Tuan Sivarasa a/l K. Rasiah [Subang] minta Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat menyatakan, memandangkan majoriti isi rumah yang
berpendapatan rendah melibatkan ibu tunggal atau wanita yang tidak mampu atau ada
peluang kerja, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan peningkatan yang
bermakna dalam kadar penglibatan wanita dalam tenaga buruh yang tidak berubah
besar dari 1980 (44.1%) sehingga sekarang (45.7% di tahun 2008).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Sri
Shahrizat binti Abdul Jalil]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, integrasi wanita ke dalam tenaga
pekerja negara mencerminkan hasrat dan kemahuan wanita Malaysia untuk
mengimbangi tuntutan mereka sebagai ibu, isteri dan pekerja. Namun begitu, selain
daripada kerajaan, pihak swasta juga mesti mewujudkan satu suasana pekerjaan yang
lebih mesra keluarga supaya lebih ramai wanita dapat digalakkan untuk menyertai
dalam bidang pekerjaan dengan izin, investing in women is a smart economics adalah di
antara perjuangan kami di kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita,
pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan melalui beberapa kementerian. Di
antaranya:
(i) menggubal peraturan kerja separa masa dengan izin, part time
regulation sebagai sebahagian daripada pindaan Akta Kerja 1955.
Langkah ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan dengan
izin, latent workforce seperti ibu tunggal, suri rumah dan lain-lain
untuk menceburi pasaran pekerjaan;
(ii) memudahkan proses pencarian peluang pekerjaan dan
permohonan pekerjaan yang bersesuaian melalui portal
JobMalaysia. Golongan wanita yang tidak bekerja dan berminat
untuk mencari pekerjaan boleh mendaftar secara atas talian
DR.8.6.2010 9
dalam portal berkenaan dan mereka akan dipadankan dengan
pekerjaan yang sesuai;
(iii) meneruskan program bekerja dari rumah seperti home working
dan tele-working bagi membantu golongan wanita mendapat
pekerjaan. Sehingga Mac 2010, seramai 2458 wanita telah
mendapat pekerjaan dengan 139 syarikat melalui kaedah ini; dan
(iv) menggalakkan perwujudan pusat penjagaan anak di tempat kerja.
Penubuhan pusat-pusat penjagaan ini dapat membantu wanita
yang bekerja mengatasi masalah penjagaan anak. Langkah ini
dapat mengelakkan wanita daripada berhenti kerja untuk
menumpukan perhatian kepada keluarga. Kerajaan juga
memberikan geran pelancaran sebanyak 200 ribu kepada setiap
majikan di sektor awam untuk menubuhkan taman asuhan kanakkanak
atau taska di tempat kerja. Subsidi yuran pengasuhan
taska sebanyak RM180 kepada penjawat awam yang bergaji
RM3000 ke bawah. Geran pelancaran sebanyak 55 ribu untuk
menggalakkan penubuhan taska komuniti juga disediakan oleh
kerajaan, di samping memberi subsidi yuran pengasuhan taska
kepada keluarga yang berpendapatan RM2000 ke bawah.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai insentif kepada majikan di
sektor swasta untuk menubuhkan taska, pengecualian cukai 10% diberikan ke atas kos
keseluruhan pembinaan bangunan taska bagi tempoh sepuluh tahun. Tuan Yang di-
Pertua, selain usaha menggalakkan wanita menyertai pasaran pekerjaan, usaha juga
dibuat untuk menggalakkan wanita menceburi aktiviti ekonomi yang lain. Dalam hal ini,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan
Pembangunan Wanita melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam
bidang keusahawanan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan. Terima kasih.
Friday, June 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment