In connection with this I would like to discuss with you to embark on an education/training program in Acupuncture & Homeopathy for the correct treatment of chronic diseases for the marginalized & minority communities in Subang parliamentary constituency.
Ramai orang berfikir bahawa Ahli Parlimen (MP) dapat menyelesaikan semua masalah mereka. Sebenarnya, tidak. MP adalah untuk membantu dalam masalah melibatkan Parlimen atau Kerajaan Persekutuan. Maka, untuk kebanyakan masalah, langkah pertama sepatutnya adalah menghubungi Ahli Majlis tempatan.
Ahli Parlimen anda bukanlah untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara jiran, majikan, ahli keluarga atau perniagaan yang telah menjualkan barangan yang rosak atau sebarang keputusan mahkamah.
Rakyat atau pengundi biasanya membawa masalah mereka kepada MP kerana mereka tidak tahu ke mana nak pergi untuk meminta bantuan. MP kebiasaannya akan memberi bantuan dan nasihat di pusat khidmat mereka. Masalah kerajaan tempatan seperti pengutipan sampah, lampu jalan dll akan disalurkan kepada Ahli Majlis berkenaan.
Ahli Parlimen anda akan membantu seberapa yang boleh tetapi perlu diingatkan bahawa setiap Kawasan Parlimen mempunyai sekurang kurang 100,000 penduduk. Maka adalah penting untuk MP menggunakan masa nya untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya tanpa membazir terlalu banyak masa dalam isu-isu yang sepatutnya dikendalikan oleh pihak Ahli Majlis dan kerajaan tempatan.
DUN - Bukit Lanjan ADUN - YB Elizabeth Wong Tingkat 1, Dewan BU 3/1, Bandar Utama 47800. PJ
DUN - Kota Damansara ADUN - YB Puan Halimaton Saadiah Binti Bohan
Penyelaras DUN Kota Damansara Penyelaras - Tuan Radzlan Bin Jalaludin Lot 29-1-8, Blok 1, The Core SunSuria, Jln Teknologi, 47810 PJ Selangor
DUN - Paya Jaras ADUN - Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman P K M DUN Paya Jaras, No 19A, Jalan Liter D, U19/D, Fasa 3, Bandar Baru Sg. Buloh, Sek U19, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Manifesto Ahli Parliament Subang P107
Kerajaan yang bertanggungjawab, telus, bebas dari korupsi serta menghormati hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang.
Institusi kehakiman yang bebas dan cekap.
Pembangunan ekonomi yang mengutamakan rakyat dan mampan.
Pencegahan jenayah dan pasukan polis yang professional
Penghijauan kembali kawasan persekitaran dan peningkatan kualiti hidup kita.
Jaminan milik tanah.
Perubatan yang berkualiti dan dimampui rakyat.
Pendidikan yang benar benar percuma dari peringkat rendah sehingga universiti.
I notice your manifesto says:
ReplyDelete"Perubatan yang berkualiti dan dimampui rakyat".
In connection with this I would like to discuss with you to embark on an education/training program in Acupuncture & Homeopathy for the correct treatment of chronic diseases for the marginalized & minority communities in Subang parliamentary constituency.
Regards,
Gerard Jayamohan
Acupuncturist & Homeopath
www.jerrymohan.blogspot.com