Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Monday, March 29, 2010

By Elections - Hulu Selangor

KENYATAAN AKHBAR OLEH R.Sivarasa

PEMILIHAN CALON BAGI PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR –
akan menamakan calon yang dilihat memiliki peluang terbaik untuk menang

1. Beberapa hari ini, saya menerima panggilan telefon daripada pihak media bertanyakan siapakah yang akan dinamakan sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen​ Hulu Selangor. Laporan media berkenaan dengan pandangan saya di laman berita Malaysian Insider telah menciptakan kekeliruan yang memerlukan penjelasan .

2. Saya ingin mengulangi, bagi mengelakkan timbulnya keraguan, bahawa prinsip asas yang diamalkan Parti, khususnya dalam konteks menghadapi pilihanraya kecil yang penting ini, adalah untuk menamakan calon yang difikirkan memiliki peluang paling baik untuk memenangi kerusi tersebut.

3. Dalam membuat keputusan ini, Parti akan mengambil kira beberapa faktor termasuklah latar belakang calon, pengalaman dan kelayakan beliau, demografi para pengundi, ciri khas kawasan tersebut, pandangan-pandangan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat serta faktor-faktor lainnya yang relevan.Namun tiada siapapun dengan faktor-faktor tersebut dengan sendirinya dapat menentukan siapakah calon yang sepatutnya. Ujian muktamadnya terletak pada peluang untuk menang yang paling cerah di antara senarai mereka yang dipertimbangkan sebagai calon.

4.​ Pada pilihanraya umum yang lalu, selain daripada faktor-faktor di atas, Parti memastikan calon-calon yang diletakkan untuk bertanding perlu seimbang mewakili semua masyarakat, kaum dan latar belakang dalam pertimbangan yang wajar dan munasabah.

5.​ Menjadi amalan Parti juga bahawa pimpinannya tidak membincangkan kelebihan atau kekurangan seseorang calon itu di ruang awam. Setiap pandangan yang dizahirkan hanyalah pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan Parti. Pemilihan calon merupakan hal dalaman Parti.

6.​ Keputusan akhir berhubung pemilihan calon akan ditentukan dalam Majlis Pimpinan Pusat Parti, kecuali tugas memilih calon ini diserahkan kepada Biro Politik ataupun sebarang pemimpin khusus Parti. Tidak ada seorangpun calon boleh bertanding tanpa surat yang ditandatangani oleh Presiden Parti.

Sivarasa Rasiah Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat.​​​
Ahli Parlimen Subang

Dikeluarkan pada 29hb Mac 2010

No comments:

Post a Comment