN MANUSIA SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH LAPORAN PENYELUPAN MANUSIA 2009 YANG DIAUDITKAN OLEH JABATAN NEGARA AMERIKA SERTA MENCADANG MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN BEBAS UNTUK MEMULIHKAN KEDUDUKAN MALAYSIA DI TAHAP PERTAMA.”

Tan Sri Yang di-Pertua,

Pada 16 Jun 2009, Jabatan Negara Amerika telah mengemukakan Laporan Penyeludupan Manusia 2009. Dalam laporan tersebut Malaysia telah disenarai-hitamkan dan diturunkan ke ‘tahap 3’ berbanding dengan tahun 2008 berada di ‘tahap 2’ senarai pemantauan.

Pendakwaan ini telah menjadikan Malaysia menjadi satu daripada lima negara ASEAN yang disenarai-hitamkan yang setaraf dengan Cuba, Burma, Zimbabwe dan Fiji. Dalam laporan tersebut mendakwa bahawa Malaysia menjadi destinasi dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa.

Richard Lugar, Senator Amerika turut memberi dakwaan yang sama bahawa kegiatan pemerdagangan manusia di Malaysia melibatkan pegawai kerajaan. Walaupun pelarian-pelarian telah didaftarkan di bawah United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) turut dibawah ke Sungai Golok, Thailand dan Padang Besar, Malaysia untuk kegiatan perdagangan.


Tan Sri Yang di-Pertua,

Pemandangkan perkara ini perlu disegerakan kerana melibatkan ribuan nasib manusia dan imej Negara kita dalam menangani penyeludupan manusia.

Kerajaan dan Kementerian berkenaan harus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan dan wakil-wakil rakyat supaya menunjukkan siasatan yang lebih telus di peringkat antarabangsa supaya memulihkan imej negara dan seterusnya mengembalikan kedudukan yang lebih tinggi.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

Thursday, June 4, 2009

Questions for Parliament - June 209 Session

The following are questions that have been submitted for answers by the relevant ministers at the next session of Parliament scheduled to start on the 16th June.

Members of Parliament have to submit their questoions to the secretariat three weeks before the start of the session. These questions will be organised and put up to be answered by the minister during question time.

The input for these questions were received from concerned residents in the Subang Parliamentary Constituency.

We would like to say thank you to all who responded and for taking the trouble to be a part of our nation's democratic process.

We will post the answers to these questions as and when we receive the response from the minister.


1. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan apakah rancangan yang sedang dan akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah pengurusan kediaman berstrata khasnya di pangsapuri kos rendah yang timbul akibat Akta 663 yang diperkenalkan dalam tahun 2007.

2. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan nisbah anggota polis di Daerah Polis Gombak dan Petaling Jaya di Selangor adalah 1:250 iaitu nisbah yang disyorkan oleh INTERPOL.

3. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah jumlah sekolah mengikut kategori-kategori sekolah rendah/menengah - Sekolah Kebangsaan, Cina, Tamil dan Ugama dimana jumlah murid untuk satu sessi ( pagi atau petang ) telah melebehi jumlah yang disyorkan iaitu 1500 murid, dan seterusnya, jumlah sekolah mengikut kategori yang telah melebehi purata 30 murid se kelas.

4. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Pendidikan menyatakan sebab-sebabnya kerajaan tidak ambil langkah termasuk mengatur pembukaan sekolah tambahan atau baru, untuk pastikan di sekolah SJK( C ) Desa Jaya, Kepong Selangor, jumlah murid tidak sampai ke 4976 dan 40 murid se kelas saperti sekarang.

5. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa tidak apa sebarang tindakkan atas lapuran polis yang telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20hb Februari 2009 di Balai Polis Damansara yang menuduh Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan dan ACP Koh Hong San adalah terlibat dalam pembuatan satu lapuran polis palsu berkaitan dengan tangkapan Datuk Seri Anwar oleh ACP Koh pada pukul 9 malam 20hb September 1998

6. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah tindakkan-tindakkan yang akan dilakukan supaya kedudukan Malaysia di dalam Climate Change Performance Index 2009 naik daripada kedudukan sekarang iaitu 52 daripada 57.

7. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kerjaraya menyatakan kenapa National Slope Master Plan yang telah dijanji akan diisiap dan dikuatkuasakan pada tahun 2008 untuk menjaga keselamatan cerun-cerun di Malaysia dan memantau pembangunan di cerun-cerun masih tidak di umumkan.

8. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kertas siasatan SPRM yang lengkap untuk lapuran polis Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 1hb Julai 2008 terhadap Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan telah diberi kepada panel tiga hakim bersara termasuk lapuran perubatan bertarikh 26hb October 1998 yang direka oleh Dr. Abdul Rahman Yusof bersama dengan Tan Sri Gani Patail.

9. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Kewangan menyatakan samada kerajaan ada rancangan untuk mengarahkan institusi-institusi kewangann dalam negara memastikan satu bahagian minima yang tetap pinjaman mereka ditujukan kepada pengeluaran bahan makanan dan pertanian.

10. Tuan R. Sivarasa [Subang] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah warga Africa dibenarkan masuk ke Malaysia untuk tahun- tahun 20005, 2006, 2007, 2008 dan untuk tempoh 1hb Jan 2009 hingga 31hb Mei 2009 dan daripada jumlah ini berapakah masuk sebagai penuntut institusi pengajian tinggi dan sebagai pelawat. Seterusnya, apakah anggaran untuk tahun-tahun tersebut untuk jumlah warga Afrika yang ada di Malaysia tanpa kebenaran sah, dan adakah anggaran purata untuk tempoh berapa lama warga Afrika menetap di Malaysia, samada sah atau tidak sah.

Thursday, March 5, 2009

SIVARASA in ACTION

Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah
anggota polis (pakaian seragam dan tidak seragam, dengan mengecualikan polis trafik) yang
bertugas meronda, berjalan atau dengan motosikal atau kereta ronda di luar balai atau bila-bila
masa (at anyone time) dalam satu syif kerja, di setiap daerah polis di Selangor, dan
peratusannya daripada jumlah anggota keseluruhan di PDRM di Selangor.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Selamat pagi dan selamat
sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang berhormat
Subang kerana mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang
Berhormat, jumlah anggota polis pakaian seragam dan tidak seragam dengan mengecualikan
polis trafik yang bertugas meronda dan berjalan kaki ataupun dengan motosikal ataupun dengan
kereta peronda di luar balai atau bila-bila masa ataupun at anyone time dengan izin, dalam satu
syif kerja ialah seramai 3,000 orang atau 31.6% daripada keseluruhan keanggotaan polis di
Selangor. Penugasan ini dibuat mengikut keperluan dan akan ditambah selaras dengan jumlah
keanggotaan semasa.
DR. 4.3.2009
9
􀂃 1030
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Saya bangkitkan
soalan itu sebab kita faham isu kadar jenayah adalah satu isu yang cukup dipandang serius oleh
rakyat Malaysia khususnya di banyak kawasan di Selangor khususnya di Lembah Klang. Kadar
jenayah ini masih meningkat. Berdasarkan jawapan yang diberikan tadi, kita mendapat
gambaran 31% adalah peratusan yang ada di luar balai dan dibuat rondaan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, ya akan sampai. Ini sebagai mukadimah sedikit.
Masalah yang kita lihat di Selangor dan boleh dibetulkan ialah kadar. [Dewan riuh] Nanti dulu.
Kita bagi jumlah sedikit. Fakta sedikit.
Beberapa Ahli: Soalan, soalan!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Mukadimahlah.
Beberapa Ahli: Soalan, soalan!
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, saya akan sampai ke soalan. Nisbah anggota polis
kepada penduduk di Selangor adalah lebih kurang 1:1200 atau 1:1300 orang. Itu lima kali ganda
daripada nisbah yang disyorkan oleh Interpol iaitu 1:250. Di beberapa tempat seperti di Kota
Damansara, Petaling Jaya dan Puchong sudah sampai kepada 1:2000 atau 1:3000. Jadi,
dengan jumlah seperti ini, ini bermaksud anggota polis tidak cukup untuk membuat tugasan atau
tanggungjawab mereka. Jadi saya ingin tahu apakah cadangan atau langkah-langkah yang akan
dilaksanakan oleh kementerian supaya jumlah di Selangor ini akan sampai kepada tahap yang
perlu supaya kita dapat mencegah kadar jenayah. Sekian, terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di-Pertua,
tadi Yang Berhormat telah memberikan sedikit perangkaan iaitu nisbah anggota polis dan rakyat
di negeri Selangor. Saya ingat kurang tepat sedikit. Walaupun saya setuju bahawa ada
beberapa daerah di mana penduduk begitu ramai, maka nisbahnya melebihi 1000. Itu saya
setuju. Akan tetapi pada keseluruhannya, memandangkan Selangor mempunyai jumlah
penduduk dalam lingkungan lima juta orang, nisbah seorang anggota polis ialah pada 546 orang
rakyat. Ini memang melebihi apa yang dianggap tidak begitu memuaskan sebab Interpol punya
nisbah ialah setiap seorang anggota ialah 250 orang rakyat.
Walaupun demikian, saya percaya dengan jumlah yang ada yang bertugas di negeri
Selangor yang berjumlah 9,510 orang termasuk dengan pegawai-pegawai trafik. Anggota polis
setakat ini telah pun dengan sedaya upaya menjalankan tugas supaya mencegah penjenayahpenjenayah
melakukan bermacam-macam-macam jenayah. Untuk makluman Dewan yang mulia
ini juga, saya ingin memberitahu bahawa oleh kerana kita mendapat pendekatan yang baru iaitu
semua IPD di bawah IPK telah diberi arahan supaya mengenal pasti tempat-tempat mana yang
DR. 4.3.2009
10
mempunyai masalah yang banyak sekali iaitu dengan berlakunya jenayah-jenayah. Semua akan
mempunyai satu integrated approach dengan izin tidak kira kita bertugas di bahagian mana pun.
Semua harus mempunyai satu minda untuk mencegah jenayah. Oleh kerana kita
mempunyai cara-cara pendekatan yang baru, Rakan Cop juga diguna dengan begitu meluas.
Maka kita dapat melihat pada tahun ini pada bulan Januari dan bulan Februari, kadar jenayah
pada keseluruhan sudah turun sebanyak 7% lebih. Ini adalah satu tanda yang baik dan kita
harap dengan kita melibatkan rakyat-rakyat dalam community policing, maka ini akan turun lagi.
Tadi Yang Berhormat juga tanya apakah cadangan. Cadangan yang kita akan tumpukan pada
tahun ini dan tahun depan ialah bertambah dengan anggota polis yang baru. Mengikut lima
tahun perancangan ini, kita harus merekrut 60,000 orang dalam tahun ini. Tahun depan kalau
kita dapat, kita dapatlah yang lebih ramai untuk menjadi anggota polis dengan Polis Diraja
Malaysia. Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 25, 2009

