Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Wednesday, October 14, 2015

Sprint Toll Increase - Kenaikan Toll Sprint

PRESS STATEMENT RE SPRINT Highway toll increases dated 14th October 2015.

I have received many queries in social media as to whether I am on the board of SPRINT Sdn Bhd ( in full - Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd ) and whether I supported the toll increase as a member of the board.

These are the facts. I do sit on the board of SPRINT Sdn Bhd as a representative of Kumpulan Perangsang Selangor Bhd ( KPS) which owns twenty (20) percent of the shares of SPRINT. Gamuda Group owns the other eighty (80) percent.

The question of my support for the toll increase does not arise because the issue was never brought to a board meeting of SPRINT for discussion.  The SPRINT management have implemented the  toll increase pursuant to a letter received about a week ago from Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) informing them of several matters - that the Federal Government was not prepared to increase their compensation anymore, that SPRINT could increase their toll rates as specified in the letter and such increases must be announced by the company itself.  The toll increase was then announced. It was not referred to the board of directors by circular resolution or a meeting.

I am not in agreement with such an increase. Given the current state of the economy, this is the wrong time to further burden the people of Selangor and Malaysia with toll increases on top of the continuing increase in prices and GST.  My position is consistent with that of the Pakatan Selangor government headed by Menteri Besar Azmin Ali.

I am therefore writing to the Chairman of SPRINT, Ir. Hj. Yusoff  bin Daud to convene a special board meeting to discuss and review the matter. I have also reported the matter to  Menteri Besar Azmin Ali and will act on any further instructions given by him.

Sivarasa Rasiah
Member of Parliament for Subang

PERNYATAAN AKHBAR bertarikh 14hb Oktober 2015
Kenaikan kadar tol oleh SPRINT Sdn Bhd.

Saya telah menerima banyak soalan di dalam media sosial samada saya adalah ahli lembaga SPRINT Sdn Bhd ( nama penuh adalah Sistem Penyuraian Trafik KL Barat ) dan samada saya telah menyoking kenaikan tol sebagai seorang ahli lembaga pengarah.

Berikut adalah kenyataan.  Saya memang adalah seorang anggota lembaga pengarah SPRINT sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) yang merupakan pemilik dua-puluh peratus saham SPRINT. Kumpulan Gamuda memiliki baki lapan-puluh peratus saham.

Persoalan sokongan saya sebagai ahli lembaga pengarah untuk kenaikan tol tidak timbul langsung.  Isu kenaikan tol tidak pernah dirujuk kepada lembaga pengarah untuk dibincang.  Pengurusan SPRINT telah melaksanakan kenaikan tol menurut satu surat dariapda Lemabaga Lebuhraya Malaysia ( LLM) yang diterima seminggu lalu yang telah maklumkan, antaranya, saperti berikut - bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan bayar lebih pampasan kepada syarikat, bahawa SPRINT boleh naik kadar tol selaras dengan kadar yang tertera dalam surat tersebut, dan syarikat bertanggung jawab untuk mengumumkan kadar kenaikan tol. Ekoran surat itu, kenaikan tol diumumkan oleh syarikat. Perkara itu tidak dirujuk sebelum itu kepada lembaga pengarah melalui pekeliling atau mesyuarat.

Saya tidak setuju dengan kenaikan tol yang telah diumumkan.  Memandangkan keadaan ekonomi sekarang, ini bukan masa yang sesuai untuk menambahkan beban atas rakyat Selangor dan Malaysia dengan kenaikan kadar tol bertambah kenaikan harga barang yang berterusan dan juga GST.  Pendirian saya, saya anggap, adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Selangor Pakatan yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar Azmin Ali.

Justeru, saya akan menulis kepada Pengerusi syarikat SPRINT, Ir Hj.Yusuff bin Daud untuk memanggil satu mesyuarat khas lembaga pengarah untuk membincang dan kajisemula perkara ini.  Saya telah juga melapurkan perkara ini kepada YAB Menteri Besar Azmin Ali dan akan melaksanakan apa-apa arahan lanjut daripada beliau.

Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang

2 comments:

  1. yes....gov suppose to build more roads and improve the public transports system but not approved more highway like DASH, KIDEX, SUKE.........

    ReplyDelete
  2. NO DASH AT DAMANSARA PERDANA ...

    ReplyDelete