Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Thursday, March 5, 2009

SIVARASA in ACTION

Tuan Sivarasa a/l K.Rasiah [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah
anggota polis (pakaian seragam dan tidak seragam, dengan mengecualikan polis trafik) yang
bertugas meronda, berjalan atau dengan motosikal atau kereta ronda di luar balai atau bila-bila
masa (at anyone time) dalam satu syif kerja, di setiap daerah polis di Selangor, dan
peratusannya daripada jumlah anggota keseluruhan di PDRM di Selangor.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Selamat pagi dan selamat
sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang berhormat
Subang kerana mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang
Berhormat, jumlah anggota polis pakaian seragam dan tidak seragam dengan mengecualikan
polis trafik yang bertugas meronda dan berjalan kaki ataupun dengan motosikal ataupun dengan
kereta peronda di luar balai atau bila-bila masa ataupun at anyone time dengan izin, dalam satu
syif kerja ialah seramai 3,000 orang atau 31.6% daripada keseluruhan keanggotaan polis di
Selangor. Penugasan ini dibuat mengikut keperluan dan akan ditambah selaras dengan jumlah
keanggotaan semasa.
DR. 4.3.2009
9
􀂃 1030
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Saya bangkitkan
soalan itu sebab kita faham isu kadar jenayah adalah satu isu yang cukup dipandang serius oleh
rakyat Malaysia khususnya di banyak kawasan di Selangor khususnya di Lembah Klang. Kadar
jenayah ini masih meningkat. Berdasarkan jawapan yang diberikan tadi, kita mendapat
gambaran 31% adalah peratusan yang ada di luar balai dan dibuat rondaan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Soalan, Yang Berhormat.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, ya akan sampai. Ini sebagai mukadimah sedikit.
Masalah yang kita lihat di Selangor dan boleh dibetulkan ialah kadar. [Dewan riuh] Nanti dulu.
Kita bagi jumlah sedikit. Fakta sedikit.
Beberapa Ahli: Soalan, soalan!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Mukadimahlah.
Beberapa Ahli: Soalan, soalan!
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, saya akan sampai ke soalan. Nisbah anggota polis
kepada penduduk di Selangor adalah lebih kurang 1:1200 atau 1:1300 orang. Itu lima kali ganda
daripada nisbah yang disyorkan oleh Interpol iaitu 1:250. Di beberapa tempat seperti di Kota
Damansara, Petaling Jaya dan Puchong sudah sampai kepada 1:2000 atau 1:3000. Jadi,
dengan jumlah seperti ini, ini bermaksud anggota polis tidak cukup untuk membuat tugasan atau
tanggungjawab mereka. Jadi saya ingin tahu apakah cadangan atau langkah-langkah yang akan
dilaksanakan oleh kementerian supaya jumlah di Selangor ini akan sampai kepada tahap yang
perlu supaya kita dapat mencegah kadar jenayah. Sekian, terima kasih.
Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Subang. Tuan Yang di-Pertua,
tadi Yang Berhormat telah memberikan sedikit perangkaan iaitu nisbah anggota polis dan rakyat
di negeri Selangor. Saya ingat kurang tepat sedikit. Walaupun saya setuju bahawa ada
beberapa daerah di mana penduduk begitu ramai, maka nisbahnya melebihi 1000. Itu saya
setuju. Akan tetapi pada keseluruhannya, memandangkan Selangor mempunyai jumlah
penduduk dalam lingkungan lima juta orang, nisbah seorang anggota polis ialah pada 546 orang
rakyat. Ini memang melebihi apa yang dianggap tidak begitu memuaskan sebab Interpol punya
nisbah ialah setiap seorang anggota ialah 250 orang rakyat.
Walaupun demikian, saya percaya dengan jumlah yang ada yang bertugas di negeri
Selangor yang berjumlah 9,510 orang termasuk dengan pegawai-pegawai trafik. Anggota polis
setakat ini telah pun dengan sedaya upaya menjalankan tugas supaya mencegah penjenayahpenjenayah
melakukan bermacam-macam-macam jenayah. Untuk makluman Dewan yang mulia
ini juga, saya ingin memberitahu bahawa oleh kerana kita mendapat pendekatan yang baru iaitu
semua IPD di bawah IPK telah diberi arahan supaya mengenal pasti tempat-tempat mana yang
DR. 4.3.2009
10
mempunyai masalah yang banyak sekali iaitu dengan berlakunya jenayah-jenayah. Semua akan
mempunyai satu integrated approach dengan izin tidak kira kita bertugas di bahagian mana pun.
Semua harus mempunyai satu minda untuk mencegah jenayah. Oleh kerana kita
mempunyai cara-cara pendekatan yang baru, Rakan Cop juga diguna dengan begitu meluas.
Maka kita dapat melihat pada tahun ini pada bulan Januari dan bulan Februari, kadar jenayah
pada keseluruhan sudah turun sebanyak 7% lebih. Ini adalah satu tanda yang baik dan kita
harap dengan kita melibatkan rakyat-rakyat dalam community policing, maka ini akan turun lagi.
Tadi Yang Berhormat juga tanya apakah cadangan. Cadangan yang kita akan tumpukan pada
tahun ini dan tahun depan ialah bertambah dengan anggota polis yang baru. Mengikut lima
tahun perancangan ini, kita harus merekrut 60,000 orang dalam tahun ini. Tahun depan kalau
kita dapat, kita dapatlah yang lebih ramai untuk menjadi anggota polis dengan Polis Diraja
Malaysia. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment