16th Mac, 2012
Semasa ribut tersebut juga air hujan telah membanjiri kebanyakkan bilik darjah dan juga perpustakaannya . Bantuan segera dari Kerajaan Negeri Selangor telah dipohon dan suatu perjumpaan telah diadakan dengan Exco YB Dr. Xavier Jayakumar pada 6hb.Mac, 2012 . Setelah menerangkan masalah dan kerosakan yang dihadapi kepada Exco , beliau dengan serta merta mengumumkan bantuan RM 50,000 kepada sekolah ini .
Tambahannya pula apabila masalah keuzuran bangunan sekolah ini tersiar dalam berita email Pejabat ADUN Kota Damansara , maka beberapa pihak korporat juga telah menghulurkan bantuan untuk membantu para pelajar sekolah Tamil .
Sumbangan barangan bumbung dan 'hardware' bernilai RM 30,000 disediakan oleh sebuah syarikat pembekal hardware . Selain daripada itu sebuah lagi syarikat kontraktor swasta memberikan bantuan RM 10,000 dengan tenaga pekerjanya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan secepat mungkin .
Kini kerja -kerja pembaikpulihan bumbung sedang giat dijalankan agar ianya dapat digunakan apabila sekolah bermula pada minggu hadapan .
Pada masa yang sama ADUN juga megambil kesempatan ini untuk memberikan bantuan kewangan kepada seramai 34 keluarga pekerja RRIM yang mengalami kerugian akibat ribut yang sama melanda kawasan ini . Beberapa rumah kehilangan bumbung dan kerosakan harta benda . Sebanyak 34 keluarga ini menerima RM 200 seorang dari Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara .
No comments:
Post a Comment