Soalan Parliament

PR-1221-L18266
Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah sebabnya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
bertindak menyuraikan perhimpunan aman pada 14, 11 dan 18 Januari
2009 di dalam kawasan ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya
padahal Datuk Bandar Petaling Jaya telah memberi kebenaran untuk
mengadakan perhimpunan tersebut.

Jawapan Menteri:

Untuk makluman, pada 4 Januari, 11 Januari dan 18 Januari 2009, satu perhimpunan haram berhubung isu mansuhkan ISA telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 7:45 malam dan disertai oleh kira-kira 50 hingga 80 orang. Manakala, perhimpunan pada 18 Januari 2009, turut dihadiri oleh Raja Petra Kamaruddin.

Semua perhimpunan berkenaan didapati tidak mempunyai permit perhimpunan dari pihak polis. Tambahan pula, berdasarkan rekod pihak polis, Datuk Bandar Petaling Jaya tiak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaranberhubung perkara ini. Perhimpunan tersebut juga telah diadakan di tempat awam bertempat di luar Dewan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Pada jam 8:00 malam, pihak polis telah menyuraikan perhimpunan berkenaan atas alasan perhimpunan tersebut tidak mempunyai permit. Dengan itu, pihak polis telah bertindak sebagaimana yang diperuntukan dibawah seksyen 27 Akta Polis 1967. Dibawah peruntukan tersebut, mana-mana individu yang berniat mengadakan perhimpunan di mana-mana tempat awam hendaklah terlebih dahulu membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah bagi mendapatkan permit perhimpunan.

Monday, February 23, 2009

Soalan Parliament

PR-1221-L18298
Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah kos yang dibayar oleh Kerajaan untuk bukubuku
pasport baru termasuk “microchip” yang ada di dalamnya, nama
syarikat yang mendapat kontrak untuk membekalkan buku tersebut,
tempoh kontrak dan adakah kontrak diberi secara tender terbuka

Jawapan Menteri:
Untuk makluman, kos yang dibayar oleh kerajaan untuk buku-buku pasport Malaysia termasuk "contactless smart chip" bagi kategori i: MRP-2 32 muka surat dan kategori ii: MRP-64 muka surat, masing-masing berjumlah RM59.25 dan RM63.15 setiap satu. Kos tersebut tidak termasuk kos laminat keselamatan, kos alatan pakai buang untuk mesin percetakan pasport, sistem operasi dan kos lain yang berkaitan.

Untuk memenuhi faktor dan elemen keselamatan, Kerajaan telah melantik Syarikat Percetakan Keselamatan National Sdn Bhd (PKNSB) secara rundingan terus pada Februari 1990. Syarikat Percetakan Keselamatan National (PKNSB) ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai Cawangan Percetakan Keselamatan dibawah Jabatan Percetakan Negara pada ketika itu, sebelum ia diswastakan.