Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, April 29, 2009

Dialog Bersama AHli Parlimen

YB Sivarasa telah memulakan "roadshow": "Dialog Bersama Ahli Parlimen - YB Sivarasa" bermula di Kawasan SUBANG U5 - Kawasan Peti Undi PINGGIRAN SUBANG.

Sessi dialog ini telah diadakan di dewan Apartment Sri Pelangi dan dihadiri bersama dengan Ahli Majlis MBSA Sivarajan. Lebih 80 penduduk Sri Pelangi dan kawasan persekitaran telah hadir dan mengambil kesempatan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan, pengangkutan awam serta soal-soal Badan Pengurusan Bersama.

Sessi dialog ini telah diterima baik oleh penduduk-penduduk di persekitaran kawasan Subang U5. Antara komen-komen penduduk termasuklah:
"wakil rakyat dulu tak pernah buat macam ini".....

"kami gembira kerana dapat bertemu MP"...........

"kami akan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada PR"...


Antara isu-isu yang dibangkitkan, termasuklah pertanyaan mengenai laluan keluar - masuk ke kawasan perumahan ini. Lebuhraya Sungei Buloh - Kepong di kawasan ini yang masih belum dipasang lampu jalan juga dibangkitkan.

Soalan-soalan yang dibangkitkan telah dijawab dengan sewajarnya oleh YB Sivarasa dan Ahli Majlis Sivarajan.

Ini adalah sessi dialog yang pertama dan pihak Pejabat Ahli Parlimen Subang berharap perancangan untuk sessi-sessi yang akan datang adalah lebih baik dan teratur.

Sila mengikuti laman ini untuk pengumumam lokasi dan tarikh sessi-sessi dialog lain yang akan datang.

No comments:

Post a Comment