Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Showing posts with label Roadshow. Show all posts
Showing posts with label Roadshow. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

SIVARASA SPEAKS at Civic Center PJ

Forum "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia - dibawa bersama oleh Ilham Centre & MBPJ

Auditorum Dewan Sivik MBPJ,
pukul 8.00pm
Khamis 1 April 2010

1. Dato' Paduka Husam Musa
2. Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
3. Tuan Hj Sulaiman Abdullah
4. Professor Dr. Abdul Aziz Bari
5. YB Sivarasa Rasiah

Semua di jemput!

Sunday, March 21, 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR - PMR 2009




YB Sivarasa telah memberikan hadiah kamus kepada semua pelajar-pelajar cemerlang di sekitar kawasan Parliament Subang.


Semua pelajar-pelajar UPSR dan PMR 2009 yang telah mendapat keputusan cemerlang telah menerima 2 kamus khas daripada YB Sivarasa pada hari Sabtu (20hb Mac) di Kota Damansara dan hari Ahad (21hb Mac) di Bandar Baru Sungei Buloh. Pelajar-pelajar PMR juga menerima baucer untuk pembelian di kedai buku Popular.


Hadiah saguhati ini diharapkan dapat mengalakkan pelajar-pelajar untuk lebih maju lagi dalam tahun-tahun yang akan datang. Begitu juga diharapkan pemberian kamus ini dapat digunakan bersama dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Maka, sekeluarga dapat menikmati manfaat daripada pemberian kamus ini.








Saturday, October 24, 2009

Town Hall Meeting - Gated n Guarded Community











The Town Hall Meeting on Gated and Guarded Community was held on the 24th October, jointly organised by YB R Sivarasa and YB Elizabeth Wong. The objective was to listen to the views and comments from the residents on the issues and the way forward.







Over 80 residents from Puchong Jaya through to Sieramas, Sg Buloh attended the session to contribute their thoughts and comments.



















Tuesday, May 19, 2009

Sessi Dialog Bersama Ahli Parlimen - YB Sivarasa

Sessi dialog untuk kawasan Desa Jaya telah diadakan pada 16hb Mei di Balai Bomba Sukarela, Desa Jaya.

Seramai lebih kurang 70 penduduk kawasan Desa Jaya telah hadir untuk berdailog bersama Yb Sivarasa.

Rakyat Desa Jaya berasa gembira dan bangga kerana dapat berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka dan berbual mesra bersama. Warga Desa Jaya juga dapat memberikan pendapat mereka bagaimana dapat mengatasi masaalah mereka yang termasuk tentang sistem pengangkutan awam, sistem pentadbiran kerajaan tempatan dan lain-lain.

Seperti biasa, semua pendapat, komen dan aduan akan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan dan pejabat Ahli Parlimen Subang akan memantau perkembangannya.

Hadir bersama pada sessi dialog ini adalah Ahli Majlis Zon ini Puan Lim Jit Lee.

Pihak Pejabat Ahli Parlimen Subang (PAPS) mengucapkan terima kasih kepada semua warga Desa Jaya yang hadir dan juga kepada Ahli Majlis yang membantu manganjurkan sessi tersebut.

Saturday, May 2, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS DIALOG DI U5


Para Hadirin sedang mendengar ucapan dari YB semasa sessi dialog di U5




Para penduduk memberi sokongan kepada program ini.



Ahli Majlis MBSA zon U5 En. Sivarajan juga bersama-sama kami menjayakan program ini.

Wednesday, April 29, 2009

Dialog Bersama AHli Parlimen

YB Sivarasa telah memulakan "roadshow": "Dialog Bersama Ahli Parlimen - YB Sivarasa" bermula di Kawasan SUBANG U5 - Kawasan Peti Undi PINGGIRAN SUBANG.

Sessi dialog ini telah diadakan di dewan Apartment Sri Pelangi dan dihadiri bersama dengan Ahli Majlis MBSA Sivarajan. Lebih 80 penduduk Sri Pelangi dan kawasan persekitaran telah hadir dan mengambil kesempatan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan, pengangkutan awam serta soal-soal Badan Pengurusan Bersama.

Sessi dialog ini telah diterima baik oleh penduduk-penduduk di persekitaran kawasan Subang U5. Antara komen-komen penduduk termasuklah:
"wakil rakyat dulu tak pernah buat macam ini".....

"kami gembira kerana dapat bertemu MP"...........

"kami akan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada PR"...


Antara isu-isu yang dibangkitkan, termasuklah pertanyaan mengenai laluan keluar - masuk ke kawasan perumahan ini. Lebuhraya Sungei Buloh - Kepong di kawasan ini yang masih belum dipasang lampu jalan juga dibangkitkan.

Soalan-soalan yang dibangkitkan telah dijawab dengan sewajarnya oleh YB Sivarasa dan Ahli Majlis Sivarajan.

Ini adalah sessi dialog yang pertama dan pihak Pejabat Ahli Parlimen Subang berharap perancangan untuk sessi-sessi yang akan datang adalah lebih baik dan teratur.

Sila mengikuti laman ini untuk pengumumam lokasi dan tarikh sessi-sessi dialog lain yang akan datang.