Sessi dialog untuk kawasan Desa Jaya telah diadakan pada 16hb Mei di Balai Bomba Sukarela, Desa Jaya.
Seramai lebih kurang 70 penduduk kawasan Desa Jaya telah hadir untuk berdailog bersama Yb Sivarasa.
Rakyat Desa Jaya berasa gembira dan bangga kerana dapat berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka dan berbual mesra bersama. Warga Desa Jaya juga dapat memberikan pendapat mereka bagaimana dapat mengatasi masaalah mereka yang termasuk tentang sistem pengangkutan awam, sistem pentadbiran kerajaan tempatan dan lain-lain.
Seperti biasa, semua pendapat, komen dan aduan akan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan dan pejabat Ahli Parlimen Subang akan memantau perkembangannya.
Hadir bersama pada sessi dialog ini adalah Ahli Majlis Zon ini Puan Lim Jit Lee.
Pihak Pejabat Ahli Parlimen Subang (PAPS) mengucapkan terima kasih kepada semua warga Desa Jaya yang hadir dan juga kepada Ahli Majlis yang membantu manganjurkan sessi tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment