LFL anjur taklimat perundangan pilihan raya 17 April
KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan takilmat perundangan praktikal bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di Hotel Shah Village Hotel, Petaling Jaya 17 April ini.
Program yang bermula jam 8 malam itu membariskan panelis antaranya peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan Mohd Afiq M Noor.
Menurut kenyataan LFL, taklimat berhubung tip-tip perundangan persediaan pilihan raya menyasarkan kepada para calon pilihan raya, pekerja kempen, peguam dan aktivis NGO.
Masuk adalah percuma. Pendaftaran boleh dibuat melalui e-mel admin@lawyersforliberty.org.
Maklumat program juga boleh diperolehi melalui SMS di nombor 012-259 9237 atau menghubungi terus LFL di talian 03-7960 4537 dan 7960 5688.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50340
No comments:
Post a Comment