Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Saturday, April 13, 2013

Video Seks

Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

KUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.
“Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.
“Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
k“Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.
Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

“Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN,” katanya.
Memetik Malaysia Kini pula, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan tuduhan mengaitkan KEADILAN dengan video itu sebagai politik kotor.
“Motif mengeluarkan video itu adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS. Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS,” katanya.
Beberapa penulis blog mengaitkan AMK dengan pengedaran video itu ke beberapa umah di Besut, Terengganu.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50172

No comments:

Post a Comment