Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Thursday, January 28, 2010

FORUM IN PENANG

ARE YOU IN PENANG? COME JOIN US!



Pakatan Rakyat's
Common Policies Framework --

Meeting Voters' Expectations?

Date: 5 February 2010 ( Friday ), 8.30pm

Venue: Kompleks Masyarakat Penyayang Penang,

Jalan Utama, Penang.

( Next to Governor's Residence)

Speakers:

- YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim

( Vice-Chairman DAP)

- YB Dr HJ. Dzulkefly Ahmad

(Central Committee Member PAS, MP Kuala Selangor)

- YB Sivarasa Rasiah

( Vice-President PKR, MP Subang)

Moderator: Anil Netto ( Independent Journalist )

Monday, January 4, 2010

Dewan Flat Gugusan Melati, Sek 4

PEROBOHAN DEWAN FLAT GUGUSAN MELATI SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA –
DEWAN KOMUNITI ATAU DEWAN UMNO?

Beberapa hari yang lalu pihak MBPJ telah merobohkan sebuah dewan yang telah dibina oleh pihak tertentu dibawah Flat Gugusan Melati Seksyen 4 Kota Damansara. Kumpulan tersebut yang mengelar diri mereka sebagai penduduk blok flat tersebut begitu kecoh membantah perobohan dewan tersebut. Peristiwa perobohan ‘zalim’ itu juga terpapar di siaran utama TV3. Mereka juga bertindak mengunakan kanak-kanak apabila mereka membawa masuk sekumpulan pelajar mengaji kelas Al-Quran kedalam dewan yang dirobohkan itu. Mereka mengadu kononya akibat perobohan dewan tersebut , maka kelas Al-Quran tidak dapat dilaksanakan.

Yang peliknya, terdapat juga sebuah dewan lain dan surau amat hampir dengan blok Gugusan Melati ini. Benarkan pelajar tersebut mengaji didewan yang dirobohkan ini? Begitulah gelagat bekas pemerintah yang bertindak dengan begitu keji sekali, hanya menunggu isu untuk kekecohkan.

Sejarah dewan ini telah bermula sejak tahun 2005. Pada ketika itu AJK Perbadanan Pengurusan Gugusan Melati yang dianggotai oleh ahli UMNO dan pro BN, telah berusaha untuk mendirikan sebuah dewan dibawah blok flat Gugusan Melati. Mereka mendirikan dewan tersebut dengan sokongan Ahli Parlimen Tan Sri KS Nijhar dan PKNS pada ketika itu. Walaupun pihak penganjur projek ini telah mendapatkan tandatangan penduduk, tetapi penduduk tersebut diberitahu dewan tersebut akan dibina ditempat lain bukannya dibawah blok mereka. Tambahan pula bukan semua yang setuju.
Dewan tersebut, sejak siap pembinaanya pada tahun 2006, digunakan oleh kroni-kroni politik UMNO untuk program-program mereka sahaja. Walaupun, kini, mereka membuat kecoh bahawa dewan tersebut adalah dewan komuniti tetapi sebenarnya ianya dikunci dan digunakan oleh beberapa orang sahaja. Dewan tersebut juga digunakan sebagai stor dan ianya selalu dikunci.
Pada tahun 2006, seorang penduduk flat Gugusan Melati telah menfailkan bantahan terhadap pembinaan dewan tersebut dimahkamah kerana mempertikaikan pembinaan tersebut tanpa persetujuan semua penduduk. Pihak PKNS juga telah menarik balik kelulusan yang telah diberikan pada awalnya kepada Pra Perbadanan Pengurusan tersebut. Lagipun bangunan tersebut telah didirikan tanpa apajua kelulusan pelan perancangan daripada MBPJ mahupun PKNS sendiri. PKNS juga pada 30hb.November, 2006 telah mengarahkan agar semua kerja pembinaan dewan tersebut dihentikan dengan serta merta.
Pada pertengahan tahun 2008, MBPJ mengeluarkan notis kepada PKNS untuk merobohkan struktur tersebut. Sekali lagi pada 28hb.Januari, 2009 MBPJ mengeluarkan notis untuk merobohkan bangunan tersebut.
Pihak Pejabat ADUN Kota Damansara, Dr.Nasir Hashim dan juga Ahli Majlis Sdr.Panneerselvam telah mengadakan beberapa siri mesyuarat mengenai dewan tersebut dan telah menjemput wakil Pra Perbadanan Pengurusan tersebut untuk berbincang. Tetapi mereka tidak menghadirkan diri. Dr.Nasir juga telah mencadangkan supaya dewan tersebut diambil alih dan dijadikannya suatu perpustakaan oleh MBPJ. Tetapi oleh kerana tindakan mahkamah penduduk yang telah membantah pembinaan tersebut maka, tindakan perobohan terpaksa dilaksanakan.
“Pihak yang memiliki dewan tersebut juga terlalu angkuh dan tidak mahu hadir dalam sesi perbincangan yang sudah diatur. Kita juga sudah beberapa kali menangguhkan perobohan ini agar suatu jalan penyelesaian dicapai.” Dr.Nasir menerangkan isu sebenarnya perobohan ini .
Kini apabila tindakan perobohan dilakukan , maka munculah beberapa pejuang yang ingin mempertahankannya dengan alasan ianya dewan ‘komuniti’ . Samaada ianya dewan komuniti atau dewan kroni UMNO, penduduk Gugusan Melati amat sedar dan tidak akan terbawa dengan propaganda mereka.
Bekas pemerintah kini ketandusan isu, untuk dihebohkan di Kota Damansara. Selain daripada struktur dibawah flat ini , terdapat juga banyak lagi dewan di Seksyen 4 dan juga di Seksyen lain di Kota Damansara untuk digunakan oleh orang awam. ADUN Sosialis Kota Damansara kini sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah perpustakaan komuniti untuk Kota Damansara. Suatu lokasi dewan yang sesuai sedang dikenalpasti . Sesuatu dewan awam tidak seharusnya dimonopoli oleh sesiapa pun dan rakyat harus digalakkan untuk mengunakannya secara sepenuhnya.
Pemerintahan BN sejak 50 lebih tahun telah meninggalkan persepsi dikalangan ramai bahawa dewan-dewan ini hanya untuk kegunaan dan dikawal oleh kroni-kroni politik sahaja. Pandangan ini harus dikikis dan sepatutnya penduduk setempat harus mengambil alih dewan tersebut untuk aktiviti komuniti mereka. Pejabat ADUN Kota Damansara akan terus berusaha untuk mengenalpasti dan mem’buka’ semula dewan-dewan seperti ini kepada orang ramai.
Salam perjuangan