Lokasi Pusat Khidmat

Pusat Khidmat Masyarakat - Ahli Parlimen SUBANG

6-2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.




Isnin -Jumaat: 9:00 pagi - 5:00 ptg

Tel: 03 6157 1842 Fax: 03 - 6157 2841

Pages

Thursday, May 21, 2009

Dialog bersama YB R. Sivarasa di Desa Jaya

YB sedang mendengar soalan daripada salah seorang penduduk semasa
sessi Dialog di Desa Jaya.

Penduduk yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Masing-masing gembira dengan kehadiran YB disana.

YB sedang memberi sedikit ucapan semasa sessi tersebut.

Desa Jaya.. Kami akan kembali ketempat anda.. nantikan kami...

Tuesday, May 19, 2009

Sessi Dialog Bersama Ahli Parlimen - YB Sivarasa

Sessi dialog untuk kawasan Desa Jaya telah diadakan pada 16hb Mei di Balai Bomba Sukarela, Desa Jaya.

Seramai lebih kurang 70 penduduk kawasan Desa Jaya telah hadir untuk berdailog bersama Yb Sivarasa.

Rakyat Desa Jaya berasa gembira dan bangga kerana dapat berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka dan berbual mesra bersama. Warga Desa Jaya juga dapat memberikan pendapat mereka bagaimana dapat mengatasi masaalah mereka yang termasuk tentang sistem pengangkutan awam, sistem pentadbiran kerajaan tempatan dan lain-lain.

Seperti biasa, semua pendapat, komen dan aduan akan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan dan pejabat Ahli Parlimen Subang akan memantau perkembangannya.

Hadir bersama pada sessi dialog ini adalah Ahli Majlis Zon ini Puan Lim Jit Lee.

Pihak Pejabat Ahli Parlimen Subang (PAPS) mengucapkan terima kasih kepada semua warga Desa Jaya yang hadir dan juga kepada Ahli Majlis yang membantu manganjurkan sessi tersebut.

Saturday, May 2, 2009

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS DIALOG DI U5


Para Hadirin sedang mendengar ucapan dari YB semasa sessi dialog di U5




Para penduduk memberi sokongan kepada program ini.



Ahli Majlis MBSA zon U5 En. Sivarajan juga bersama-sama kami menjayakan program ini.