Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Saturday, April 13, 2013

Jangan takutkan penyokong dengan SOSMA

SOSMA diguna untuk takutkan penyokong Pakatan – Surendran

(Oleh: Aliff Fikri)
PETALING JAYA 12 Apr: Pengumuman polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) ketika pilihan raya, bertujuan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat , kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
SURENDRANKatanya, pengumuman dibuat Penolong Pengarah undang-undang dan Pendakwaan polis, Datuk Razali Basri semalam, bertentangan dengan kandungan akta itu sendiri.
Menurut Surendran, artikel 4 (3) Akta SOSMA menyebut tiada seorang boleh ditangkap di bawah seksyen ini semata-mata kerana kepercayaan atau aktiviti politik.
“Kami memandang SOSMA ini sengaja dilakukan dengan tujuan menakutkan pembangkang dan pengundi-pengundi pembangkang daripada membuat pemantauan agar PRU berjalan dengan bersih dan adil.
“Seseorang yang ditahan dibawah akta ini akan ditahan selama 28 hari, lebih memburukkan keadaan mereka yang didakwa di bawah SOSMA tidak akan diberi kebenaran untuk ikat jamin.

“Jadi SOSMA ini sebenarnya sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebab itu kami membantahnya dari awal lagi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, tengah hari tadi.
Katanya lagi, SOSMA merupakan undang-undang pencegahan keganasan dan ia tidak boleh digunakan terhadap rakyat dalam proses PRU
“Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Kanun Keseksaan sudah mengcukupi dalam isu berkaitan ketenteraman awam pada PRU, bukannya SOSMA,” ujarnya.
Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menarik balik penggunaan SOSMA yang disifatkan memalukan negara.
“Selama ini kerajaan (Umno-BN) tidak pernah mengancam menggunakan undang-undang keselamatan semasa PRU, mengapa sekarang bersungguh-sungguh mahu menggunakannya?,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50159

No comments:

Post a Comment