Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Thursday, May 6, 2010

Makluman dari YB Sivarasa

Salam,


Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya akan bercuti atas sebab-sebab kesihatan. Mungkin rakan-rakan telah maklum saya selamat menjalani pembedahan membuang Kanser thyroid pada April 2000 yang lalu dan kanser tersebut telah dibuang sepenuhnya.


Selepas beberapa tahun, saya sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan seperti saranan perubatan. Baru-baru ini doctor saya telah mengesahkan terdapat ketulan yang membahayakan terdapat di kelenjar adrenal sebelah kanan saya dengan tanda yang sama dan ketulan tersebut mesti dibuang. Saya akan mendaftar di Hospital Putrajaya pada 6hb Mei 2010 dan pembedahan akan dibuat keesokan hari. Pembedahan akan dilakukan oleh Dato’ Hisham Abdullah yang merupakan salah seorang pakar pembedahan endokrin terulung Negara.


Saya akan berehat selama lebih kurang dua hingga tiga minggu dan selepas itu saya akan menyambung semula tanggungjawab saya.


Pusat Khidmat Masyarakat di Seksyen 8, Kota Damansara berjalan seperti biasa. Para petugas saya yang terdiri daripada Peter Chong, PA (012 9059948), Pembantu Khas, Balachandran (012 2583797) dan Normawati, Pembantu pentadbiran (03-61571842) akan bertanggungjawab untuk melayan dan menyelesaikan segala pertanyaan dan permohonan sepanjang tempoh tersebut.


Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyertai pasukan PR untuk bersama-sama dalam pilihanraya kecil Sibu yang dijadualkan pada 16hb Mei 2010. Lagipun saya tidak pasti samaada saya dapat masuk ke Sarawak selepas cubaan untuk masuk ke Sarawak pada 14hb Februari 2009 tidak dibenarkan. Susah tentu saya akan cuba pergi ke Sarawak setelah saya kembali bekerja pada bulan Jun nanti


Sivarasa

4 comments:

  1. Hello YB. Wishing you all the best for the operation and a speedy recovery.

    Regards,
    Shufiyan
    Malaysiakini.tv

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh yb! :)

    ReplyDelete
  3. Hi Yang Berusaha / Berkhidmat Mr. R. Sivarasa,
    Sincerely wish that GOD will Bless you with good health and speedy recovery. We need MPs like you to speak out righteously without fear and to propel the country to greater achievements in solving Political, Economics and Social imbalances, unrest, etc.
    Regards

    Abraham KH Tan

    ReplyDelete
  4. Praying for a speedy recovery and return to your tugas-tugas Ahli Parlimen,

    Subra (Aliran)

    ReplyDelete