Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, October 21, 2009

And more parliament action by R Sivarasa

Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah
seterusnya untuk memastikan bahawa SUHAKAM tidak diturunkan statusnya kepada status “B”
oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebab tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris”.


Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pernyataan di dalam
soalan Yang Berhormat Subang bahawa SUHAKAM tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris”
ataupun “Paris Principle” adalah tidak benar.
Di antara perkara yang ditekankan di dalam “Prinsip-prinsip Paris” adalah berkenaan
ketelusan lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun ini
kerajaan telah membuat pindaan sebanyak dua kali kepada Akta 597 bagi meningkatkan lagi
ketulusan dalam proses lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Pindaan pertama telah pun diluluskan di
dalam Dewan yang mulia ini pada 8 April tahun ini mengenai seksyen 5 iaitu bertujuan
meningkatkan ketulusan di dalam pemilihan anggota suruhanjaya. Peruntukan ini membolehkan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berunding dengan sebuah jawatankuasa sebelum
pelantikan anggota suruhanjaya dibuat di mana antara ahli jawatankuasa ini termasuk Pengerusi
SUHAKAM itu sendiri.
Tempoh anggota suruhanjaya memegang jawatan telah dipanjangkan kepada tiga tahun.
Sebelum ini adalah dua tahun dan layak untuk dilantik semula lagi bagi tempoh tiga tahun.
Pindaan ini juga adalah untuk mewujudkan suatu mekanisme bagi menilai prestasi anggota
suruhanjaya berdasarkan sumbangan mereka dalam mempromosi dan melindungi hak asasi
manusia di Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kedua telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 9
Julai tahun ini. Mengenai penglibatan orang awam ataupun civil society secara khusus di dalam
Jawatankuasa Pemilihan yang diperuntukkan di dalam subseksyen 11A(i) perenggan (c).
 1020
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, status SUHAKAM di Malaysia adalah
pada status “A”. Satu penilaian khas (special review) berkenaan status SUHAKAM akan
dijalankan oleh International Co-ordinating Committee of National Institutions for the Promotion
and Protection of Human Rights, Sub-Committee on Accreditation ataupun ICCACA akan
diadakan pada 14 hingga 16 November tahun ini. Hanya pada tarikh tersebut keputusan
muktamad mengenai status akreditasi SUHAKAM akan dibuat. Dengan pindaan akta tersebut,
DR. 21.10.09
6
diharapkan ICC berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia
bagi mengekalkan kedudukan SUHAKAM pada status “A”. Sekian, terima kasih.


more:....http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-21102009-1130.pdf

No comments:

Post a Comment